

KUALA LUMPUR 11 Nov. - Penyanyi utama kumpulan Fotograf, Shamrin meninggal dunia sebentar tadi.
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta itu dibawa ke hospital selepas rebah ketika bermain bola sepak di padang bola Kelab Sultan Sulaiman di sini petang ini.
Jenazahnya kini berada di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru di sini. - Utusan Malaysia
Jenazahnya kini berada di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru di sini. - Utusan Malaysia
"Bila terpejam lena.... jasadku tidak berdaya... mencari engkau di mana.. hanya dalam mimpi indaahhhh..." -
Terkenang bait-bait lagu 'Di Alam Fana Cintamu" itu....
Al Fatihah.
-------------
Pengalaman Aku Bersama Shamrin.
Ada satu ajer actually. Pada tahun 2005, kawan aku di kawasan tempat aku tinggal ajak gi Birthday Party dia.. Dia kata kawan2 yang celebrate. Kat Karaoke kat Tingkat 4 Yow Chuan Plaza. Aku tak ingat apa nama karaoke tu, tapi aku dgn kawan2 selalu lah melalak kat sana.
Malam itu, birthday Fiona disambut di situ. Di VIP room. Besar jugak lah biliknya. So, tetamu yang hadir adalah dalam 25 orang giteww... Acaranya, pertandingan Karaoke. Judgenya, arwah ni lah.. Shamrin. Roslan Shah pun ada sekali malam tuh.
So, kami pun menyanyilah.. lagu itu lah.. lagu inilah.. macam style.. termasuk aku.
Nak tau tak??? Aku dengan kawan aku ni, setiap kali orang nyanyi, kami geleng-geleng kepala.. hmmmm.. aku boleh bantai yg ini. Fiona, hadiah utama tu aku lah punyaa... So, sorang demi sorang nyanyi.... sampailah giliran aku. Aku pun nyanyi dgn penuh syahdu.
So, kemudian, keputusan pun diberi.... Dia kata, hadiah hanya akan diberi kepada 15 terbaik. Maksudnya, 10 orang ni takkan dapat hadiah la..
Dari angkar 15 hinggalah ke angka 5.. aku jebik muka saje.. Alah, aku mesti top 5. Nombor 5.. orang lain. Nombor 4.. orang lain... Nombor 3 orang lain. Aku dah happy... Nombor dua pun jadilah... tup tup.. orang lain. Aku lagi la happy !!
Tiba-tiba diumumkan JUARA....... orang laen juga. Aku:??? Menganga ....
Aku tanya Shamrin... Wei, yang menang suara tak sedap pun ko kasi menang ni .. mana boleh jadi..?? Pilih kasih tul.. kawan2 ajer dpt hadiah... Dia jawap.. "Lagu ko nyanyi tu aku x pernah dengar..."
Kesahnya...
Sekitar pengalaman bersama beliau. Al Fatihah kepada rohnya semoga dicucuri rahmat.. Amin.
9 Komen Anda::
Mula-mula.. al-Fatihah utk roh allahyarham Shamrin.. semoga rohnya ditempatkan bersama roh-roh solehin.. amin..
awak.. lagu apa kah yg awak nyanyi sampai kan artis sendiri tak pernah dengar tu? lagu ini kah:
kutebas sumur di ladang.. ku jadikan penyamaran.. wajah cantik bertukar menjadi syaitannn.. agar sukar di pandang..
-lyn-
Hahahaha...
Punyalah terror saya.. Artis pun lagu tak tahu, dan saya tahu..
by the way, lagu syaitan tu lagu apa pulak lyn??? Ngeri pulak aku nak nyanyi...
aku terkejut bila dengar aznil umumkan kat radio ERA waktu bersiap-siap nak ke tempat kerja. Sebenarnya aku jarang jumpa arwah Shamrin kat ITM Shah Alam tetapi klu Amran tu selalulah.
