29 April, 2009

Kisah Sahabat @ Tokyo

Seorang sahabat FG yang berada di Tokyo baru-baru ini ada mengirim email kepada FG. Kami sama-sama bekerja semasa mula-mula FG menghabiskan pengajian. Beliau seorang yang aktif, periang dan of course, baik hati... kawan-kawan FG semua baik-baik belaka...


Panjang lebar ceritanya mengenai Tokyo. Banyak juga yang FG tanya dia. So, antara favourite makanan dia sekarang adalah Yoshi Soba... atau melayunya Mee Soba...

Inilah bentuk rupanya Mee Soba...?? Errr, nak tanya.. Mee ni.. JAKIM ada luluskan tak? Harga bagi semangkok mee Soba ni adalah 430 Yen... bersamaan RM 15++. Mahalnya...



Anaknya Aneesa yang katanya petah bercakap.... macam ibunya...

Antara scenery yang cantik yang sempat dia capture untuk FG adalah Bunga Sakura...


Pemandangan putih oenuh dengan keindahan bunga sakura ini katanya diambil dari Meguro River...

Cantik... Rasa best pulak kalau ada kat sana. Kawan FG kata, kalau FG ambik lagi cantik. Hehehe... cantiklah tuuhh...

Kalau ada rezeki, kita akan berjumpa lagi, k? Jangan lupa kirim salam kat Ultraman Taro.

27 April, 2009

Syukur



Bangunku di pagi hari ini dengan rasa syukur ke hadrat Illahi...
Masih ada nafas untuk aku meneruskan hidup
Masih ada tujuan untuk aku melangsungkan natijah
Masih ada yang sayang dan menyayangi
Jauhkan diriku dari sifat angkuh, tamak, haloba
Jauhkan juga diriku yang terlupa dari bersifat angkuh, tamak dan haloba

Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Pengasih Maha Pemurah
Berikanlah Ini Memberi Pengertian Untukku
Mencari HidayatMu
Makaku Tadahkan Setulus Pengharapan
Untuk Aku Bersujud Penuh Syukur...

23 April, 2009

Jom Jalan-Jalan !

Tak tahu mana nak bercuti...??? Jomlah kita ke tempat ini. Hmm.. Menarik dan cantik. Sejuk dan nyaman. Dekat sangat dengan bandar. So, tunggu apa lagi.. Jom Jalan-jalan...












21 April, 2009

Andai Aku Garpu.... Andai Aku Sudu

"...ibarat sudu dan garfu.... "
"hidup perlukan kepercayaan... barulah harmoni..."


"....jika engkau menjadi tangkai, aku akan menjadi buahnya..."

Sayang…. Hoo sayang…
Cinta….. Oohh cintaa…

Andai Aku Bulan; Andai Aku Bintang.. Aku Yang Jadi Langitnya
Andai Aku Garpu; Andai Aku Sudu,.. .Aku Yang Jadi Piringnya
Susah Senang Kita Berdua
Hidup Mati Kita Berdua
Sejalan Kita Sejalan... Bersama...

Andai Aku Syair; Andai Aku Muzik... Aku Yang Jadi Lagunya
Andai Aku Tangkai, Andai Aku Buah... Aku Yang Jadi Bunganya
Sama-Sama Kita Harungi; Sama-Sama Kita Lalui
Sejalan Terus Sejalan Ke Akhirnya.... Oohhh...
.
Jangan Ada Benci; Jangan Ada Dusta.. .Di Antara Kau Dan Aku
Tak Perlu Cemburu; Tak Usah Curiga... Akan Ketulusan Cintaku..
Saling Percaya... Saling Setia...
Kita Jalinkan Asmara Syahdu...
.
Lagu : Saling Percaya
Nyanyian : Ramlah Ram & Iwan
Lokasi Penggambaran: AgroTech Resort, Ulu Langat, Selangor

15 April, 2009

Juara Bintang RTM 1980'

Nama sebenarnya... Dara binti Jalil. Berasal dari Kota Tinggi Johor. Beliau pernah menyandang Johan Bintang RTM Tahun 1980.


Antara lagu yang popular... Rayuanku...


Pernah berduet bersama Rohana Jalil ini di suatu majlis. Nama panggilan mesranya.. Mak Ana.
Hmmm... Mak Ana, FG bukan Juara mana-mana pertandingan tau...! Jangan balun key tinggi-tinggi...




END OF SEASON 1.

13 April, 2009

So You Think You Know How To Dance....

Malam Minggu yang lepas, FG bersama-sama rakan-rakan nak pergi coffee-drinking ke sebuah restoran di Wangsa Maju. Wahhh... Ada tarian poco-poco lah kat situ.. Happening Giler ! Ina, you mesti teruja....Teringin juga melakukan aktiviti senaman dengan cara yang mudah dan menyeronokkan? Lupa ke, kan FG ni bekas penari… most of the family members tak tahu…


Berbalik kepada tarian ni jugak… Selain daripada berseronok, anda juga dapat mengeluarkan peluh dan menggalakkan peredaran darah.. Yang lagi bagusnya, aktiviti ini juga boleh merapatkan hubungan apabila dilakukan bersama pasangan, keluarga dan kawan-kawan.. Dan tak kurang pentingnya dapat menghilangkan stress serta serabut kepala anda..Pernah mendengar tarian Poco-poco? Ohhh.. Jika tak pernah dengar, anda pernah dengar tak Line Dancing? Mengikut definasi WikiPedia, line dancing ni adalah sejenis tarian yang ditarikan oleh sekumpulan orang dalam barisan.. Poco Poco adalah sejenis line dancing berentak Indonesia..

