28 September, 2009

Teratak Ayahanda - Raya 2009

17 September, 2009

Selamat Hari Lebaran '09

Andaikata ada yang tersinggung,
Andaikata ada yang terasa hati,
Andaikata ada yang tergusar perasaan,
Andaikata ada yang terhiris rasa,
Andaikata ada yang tersakit hati,
Andaikata ada janji yang tidak ditepati,
Andaikata ada yang memendam perasaan,

Semua itu samada secara sengaja atau tidak, FG memohon maaf di hari raya yang mulia ini; kerana di hati FG tiada siapa yang dibenci... :)

Semoga semuanya bergembira di hari raya kali ini....

Assalamualaikum.

14 September, 2009

Berbuka Puasa di Nasi Beriyani Mak Tim

Kali ini, moh kita ke restoran yang menyajikan makanan-makanan dari warisan masakan johor. Hari itu, mereka berpakat bersetuju untuk "Pilih ajer la mana nak pegi, saya ikut ajer..."


So, FG decide untuk berbuka puasa di Mak Tim, Restoran bagi mereka yang favourite dengan masakan johor. Restoran ini direkomenkan oleh seorang Colonel semasa FG bertemu dengan dia ketika berbuka puasa tahun sudah di Hotel Corus. FG kata, "susah la nak dapat rasa mee rebus johor yang betul2 kaww...". Dia kata... "Pi lah kat Restoran Mak Tim... kat Keramat AU2"

So, di restoran ini menyajikan pelbagai masakan johor dari Briyani Gam, Laksa Johor, Mee Rebus, Mee Bandung Muar, Tahu Bakar, Lontong dan pelbagai lagi...



Jangan lupa.. Murtabak Singapore pun ada....



Makanan yang order sudah pun sampai. Yang anda lihat ni Briyani dengan lauk kari kambing.


Kenapa muka Syed dan Ilham ni tension semacam... Sabar bang, waktu berbuka sekejap lagi ya..?


Kurma yang disediakan bagi pembuka juadah berbuka..


Landskap yang terdapat diluar restoran.


Hmmm... cantik juga.


Jika ingin tahu, Restoran Mak Tim terletak di AU2 Keramat... betul-betul di simpang bulatan Keramat AU2. Berhadapan dengan restoran ini kelihatan kilang Glaxo Smith Kline.
Nak menikmati rasa makanan johor, sila lah ke Mak Tim ! Pastinya, FG dan kawan-kawan selalu ke sini juga.

11 September, 2009

Cepat benar masa berlalu...


Pejam celik pejam celik... kita cuma tinggal satu minggu sahaja untuk berpuasa... Hmm, tanpa disedari masa begitu pantas berlari....

07 September, 2009

Undangan dari Syed Mahadi

Pagi itu....

"Bro... hari ni kau berbuka kat mana...?"
Aku : "Hmm.. not sure lah. Ingat nak lepak kat rumah ajer. Boleh relax-relax sikit..."
SM : "Eh, jomlah. Berbuka kat rumah kitorang. Aku tak ramai hari ni. Kita-kita ajer nak?"
Aku : "Sounds interesting. Nanti kita confirm lepas rehat nanti.. kau tau ajerlah aku ni, mana taw last-last minute ada urgent call..."
SM : "Ok bro.... Nanti aku bagi tau orang rumah aku !!"


Maka petang itu jugak, Muzlina (isterinya, yang mana kawan kami semasa belajar dulu jugak, call FG)... "Eh, awak jadi kan berbuka dengan kami...??"
Aku : "Ok ok... confirm !!"

So, petang itu maka terhidangla beberapa juadah di atas meja yang sebelum waktu berbuka begitu mengghairahkan selera..... Antaranya... kari ikan merah...

Ayam masak merah....


Tandoori chicken yang Syed Mahadi agaknya tahu favourite aku... warna nya pun MERAH !! So, semasa di ITM dulu, aku memanggil Syed ni dengan Syed Merah !! Jgn marah bro,... gurau je !


Dan ikan keli favourite kami berdua.. banyak betul ikan keli pada berbuka puasa petang tu. Peliknya, Muzlina tak makan ikan keli ini,... katanya macam kepala ular... Ishh, potong selera betul Muzz...


Kelihatan Syed Mahadi begitu sabar menunggu waktu berbuka sambil mengadap TV.
Thanks friend for the invitation !!

04 September, 2009

Giliran Cozy Corner pula...

