28 May, 2009

Makan Ikan Air Tawar

Cantik pemandangannya....


Sambil makan, sambil tengok ikan berenang-renang di bawahnya...


Waktu hampir senja dan keadaan menjadi kelam... seperti keadaan di kampung.

Hidangan pun sampai. Main course, ikan yang ditangkap di kolam peliharaan. Kami makan ikan siakap hari tu...
Burppp... kenyang...
Lokasi:
Restoran Kolam Ayer Tawar di Ulu Langat...




Best..

25 May, 2009

Gone Too Soon


Genap dua minggu selepas perkahwinan adiknya, sepupu FG, telahpun menghembuskan nafas terakhirnya pada Sabtu, 23 Mei 2009. Beliau pergi ketika umurnya 43 tahun.

Keadaan sedih yang menyelubungi hospital pada pagi hari Sabtu itu (kebetulan FG berada di sana); amat menyebakkan rasa kepada setiap yang berada di situ.

Kepada Aman, semoga rohmu dicucuri rahmat dan diletakkan bersama-sama orang yang beriman. Al Fatihah.

18 May, 2009

My Cousin's Wedding

15 May, 2009

Rasa Kelantan di Negeri Sembilan

Tempohari semasa menghantar sister FG ke airport KLIA, Nilai kami sempat singgah di tempat makan yang satu nih. Menurut sister FG yang tinggal di kawasan berdekatan situ, restoran ini menghidangkan makanan yang sedap.... delicious! So, FG pun bertanya jenis masakan apa yang special di restoran ini. Dia jawap, masakan Kelantan! Hah? Kelantan... sure manis2 punya...

Tetapi silap. Makanan Kelantan yang telah ditransformkan kepada taste orang Negeri Sembilan. Pedas dan lazat. Ok.. Inilah dia pintu di hadapan restoran tersebut. Nampak simple.


Tetapi bila kita dah pun berada di dalam restoran tersebut, kita akan kagum dengan design serta layoutnya yang nyaman dan soothing. Cantik mata memandang; redup walaupun keadaan diluarnya panas.

Cozy kan keadaan di dalamnya..?


So, disebabkan kami ingin segera hari itu, so, kami order YONG TAU FOO goreng. Anda patut mencubanya. Begitu sedap; berbeza dengan yong tau foo yang berada di pasaran... kalah rasa Fatman Steamboat!!

Mint Tea yang dihidangkan... Hmmm... best.


Ini lah dia kuey teow special dari Restoran ini.


Kena pulak dengan cili padi kicap ini.. fuh.. memang best.



Ditanya kenapa nama Redland's... oh rupanya ownernya Amy berasal dari Tanah Merah Kelantan. Katanya makanan western di sini jugak enak. Jadi, lain kali FG patut mencuba Fish and Chips yang dikatakan special jugak di sini.

12 May, 2009

Konsert Tulang Anjing Hitam

Minggu lepas; kawan FG called.. Katanya.. "Ko nak tiket tak pegi tengok konsert Black Dog Bone..??". Of course, FG kata.. nakkkk!! Then, dia kata... radio rasmi bagi konsert ni adalah SINAR.FM. So, kau kena jawap kuiz kat radio. Oklahhh... yang soal tu pun kawan FG gak tu. Hakikatnya FG begitu SIBUK dengan kerja-kerja pejabat yang memerlukan lebih masa... dan juga menunggu dengan persiapan sepupu FG yang akan kawin esoknya lak tu.. Namun, FG gagahkan jugak dengan sempat curi-curi masa untuk pegi konsert tuh...

dan nasib baik FG juga pergi masa premier konsert tersebut.. yakni.. untuk tontonan wartawan2 dan para media. Fuhh... best gilerr !! Segala nostalgia terkenang kembali.


Malam itu dimulakan dengan persembahan Jay Jay. Diberitahu bahawa konsert ini sepatutnya BLACK DOG BONE versus CAREFREE. Sayangnya, kumpulan Carefree tidak dapat disatukan.

