28 August, 2009

Alamak... Jam ke..??

Bali-balik kerja hari tu, berkobar-kobar nak pi Bazaar Ramadhan kat tempat FG. Situ famous dengan pelbagai juadah...

Sesampainya di kawasan itu (belum sampaipun sebenarnya), kereta dah mula perlahan. Jalan kiri dan kanan dah penuh...

"Apaa..?? Apa dia..?? Kau punya kuew teow aku dah beli... Tapi murtabak habis laa..."

Ginilah keadaannya parking kalau bermulanya bazaar Ramadhan. Kadang-kadang pukul 4.30 dah mula sesak.. sehinggalah nak dekat waktu berbuka.

Susah nak pass-thru dengan motor yang parking bersebelahan dengan kereta.

"Bila la aku dapat seberang jalan nih...???"
Namun, dah dua hari kebelakangan ini, hujan turun dengan lebatnya di sekitar Kuala Lumpur. Habislah perniagaan air di situ....

24 August, 2009

Lebih Enak dari Hotel 5 Bintang

Orang kata, di bulan puasa ni, tekak kita asyik teringin nak makan yang sedap-sedap. Maka bermulalah di fikiran masing-masing terbayang pelbagai makanan yang enak-enak. Setelah dua hari yang lalu, FG telah pun menemui apa yang dihajati pada setiap kali puasa. Hmmm.... syoknya!


Pra-ramadhan di office FG telah diadakan pada hari Jumaat yang lepas. Maka ayam goreng telahpun disediakan oleh para kakitangan... Lazat hingga menjilat lengan...

Ikan keli masak sambal. Wow... Favourite tuhh!! Sajian ini telah disedakan oleh Suzainah, kawan sepejabat FG.
Manakala di hari pertama dan kedua puasa pulak.... Amboi makk...
FG telah mengunjungi rumah emak saudara bersama para sepupu yang memang kaki masak...
daging kambing goreng cili padi....

my most favourite dish... sambal tempoyak!! Kalau makan, memang tak toleh kiri kanan lagi dahhh... Tau tak, makanan ini spesial sebab ramuannya yang pelbagai daun termasuk petai dan tempoyak.. fushh!!

Sambal tempoyak tadi... kalau disulamkan bersama sambal belacan mangga, syoknya jangan cakap lah dek !!!
Pulak ditambah dengan ikan masin terubuk !! Terangkat bang !!
Dessertnya pulak, cucur udang satu dengan kuah cili...
Tak dapat dibayangkan keenakan makanan malam tadi... Itu belum yang lain2 yang tak sempat FG nak rakamkan di sini; sebab terlalu terliur memandang makanan yang terhidang..... Sepertimana tahun-tahun yang sebelumnya FG banyak berbuka di hotel (mungkin selepas ini bersama-sama rakan2 rapat FG iteww...)... Namun, ia tidak akan dapat menandingi masakan seperti di rumah emak saudar FG yang lebih kepada masakan kampung ini...

23 August, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah syukur ke hadhrat Illahi... Allah Azza Wajjala yang menemukan kita sekali lagi dengan bulan Ramadhan Al Barakah; bulan yang penuh keberkatan penuh kenikmatan penuh dan pintu ampun dibuka seluas-luasnya....

Apa yang menarik setiap kali datangnya bulan Ramadhan ini, selain dari istimewanya Tarawikh yang kita lakukan setiap malam (ada juga yang FG miss... makan kenyang sangat kot, mungkin tahun ini akan memaksimakan bilangannya)... satu yang tidak dapat dilepaskan adalah BAZAAR RAMADHAN... Pergilah di mana daerah sekali pun di Kuala Lumpur, Shah Alam, Kelang, Paya Jaras, Kampung Jawa, Kampung Bharu, Kampung Datuk Keramat hinggalah ke ceruk-ceruk rantau, kita akan dapati kemeriahan jaduah yang terjual di jual di merata-rata daerah. Best !!
Tapi bro, jangan membazir k..? Beli setakat untuk dimakan, bukan untuk tong sampah makan!


Kalau hari biasa, air-air ini nampak biasa, tapi kalau bulan puasa... air keladi yang purple tu pun nampak menggiurkan...
Mee soup satu pakcik....

Sata.... spesiati dari Terengganu...



Biasanya air percik akan jadi tumpuan di setiap bazaar Ramadhan



Aaahhh... Azan dah kedengaran. Jadi, rakan-rakan dan saudara mara sekalian, selamat menjamu selera dan Selamat Menyambut Puasa FG ucapkan...
Kita jumpa lagi.

18 August, 2009

Air Terjun Titi Kerawang

Masa FG ke tempat ini, keadaannya sungguh nyaman.. .sejuk.. dan kedengaran air terjun dari kejauhan...

Jambatan yang cantik....


Sayupnya mata memandang....

Buah mangga ni sedapnyaaaa..... buat sambal belacan.. peh, sure terangkat..!

Di pinggir jalan, banyak kereta yang berhenti, kerana ada gerai-gerai yang menjual pelbagai buah-buahan dan jual hasil kerjatangan...

Hey Pinnochio !!



Buah berangan pun ada...
Pisang bergayutan...
Dapat anda agak di manakah tempat ini..?



17 August, 2009

Nasi Beriyani





Nasi Beriyani ni FG makan di sebuah restoran Kapitan kat Penang... Kat Batu Uban. Kat Penang memang banyak nasi beriyani yang best-best... macam Hameedia Restaurant besides Line Clear (Line Clear ni, FG kureng sikit.. sebab tempatnya sempit). Ternyata beriyani kat restoran ini very best in the world.... sedap peh !!
So, kalau ada sesiapa yang singgah di Penang.. silalah rasa beriyani di sini. Memang lazat dan menggiurkan !


12 August, 2009

Tiba-tiba...

Eh eh... kedai berjenama kawan saya pun ada jugak.....??


10 August, 2009

Pantai Batu Feringghi

Antara tempat yang kawan FG bawa untuk menikmati keindahan di Penang ini antara salah satunya adalah Batu Feringghi. Kelebihan Feringghi ni adalah antaranya pasar malamnya yang menjual pelbagai barangan dari pakaian, beg segala jenis beg, kaca mata (hehehe... bukan cermin mata ke..??), pakaian (yang banyaknya pakaian mandi, sebab berdekatan dengan pantai), dan... DVDs.... hahaha.. my favourite. Tapi petangnya panas dik oii...
Pemandangan di Pantai Batu Feringghi.... jam 6.00 petang...






Sebuah hotel di sepanjang jalan di Feringghi...


Senja di pantai feringghi.... its twilight zone... tenen tenen tenen...


Ada horse-riding jugak...


Sementara tunggu pasar malam nya bermula, (biasanya jam 6.00 mereka baru hendak bukak canopy dan bersiap-siap menyusun barang...), kami menikmati laksa di tepi pantai itu..


Kat sini pun ada Spice Garden. Masuk kena bayar... FG tak nak masuk, spice??? Kalau ada Spice Girls... FG nak masuk...



Mintak maaf kepada para pembaca yang mungkin tertanya-tanya kenapa FG lama tak update blog. Sebenarnya dari hari sehari FG nak meng-updatekan blog kesayangan nih, idea yang adakalanya mencurah-curah dan melimpah ruah tak termampatkan masa untuk menulis.

Jadi kesempatan ini, FG inginlah berkongsi apa yang indah di mata, cantik di hati, enak dimamah bagi santapan halwa mata telinga dan rasa sesiapa yang membaca di sini....

04 August, 2009

Fun Time ...


Seronok dapat jumpa Abby.... Memang kelakar DJ nih...