Aku dok memikirkan apa lagu yg kau bawa masa karaoke tu. Mesti lagu sekolah kan. Hehehe...
Salam dik Mus...
Hahahahhaa...sian Mus, awat nyanyi lagu org x penah dgr tu...lenkali dik Mus nyanyi lagu dua tiga kucing berlari ke...lagu tu semua orang penah dgr n tau...hehehehee...
Zuhairi.... sorang lagi teman artis dah pergi ya. Hari tu Din Beramboi... Anyway, itulah kalau dah jadi artis. Semua orang terkejut kalau meninggal secara terkejut. Kalau jenis2 kita2 ni, ada orang nak kenang..?? ADO !! Nak-nak yang mulot jahat tu kan?
Kak Ummi,
Yelah, lenkali nak nyanyi lagu tu, atau spuloh budak itam, main tepi longkang...
Benornya, org laen sume nyanyi lagu 'Bila bulan bicara (broery)lah, secangkir madu merah (amelina)lah, selamat jalan romeo lah, biarkan bunga berkembanglah, lagu yang koman2. Jadi, konon2nya aku pilih lagu yang kureng popular tapi best, konon2 nak promote. Lagu REM - Erti Kasih. Tup2, arwah shamrin pulak kata, tak pernah dengar... hangin la aku satu badan !!
(baik korang search kat youtube lagu ni; memang best! ERTI KASIH - REM). Terutama part meneran tu..!
Hehehe..dik Mus, akak pun suka la lagu Rem tuh...dulu kan meletop lagu tuh! Agaknya arwah ni nak suh dik Mus nyanyi lagu dia la kot...baru dia penah dengar...ekekee...xpa, kurang2 dapat gak penyanyi dgr dik Mus nyanyi pulak kan, kan...hehehe
Huhuhuhu.... sedihhh, tak menang!!
Maluhhhh lagi tuhh !! Huaaarghhhh !!
Salam Mus..
Firstly, Salam Takziah kpd ahli keluarga Shamrin. Kesian tgk isteri arwah yg tgh mengandung tu di interview oleh pihak Melodi. Anak2 yg lain pun masih kecil n bersekolah. Mudah2an diampuni dosa2 dan diterima amal kebajikan arwah. Dan kpd isteri dan anak2 arwah, semoga tabah menghadapi dugaan besar dari Allah swt.
Psl nama tmpat kau berkaraoke tu aku rasa nama tmpat tu NEWS MKTV. Nama company dia Mingker Enterprise (M) Sdn Bhd.
Mcmanapun, aku tetap respect sbb kau pandai menyanyi. Bukan takat melalak je, tp ada teknik yg betul. Mmg kau tu ada bakat terpendam sebenarnya...
Nape kau tak penah masuk bertanding masa kat ITM dulu? Elly n Amin je yg dok asyik masuk bertanding..
Satu panduan utk menyanyi bila bertanding.. Pilih lagu yg org biasa dengar n org suka bukan nyanyi lagu yg kau suka tp org lain jarang2 dengar..Nnti org kata kau nyanyi syok sendiri..hehe..
SYED MAHADI AL-JUFREE
Hahahaha... nasibbbb baiikk ada syed mahadi... bernyawa sikit astley !!
bukan apa, aku ni prinsip Bintang RTM. Nyanyian mestilah ada cara sendiri dan tidak meniru penyanyi asal. Kalau tiru suara penyanyi asal, tak ada lah originality kita sendiri, KATA KAUUUU !!! Wa'imahnya, dah kalah, nak buek camno.
masa kat itm dulu, aku dibayangi oleh kudin, amin dan ely dari kelas kita. aduss... nak tangkis susah!! dan aku rasa kau suami isteri ajer yang pernah bernanyi bersama-sama dgn aku kot?? ehemmm...
apa2pun, tajuk kita ni si shamrin.. sekali lagi, al fatihah kepada beliau.
Post a Comment