Persembahan Jay Jay hebat. Beliau menyanyikan banyak lagu dari Carefree seperti Dendangan Laguku, Bayangan Tarimu, Belaian Jiwa (yang katanya telah diimprovisekan oleh Innuendo), Kini Baru Kau Sedar dan lagu yang telah menjuari carta LPMI selama 14 minggu berturut-turut RINDU BAYANGAN. Jay Jay yang tidak pernah hilang dari persada seni suara nampaknya begitu yakin dan relax ketika bermain gitar ketika menyanyikan lagu2 lamanya. Tampak HEBAT!
Kemudian, tiupan flute dari seorang lagi bekas ahli kumpulan Carefree dan juga pemenang BAKAT RTM Tahun 1974, saudara Rahim Othman.

Akhirnya ... muncullah kumpulan hebat dari 70'an.. BLACK DOG BONE !!!
Ternyata gandingan : Jatt, Drum & Vokal. Izhar, Gitar & Vokal. Michael, Keyboard. James, Saxophone. Masron, Trumpet & Vokal. Hamid, Bass – Guitar BEGITU MENGKAGUMKAN.

Di usia mereka yang hampir 50'an suara JATT tak berbeza apabila menyanyikan lagu2 seperti HATIKU LUKA LAGI, BILA RINDU, KHAYALAN, BAHAGIA DAN DERITA, DIGANGGU KENANGAN dan DULU dan SEKARANG! Skor muzik tidak banyak digubah bagi mengekalkan keaslian intipati lagu tersebut.

Nampaknya usaha Saudara Ali Bakar bersama Box Officenya berjaya menarik ramai orang ke Istana Budaya. Syabas!!


Sejarah Black Dog Bone:

Album pertama mereka dirakamkan pada tahun 1977 terbitan Tony Wong dari Singapura. Lagu lagu seperti Relaks, Bila Rindu, Jangan Kau Lukakan Hatiku dan Bibir telah melonjakkan nama BDB dalam sekelip mata. Tahun berikutnya EMI Singapura terus melamar mereka dan BDB tidak lagi menoleh ke belakang. Kemunculan begitu banyak artis berkumpulan ketika itu tidak dapat menggugat nama BDB sebagai antara kumpulan unggul meskipun sudah lebih dari 10 tahun ditubuhkan.

Walaupun nama BDB popular kira kira lebih 2 dekad yang lalu, namun muzik mereka tetap menjadi pujaan sehingga kini. Lagu seperti Hatiku Luka Lagi, Geram, Releks, Dulu Dan Sekarang, Hari Ini Dan Esok, Joget Bujang Di Rantau, Titisan Iman, Sayang begitu mengesankan malah berjaya mengalihkan perhatian pengemar muzik yang sebelum itu dilanda lagu lagu cinta seperti Cinta Hampa dan Oh di Mana dendangan artis-artis dari Indonesia yang menguasai senario muzik pada masa itu.

Biarpun fenomena menyadur lagu lagu popular Inggeris berleluasa ketika itu, namun BDB yang turut mengambil kesempatan untuk mempopularkan lagu lagu Inggeris dalam bahasa Melayu tetap mendapat tempat. BDB juga telah berjaya mengenengahkan lagu lagu joget moden yang begitu diminat ketika itu. Lagu seperti Joget Bujang Di Rantau, Joget Sindir Pesan, dan Joget
Waspada telah menjuarai carta lagu lagu pujaan di stesen radio ketika itu.

Mereka sempat merakamkan 9 buah album, kebanyakan lagu mereka menjadi siulan ramai. Boleh dikatakan setiap album mereka mendapat sambutan yang menggalakkan., terutama lagu lagu ballad dan sentimental mereka yang menguasai penyiaran lagu lagu di radio. Lagu hariraya mereka `Cahaya Aidilfitri’ telah menjadi lagu wajib setiap kali raya menjelang.
ALBUM-ALBUM BLACK DOG BONE

Album : Sindir-Sindir Sayang
1976. Lagu popular : Bila Rindu, Bibir and Relaks

Album : Si Gadis Ayu
1977. Lagu popular : Gadis Ayu, Geram and Hatiku Luka Lagi

Album : Khayalan
1978. Lagu popular : Khayalan, Kucari Penawar Luka dan Kau Datang Bawa Cahaya

Album: Dulu dan Sekarang
1978. Lagu popular : Dulu Dan Sekarang, Joget Sindir Pesan dan Kuutuskan Doa

Album : Di Ganggu Kenangan
1980. Lagu popular : Diganggu Kenangan, Hari Ini Dan Esok dan Malam Kenangan

Album: Bahagia dan Derita
1980. Lagu popular : Bahagia dan Derita, Senyuman Sayangmu dan Titisan Iman

Album : Diskorama
1981. Lagu popular : Sayang, Minyak Urutan & Di Saat Perpisahan

Album : Kembali lagi
1986.

