Mengunjungi Singapura baru-baru ini, FG berkesempatan menziarahi Makam Habib Noh. Anak2 saudara FG bertanya, apa istimewanya makam ni..??
Dari bawah tersergam masjid yang sayup kelihatan dari bawah.
Kemudian, kami melawat makan tersebut.... Hmmmm... begini rupanya. FG semasa kecil dahulu, sering dibawa ke tempat ini. Kala ini, hanya tinggal kenangan.
Sempat FG membaca outlet di situ. Habib Noh datang ke Singapura pada tahun 1819, semasa Koloni British menjajah Singapura. Habib Noh stayed here for about 50 years. Some reports mentioned that he stayed at Kampung Kaji (next to Al-Masjid Sultan.)
Demi menyusuri liku hidup Habib Noh, beliau merupakan wali yang terkemuka di Singapura ini. Untuk makluman Keramat Habib Noh, yang terletak di kawasan pusat bandar Singapura. Terletak di atas bukit di Palmer Road, Makam Habib Noh jelas kelihatan jikalau kita sedang memandu di lebuh raya East Coast Parkway. Ada yang mungkin hairan mengapa makam ini masih lagi wujud di tengah-tengah kawasan bandar Singapura. Tempat ini penuh dengan sejarah dan kisah-kisah mengenai Habib Noh juga menkagumkan. Namun beliau bukan sahaja dikenali sebagai orang yang soleh, malah dinilai juga sebagai kalangan ‘Itratin Nabi saw”.
FG difahamkan kawasan Palmer Road terletak di zon pelabuhan yang antara paling sibuk di dunia. Oleh itu ia terjejas oleh pembangunan semula bandar. Menurut rancangan pemerintah, antara lain, Makam Habib Noh dan Masjid Haji Mohd Salleh perlu dipindakan demi membolehkan ECP dibina lurus. Jawatankuasa Makam dan Masjid telah merayu kepada agensi-agensi pemerintah yang berkenaan agar kawasan itu dipelihara. Sedang hubungan surat-menyurat berlaku antara dua pihak, kontraktor developer kemajuan Singapura telah mengarahkan jentolak gergasi untuk memulakan pembongkahan. Anehnya, sebaik sahaja ingin memulakan kerja; semua jentolak mati ....tidak dapat dihidupkan. Dan akhirnya, lebuh raya tersebut terpaksa dibina membelok.
Ramai yang membawa hajat dan bernazar di atas keramat ini? Sejauh mana pandangan anda tentang perkara ini. Hmmm.. tepuk dada tanya selera.
2 Komen Anda::
cantik ar lokasi ni...
bila nak gi sini lak..
Setakat ziarah tanpa niat memuja dan taksub tak mengapa, tetapi jika membawa atau melepaskan nazar dan memohon kononnya dengan berziarah di mahkam tersebut adalah syirik. Na'uzubillah Himinzalik
Post a Comment