Mengunjungi perkahwinan anak saudara FG baru baru ini; pada malam berinainya, disajikan masakan ini... (selain dari makanan2 lain..)
Tiba-tiba nampak artikel ni di Harian Metro hari ini. Hmmm.. ramai yang tak tahu pasal kelazatan Sup Tulang Ketuk ni... di Singapore diorang panggil Sup Tulang. Memang sedap... memang terkenal... dan hati-hati, makan ni kena betul2 mahir; otherwise, akan terpelanting sudu garpu dan juga baju akan comot dengan kuah merahnya. Ada juga disediakan apron bagi memakan makanan ini.
Disediakan bahan2nya:
1 kilogaram tulang daging (gear box)
600 gram cili boh
80 gram pes tomato
140 gram tepung jagung
30 gram kicap manis
5 gram garam
Serbuk perasa stok ayam atau daging
10 gram serbuk lada hitam
50 gram sos tiram
20 gram bawang goreng
20 gram daun bawang
25 gram gula
1 biji telur
2. REBUS...
Tulang daging (gear box) direbus selama tiga jam. Kemudian tumis bawang merah dan masukkan stock ayam atau dagaing sebelum dicampur tulang daging yang direbus tadi.
3. TUANG...
masukkan pes tomato diikuti cili boh ke dalam air rebusan.
4. CAMPUR....
masukkan sedikit garam dan gula.
5. TAMBAH...
diikuti dengan sos tiram dan kicap manis.
6. PUKUL TELUR...
pukul telur hingga sebati, kemudian dimasukkan ke dalam adunan tulang daging yang dimasak.
7. CAMPUR....
campurkan sedikit air ke dalam tepung jagung, kacau adunan hingga sebati dan masukkan adunan tepung jagung itu ke dalam rebusan tulang untuk memekatkan kuah.
8. MENDIDIH...
biarkan rebusan tadi mendidih hingga daging empuk dan kuahnya kering sedikit sebelum diangkat.
9. HIASAN...
tabur hirisan bawang goreng dan daun bawang untuk menambah rasa.
10. SIAP...
sup tulang gear box sedia untuk dinikmati. Enak dicicah dengan roti peranchis...
MALATOPPP !!!
5 Komen Anda::
Mus, thanks for the recipe..nampak gambar pun menciurkan...kalau gear box tak de guna tulang biasa boleh tak?
Mus....pandai kau buat perut aku pedih pagi-pagi ni......
Bro..
Aku x paham kat no 6 tu.. adakah aku terpaksa memukul telur sesiapa atau sendiri punya..??
Tlg jelaskan.
Tksh..
sedapnyerrrrrr
Muuuusss...
Alahaaiii oleh kerana akak ni mmg orang dapur, jadinyaaa..tgk sup tulang ketuk ni aiiiihhh...meleleh air liur tau...nnt senang2 akak nk try lerr..hehee...nk baca resepi dulu..hiikss!
Post a Comment