Album : Reunion
2003.

05 May, 2009

Doa Ibu Membawa Ke Syurga

Petikan dari seorang sahabat yang menjentik perasaan FG bila membacanya"

Suatu ketika apabila seorang bayi sudah bersedia untuk dilahirkan, si bayi bertanya kepada Tuhan:

"...para Malaikat di sini mengatakan esok Kau akan mengirimkanku ke dunia, tetapi bagaimana cara hidupku di sana nanti? Saya begitu kecil dan lemah." Tuhan menjawab: "Aku telah memilih dia untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu."

Jawab si bayi: "Tapi di syurga apa yang saya lakukan hanya tertawa dan bernyanyi. Ini sudah cukup membahagiakan saya."


Tuhan pun menjawab: "Dia akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan jadi lebih bahagia."

Si bayi pun bertanya lagi: " Dan, apa yang dapat saya lakukan apabila saya ingin berbicara denganMu?"

Sekali lagi Tuhan menjawab: "Dia akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa."

Si bayi masih belum puas dan bertanya lagi: "Saya mendengar bahawa di bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?"

Tuhan pun menjawab: "Dia akan melindungi dengan taruhan jiwanya sekalipun."

Si bayi masih belum puas dan melanjutkan pertanyaannya: "Tapi saya akan bersedih kerana tidak dapat melihat Kau lagi."

Dan Tuhan pun menjawab: "Dia akan menceritakan padamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu boleh kembali kepadaKu walaupun sesungguhnya Aku selalu berada disisimu."

Saat itu syurga begitu tenang, sehingga suara dari bumi dapat terdengar dan si bayi dengan suara sayu bertanya: "Tuhan jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Kau memberitahuku siapakah dia di rumahku nanti?"

Tuhan pun menjawab: "Kau akan dapat memanggilnya "IBU". Kerana kasihnya jugalah yang akan membawamu pulang ke syurga...."
Kenanglah ibu yang selalu menyayangimu. Ibu yang selalu menitiskan air mata ketika kau pergi. Ingatkah engkau ketika ibumu rela tidur tanpa selimut demi melihatmu tidur nyenyak dengan 2 selimut membaluti tubuhmu? Ingatkah engkau ketika jemari ibu mengusap lembut kepalamu dan ingatkah engkau ketika airmata menitis dari mata ibumu ketika ia melihatmu terbaring sakit?"


Sahabatku.... Kembalilah mohon maaf pada ibumu yang selalu rindu pada senyumanmu...

Sahahat2ku....jangan biarkan engkau kehilangan saat yang kau rindukan di masa hadapan jikalau ibumu telah tiada. Tiada lagi yang akan berdiri di depan pintu menyambut kepulanganmu.

Tak ada lagi senyuman indah tanda bahagia apabila kita sedang berduka. Yang ada hanyalah kamar kosong tiada penghuninya. Yang ada hanyalah baju yang digantung di almarinya. Tak ada lagi dan tak akan pernah ada lagi yang menitiskan airmata, mendoakanmu di setiap hembusan nafasnya.

Sahabat2ku..... kunjungilah ibu yang selalu merindukanmu selagi hayatnya masih ada. Berikanlah yang terbaik di akhir hayatnya. Kenanglah semua cinta dan kasih sayangnya.

Ibu... Maafkan atas segala dosa-dosa atas perbuatanku. Jasamu tetap tidak dapat terbalaskan....

Al-Fatihah dan Sekalung Doa buat ibuku yang telah pergi menyahut seruan Ilahi.
Selamat Hari Ibu.