Hmmm.. Semasa sepanjang berada di sana, FG raa amat terhibur dgn pelbagai rentak lagu dari Indonesia dan Malaysia juga.
Pergerakan dalam line dancing ni mudah saja, dan sesuai untuk semua peringkat umur serta saiz badan... Selain itu, tarian ini juga tak memerlukan anda memakai sebarang pakaian atau kasut khas.. Kalau nak buat di pejabat pun boleh.. Janji ada ruang yang cukup untuk bergerak.. Opppsss.. Pastikan juga anda melakukannya bukan sewaktu bekerja ya....?? Sekarang kita akan lihat pula bagaimana pergerakannya..

1. Bergerak ke kanan dua langkah..
2. Bergerak semula ke kiri dua langkah
3. Bergerak ke belakang dua langkah
4. Bergerak ke hadapan dua langkah
5. Pusing ke kiri dan ulang semula langkah 1
Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan..


Senang bukan… ??? Silalah cuba…

09 April, 2009

Makan Malam

Antara favourite place untuk hang-out dengan kawan-kawan during dinner; DAGANG AVENUE....

Ada kerang rebus...

Tempat makan yang cozy...

Mee Hailam yang sedap..

Kuey Teow Soup .... yummy !

06 April, 2009

Ini dia hari ini....

Suatu ketika dahulu dialah DIVA... dia adalah antara yang terseksi di Malaysia.
Hari ini, beliau hanya menyanyi di rumah-rumah orang kawin... Inilah dia Zaiton Sameon hari ini. Yang dahulunya penuh dengan kontroversi.

Jika ada yang masih mengingati kontroversi-kontroversi yang dibangkitkan olehnya pada zaman itu antaranya:

i. Memakai pakai ala-ala Tarzan and Jane (bersama Fareez (bekas suami Noraniza Idris)) di majlis makan malam anjuran sebuah majalah hiburan.
ii. Menolak lagu2 ciptaan A.Ali untuk album keduanya kerana menurutnya lagu2 ciptaan A.Ali berunsurkan dangdut; sedangkan A.Ali telahpun menaikkan namanya di album pertama. (Lagu A.Ali itu kemudian diberikan kepada pemenang Bintang RTM 1980 - Rohana Jalil. Lagunya bertajuk 'Rayuanku' yang menjulang nama Rohana Jalil).
iii. Menampar seorang PR dibawah label FGM atas masalah peribadi.
iv. Memakai pakaian seksi (baju nipis sambil berendam di dalam air) di dalam video clip 'Menaruh Harapan' hanya untuk pencalonan mingguan pada JUARA LAGU 1987.
Itulah dia riwayat Zaiton Sameon.... "dihati kecilku menaruh harapannnnn..."



(Gambar ehsan dari Roslina, kawan FG yang telah menyaksikan persembahan beliau di sebuah kampung di negeri Sembilan).

01 April, 2009

1 AM - 5 AM di Designerspace

"FG... Kau free tak malam nih...??"
"errr..Free.... Why.. ...??
"Aku ada buat layout design untuk bank.. nak mintak pendapat kau.. kita nak hantar proposal...?"
Mulanya... itu sahaja... . jangkaku... Rupa-rupanya...

Bertitik tolak dari restoran di Ukay Perdana, melakarkan draft visual dari sample yang dibawa, kami terus ke pejabatnya. Jam sudah menunjukkan jam 1.00 pagi. Wahh... FG suka layout officenya. Modern, santai, kelas dan best !! Diiringi dengan muzik dari Kinagrannis - If I Were A Boy, kami meneruskan perbincangan dan susunatur layout. Apple. FG tak mahir sangat dengan Apple... tapi bolehlaaa... Kami dah lama berkawan. Sejak tahun 1994. Kesungguhannya amat mengkagumkan. Sekarang beliau dah pun punya company sendiri. Check web beliau di Designerspace. Akhirnya creation beliau, layout plan, graphic designing beliau memang impressive.
Ada pulak papan dart untuk hilangkan stress....

Kawan FG ni baru berjinak-jinak dengan mountain bike. So, terdapat tiga bijik sikal gunung terdapat di dalam pejabatnya. Best jugak...
Terapi...

Habis sahaja kerja, FG lihat jam menunjukkan sudah 5 pagi. Layout plan kena dihantar jam 5:30 pagi. So, kami bergerak sama. FG pulang ke rumah dan dia berjumpa clientnya.

Nah, sekarang... FG sudah berada di pejabat.... .Mengantuk !!! Namun seronok dapat contribute kepada sesuatu kepada graphic designing nih... Dan dia seorang yang baik, pemurah, besar hati (big heart), besar pikir...(??... yeah, think big). Worth to be a part in our circle. Yeah, and thats what friends are for....