Seperti biasa, restoran Cozy Corner di Ampang Park adalah restoran pilihan paling best rakan-rakan baik FG sejak sekian lama.

Tapi petang itu, Shahrina sempat juga membuat dandanan rambut di salon berdekatan. Wei, kak... raya lama lagi taww... Kelly asyik ketawa dari mula perjumpaan hingga akhir.

Sebenarnya makanan yang kami order adalah rutin kegemaran kami sejak lima tahun yang lalu. Antaranya... sambal udang petai, schezuan soup, daging masak black pepper, lemon chicken, tomyam campur, fried cuttlefish..... dan yang paling special...

Ladies' fingers goreng belacan.... fuhh.. syoknyaa!! Semua kena rasa tau keenakan bendi goreng belacan nih...
Jom ke Cozy Corner...

03 September, 2009

Berbuka Puasa di D'Giling

Semalam, FG berbuka puasa dengan kawan-kawan pejabat di sebuah restoran yang FG cadangkan minggu lepas.... D'Giling. Restoran ini terletak di Pandan Mewah, Kuala Lumpur.

Sekali pandang sahaja, hiasan dalamannya sudah membangkitkan rasa tenang, nyaman dan tidak berpusu-pusu untuk mengambil makanan seperti di tempat-tempat lain....



Disediakan juga skrin besar di hujung restoran...



Apa yang menarik tentang restoran ini adalah cara mereka menghidangkan lauk-pauk mereka...

Semua lauknya dihidangkan di atas kuali. Hmmm... authentic nya...
Antara hidangannya adalah ikan terubuk masam asam pedas, ayam masak kicap, kari daging dan tetel ( :) ); kari ayam; ikan keli sambal, ... dan banyak lagi laa... FG tak sempat nak tengok semua semalam.


Dan pelbagai jenis minuman yang ada sedikit perbezaan dengan restoran lain...

Dari kiri... orange mixfruit punch, lemon madu, soya mix coffee, dan Teh-O Lychee... Bisa menghilangkan dahaga...

Dan ini untuk FG... soya mix with coffee... Hmm.. not bad !

Ada pelbagai hidangan lain di sebelah kanan dan kiri kuali-kuali tadi. Kelihatan sotong masak sambal yang menarik dari sini.. hmmmm.... nyummy !!

Pendekata, kawan-kawan FG berpuashati pabila menikmati juadah berbuka puasa di sini semalam. Jadi, bagi mereka yang berdekatan dengan kawasan Pandan; bolehlah mencuba menu di restoran Giling ini. Harganya pun berpatutan.



Yang paling utama adalah tempat ini begitu tenang.. Tidak perlu berebut-rebut mengambil makanan kerana tempat yang disediakan sungguh lapang dan sesuai bagi menikmati hidangan yang aman dan damai.

Selamat Berbuka Puasa diucapkan kepada semua umat Muslimin dan Muslimat yang mengunjungi lembaran FG hari ini...

01 September, 2009

Dan mula buat persiapan...

Orang kata ekonomi tak mengizinkan, jadi ramai tak keluar bershopping...
Orang kata ekonomi gawat, mungkin ramai yang tak keluar berbelanja...
Orang kata minyak dah naik harga, jadi takleh keluar membeli-belah...


Tetapi,
Apa yang FG perhatikan semakin ramai di pusat membeli-belah
Ramai yang berpusu-pusu setiap kali kelentong jualan murah di sana sini...
Hmmm... orang Malaysia la memang kaya segalanya.... selain dari kaya budi bahasa, kaya senyuman dan kaya menguntungkan orang kaya.

Busana Muslim... hehehe.. nama aku !!


Sebenarnya kuih kuih ni dari dulu asasnya sama.. cuma namanya saja ditukarganti dan rasanya diimprovisasikan. Kakak2 FG semuanya pembuat kuih2 raya nih, jadi, FG takkan belilah kuih2 di luar nih...


Beli bang.. jangan tak beli...


So petang itu, FG pun terus berbuka kat rumah abang FG. Masakan special dari kakak FG yang dah lama tak rasa... MEE SIAM !! Yahoo !!

Buat pengetahuan Lyn, Elly... ini lah rupanya mee siam tersebut.. Mee Hoon digoreng dengan cili kosong. Then, kuahnya pula adalah campuran tauchoo, togeh, udang kering, asam, tahu... fuh.. best best !! lama tak makan mee siam nih.. Ummi, tau tak resepi mee siam nih..??


Dan masak ikan bawal sweet sour yang sungguh power !!! Selamat Berbuka !!