19 January, 2010

Suatu Ketika Dahulu - Singapura di Zaman Dahulu

Sepertimana yang pernah FG ceritakan sebelumnya ini(banyak kali dah sebenarnya), FG dilahirkan dan dibesarkan di Singapura. Banyak jugaklah kenangan yang sukar dilupakan semasa berada di sana; apatah lagi apabila zaman kanak-kanak FG berbeza sedikit (sedikit sajer tauu..) dengan kawan2 di sini. Sungguhpun demikian, bukan itu yang hendak dicerita disini. Hmmm.. gambar-gambar ini anak saudara FG di Singapura yang mengirimkan kepada FG untuk menceritakan inilah rupanya landmark yang agak famous semasa FG kecil dahulu. Jom kita sama ikuti jalan-jalan bersama FG di zaman 70an' dahulu...


Inilah dia OUTRAM PARK. Kakak FG yang paling tua tinggal di Quarters Polis di belakang Outram Park ini. Sekarang tempat ini jauh berbeza majunya. Kelihatan seperti bas LENG SENG yang terdapat di Kuala Lumpur ajer, kan? Teksi pulak, masih lagi berbumbungkan kuning dan berbadan hitam.. So, klasik.

Ini dipanggil The Esplanade - juga dikenali sebagai Queen Elizabeth Walk. Dulu, arwah mak FG panggil tempat ni.. Padang Esplened !! Hujung jalan ni akan berjumpa dengan Merlion. Singa yang berbadan ikan yang mengeluarkan air pancut dari mulutnya. Hmm... kalau tak silap FG ada rojak mama yang sedap di sini. Ingat-ingat lupa lah you allzz...


Oohh.. this is special. Kami semasa zaman kanak-kanak akan WAJIB ke tempat ini. This place is called 'The Haw Par Villa at Pasir Panjang". Ianya adalah artifaks berbentuk muzuim yang diukir daripada batu. Setiap daripadanya. Yang paling best.. dan paling ngeri.. adalah patung hukuman daripada negara china. Ngeri siott !! Tali perut terjulur keluar; lidah kena potong.. ishh ! Gross! Hm.. FG tak sure tempat ni ada lagi ke tidak..??

Oohhh.. ini jugak tempat favourite FG semasa kecil dulu. National Library of Singapore. Kat sinilah cerita kanak2 yang banyak FG pinjam. My favourite antaranya Enid Blyton lah. Wahh.. Siapa kanak2 yang tak pernah baca series Enid Blyton; tak complete lah hidup mereka sebagai kanak2... pada zaman itu.

Ini pulak National Theater. Dekat dengan rumah FG pun. So, hampir setiap petang kami ke tempat ini kerana bersebelahan dengannya ada taman bunga. National Theater ni biasanya artis2 Singapura dan Malaysia biasanya buat konsert tertutup.


Bila tengok gambar ini, wahh.. terkejut besar FG. Tak terbayangkan zaman itu begini rupanya North Bridge Road. Sekarang sungguh maju. Or maybe gambar ini diambil before my time kot... tak ingatlah vespa ada zaman itu.. Hmm.. where was i...??

Panggung Capitol. Ia betul2 kat corner Jalan.. err.. Jalan apa ya..? Tak ingat. But what i can tell you is... kat sini lah FG explore cerita-cerita Steven Spielberg dengan menonton wayang samada dengan kawan2 sepermainan atau pun sorang.. (seorang..??). Iya. Kalau seorang pun FG go ahead jugak !! Antara filem2 yang FG tengok di sini adalah GREMLINS, ET, Abbys (semua science fiction; tak pun jadi scientist sekarang nih.. ahah).


Hock Lam Street... Tengok limau yang dijual atas trishaw tu... Hmmm.. klasik weii...


Yang ini paling mahal... You will never find it here NOW... Jurong Drive in Theater!! Best woo.. macam dlm Saturday Night Fever kan..?? (Balik kampung ke Melaka, ada jugak juga benda macam ni.. Tapi Wayang Pacak diorang panggil. Kementerian Penerangan datang kampung. Pacak tiang pasal layar putih. Awalnya dijanjikan filem yang menarik. Tetapi satu atau dua jam sebelumnya, dia akan tayang dokumentari "JAUHI BAHAYA DADAH". Aiyoo tension tension!! Bila tayangan filem yang sebenar ditayangkan, FG dah mengantuk dan nak tertidor....
Seronoknya hidup sebagai kanak-kanak di zaman iteww...

6 Komen Anda::

Anonymous said...

Mus...first time jejak kaki ke bumi Singapura tahun 1981...nostalgia jugak sempat gi Haw Par Villa tu...masa tu epal 10 sen sebiji! buku Enid Blyton? ekekek teringat simpan duit belanja utk beli buku2 tu..

hairie @ zm said...

Aku pernah juga pergi Haw Par Villa tu masa tahun 70an. Ngeri juga tgk patung tu, maklum aje masa tu kecil lagi. Byk lagi tmpt aku pergi termasuk Esplanade. Aku rasa Spore dah byk perubahan contoh Sentosa Island masa 1980an cuma pantai berkelah dan malam pancutan air berirama tapi skrg dah macam-macam ada. Tapi kenapa murtabak Singapore dah tak sesedap dahulu. Huhu...

FG, ingat tak beg yang aku bawa pergi kuliah dahulu jenama "Donnay". Itu aku beli kat Spore. Hehehe...

GRRRR said...

ITU BUKAN VESPA TAPI LAMBRETTA.

shema said...

salam FG.. cakkk!! letaklaa gambar skg pulak, bley tgk perbezaannya..

Mus_Astley said...

Thank you guys for commenting my article:

Roslina : Enid Blyton ya? Baru2 ni i dapat tahu yang Enid Blyton juga dialih bahasa kepada bahasa malaysia kan?? Hmm.. excitement dia sama tak?

Zuhairi: Kalau orang Johor tak penah pegi Singapore tu, mengarut sangatlah kan..?? Anyway, memang ngeri tengok orang kena potong idup-idup..

Ano: Ohh.. lambretta ya..?? Jangna lah marah Ano.. Siapa ni ek? Hairil ya..??

KShema: Perbezaanya..?? Awak kena tengok sendiri la di Singapura nuuunn... Memang berbeza sungguh.

lloni said...

salam...saya ingin jika sesiapa tahu asal masjid Siti Aminah di singapore....siapa pendiri masjid ini..dan kauam keluarga mereka ...