04 January, 2010

New Year's Eve...

5.30 pm (Khamis : 31 Disember 2009)
Hari itu balik kerja jalan jam giler... Tak ingat punya giler!! Menyusul perlahan-lahan dari jalan yap kwan seng menuju ke rumah agak membosankan. Try stereo baru dlm kereta (sajer la nak promote nih... sambil mendengar lagu favourite .... - Fuhh, ramainya orang beratur balik rumah.

7.00 pm (Khamis : 31 Dismber 2009)
Sampai rumah. Mandi. Bukak TV. Semua station promo countdown.... Di Ambang 2010. Hmm.. ada aku kesah..??

8.30 pm
Laparlaa... Nak ajak sapa makan ek..?

9.00 pm
Kawan baik Z called. "Weyy... malam tahun baru takkan duduk rumah ajer babe ??"
Aku : "Malaslaa... tengok countdown kat TV ok ape... Kau kat mana nih..??"
Z : "Aku depan pintu rumah kauu...."

9.30 pm
Dinner kat Nasi Lemak Che' Det Station, Taman Mawar. Sedap babe wa cakap luu... Nanti wa tulis article pasal kedai ni...


10.30 pm
Z : "FG.... Malam ni countdown kat Cheras Downtown tu nak? Malam ni ada pertandingan akhir peserta karaoke kat sana. Pian jadi host... Alah, Pian takkan ko tak kenal.... Dia mintak aku jadi juri.. kalau kau gi sana, boleh gak tolong2 kasi2 tips...
FG: Hmm.. .Bolehlaa jugak...

Sampai sana.... ramai kanak-kanak dan berkumpul memenuhi ruang pentas. Ohhh... ramainya manusia kat Cheras Downtown nihh... Lama tak pegi sini...
Sesampainyer kami di sana.. peserta yang ke enam sedang menyanyi... Laa, minah ni aku selalu nampak dia nyanyi di Poco2 Wangsa Maju. Nama dia selalu kami panggil Puteri... Nama dalam borang yang aku tengok "Nurnadiera".. Sedap gak! Tapi, biasa laa.. lagu killer dia.. "MATAHARIKU - AGNES MONICA".
"Ehhhhhhhh FGGGGG.... Lama tak nampak kauu..?"

Ini lah dia Pian Cecupak. FG kenal dia ni dah lama. Semasa mula2 cecupak ditubuhkan. Masa tu ada Ropi, Zul, Lah, termasuklah si Pian nii.... Gigih betul dia menjana kewangan diri dan keluarga... Syabas Pian...
Abang ni penuh perasaan pabila menyanyikan lagu DIR - Rahim Maarof. Sayang, tak menang ya bang..??
Yang kelakarnya... selepas abang tadi nyanyi lagu DIR... Mamat yang agak2 hensem ni pun nyanyi DIR... Aik.. amacam boleh jadi macam ni Pian..?? Anyway, mamat ni better la nyanyiannya dari abang tadi...
Pian Cecupak sempat posing dengan IKIN (Peserta AF3 - sama tahun dengan Mawi). Ikin penyanyi jemputan malam tuu... FG tanya Pian... Aku dengar macam2 cerita pasal ko cucuk botox sana sini... Aku tengok muka kau dah macam Margaret Thatcher dahh... Dia kata... "aku dah nak buang dahh.. Aku dah beritahu semua wartawan, tahun baru ni.. aku nak buang semua collagen2, toksik2 kat muka aku nihh..". Bagus la Piannn... Jadi artis ni biarla berpada2. Jangan jadi buah mulut orang...
12.00 malam (1 january 2010)
Ledakan Bunga api serta riuh pikuk manusia sekeliling Downtown Cheras gembira menyambut tahun baru. Kanak-kanaklah yang paling gembira sekali malam tu aku tengok.
Kemudian Jamuan disediakan kepada Ahli Jawatankuasa Downtown dijamu dengan sajian dari Mak Tim Catering (artikelnya sudahpun ditulis tahun lepas). Akupun dijemput sekali. Dan di dalam gambar adalah orang2 kuat yang menjayakan Downtown Cheras ini. Ada yang dari RTM, ada jugak Dato2 yang FG tak ingat namanya.. .Maaf ya Dato;...
Dan inilah keputusan Pertandingan Karaoke pada malam itu. Yeh yeh.. Puteri dapat nombor dua. (Yelah.. juri pun kawan sendiri, ekekekeke...). Anyway, Selamat Tahun Baru kepada semua agar tahun yang mendatang ini memberikan seribu satu sinar kepada kita semua. InsyaAllah.

4 Komen Anda::

Anonymous said...

Johan yg tengah (kontrol smart) tu ye Mus..nyanyi lagu apa? yg sebelah tu topeng mata tu sure no 3, nyanyi lagu pulak?

حسن دان عزتال فضله said...

dasyat celebrate new year..!!

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better!! Your older articles are not as good as these newer ones. You have a lot more creativity and originality now. Keep it up!

Esteban Granero said...

saya ada malam tu kat downtown, jalan2 beli crocs.