30 March, 2009

A Special Song for A Special Friend


Hurrahhh !!!!

27 March, 2009

Sayang, Aku Mungkir...

Sering kali kita menuduh pasangan kita berlaku tidak adil kepada hubungan kita. Kita sentiasa mendabik dada mengatakan kita benar; kita tidak salah. Apa kala di suatu ketika ditakdirkan bahawa kita yang telah mengkhianati dia; kita yang telah memungkiri segala janji. Apakah pula perasaan yang kita harap daripadanya?



Dihimpit dicengkam rindu ini
Gerimis duka ku menggamit kenangan silam
Resah dan pilu menghampiri
Sunyinya malamku kelam
Pedih kemelut cinta, dingin kelu bicara
'Tuk mengungkap rindu

Sayang ku mungkir pada kejujuranmu
Menolak segala bahgia dihadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
Berlari aku jauh dari cintamu ....Ku kesali

Dihanyut dilambung ombak lara; sepiku berkelana
Melayari jiwa nestapa, menggagahi rasa kesayuan

Leburlah harapan cinta; namun kesetiaanmu
Kugenggam bagai hukuman
Mengheret langkahku


sayangku mungkir......

Maafkan daku kekasih hati cinta kita berakhir
Maafkan daku kerna ku memungkirinya...
Maafkan daku kekasih hati cinta jadi begini
Maafkan daku ku mungkir bahagia....

25 March, 2009

Jom Rasa!


Sebenarnya kuih memang dah lama famous di Pasar Datuk Keramat nih. FG mula-mula mengenali kuih ini semasa seingat FG masa mula-mula FG datang ke rumah mak saudara FG di Keramat ni dulu. Memang famous! Memang sedap! Kuih ini dinamakan Kuih Gandus. Mana datang perkataan Gandus ini, FG kurang pasti....


Inilah Kak Kiah... pengusaha kuih gandus ini dari tahun 1974. Dah 35 tahun tu babe!! Tapi rasa serta kuih gandus specialnya ini tetap menjadi pilihan ramai. Kadang-kadang tu, kena order atau nasib tak baik.... telan air liur ajer sebab SOLD OUT !!



Template ini digunakan untuk mencorakkan bentuk kuih gandus ini. FG rasa, frame yang digunakan untuk membuat egg-banjo dulu tu tak??


Tepung dibancuh dengan kelapa dan intinya diisikan nenas (seperti inti tart nenas) diletakkan ditengah2 adunan tepung tadi...


Jem Nenas buatan kak kiah sendiri...Inilah rupanya kuih gandus yang baru diangkat dari atas kuali. Panasss....




.....dan inilah rupanya kuih gandus.... FG belahkan di tengah2 kuih tersebut supaya anda semua dapat lihat isi tart nenasnya yang banyak itu... Awas... kalau baru diangkat, masih panas intinya itu... Bagi mereka yang ingin merasa kuih ini, pergilah ke Pasar Datuk Keramat; berhampiran dengan penjualan buah2an.

.

.


Memang Sedap.. Memang sukar didapati di tempat lain. Hanya di sini.

20 March, 2009

Sesat Di Kuala Lumpur




16 March, 2009

Hujan


Banyak rancangan telah diatur...

Banyak aturcara telah disusun...

Banyak penyusunan agenda untuk musim cuti sekolah ini...

Tetapi...

Cuaca tidak mengizinkan... Hujan....




11 March, 2009

Di Luar Jendela



Di Luar Jendela Bulan Bercahaya
Sang Ratu Malam Indah Nian
Lalu Ku Terlupa Semua Kesedihan
Getirnya Kehampaan Yang Telahpun Terjadi

Di Dalam Kamar Lampu Terpasang
Aduhai Ku Rasa Kegelapan
Lalu Ku Mencari Sedikit Kekuatan
Tampaklah Samar-samar Siapa Aku

Di Bawah Pepohon
Seorang Insan Gelisah
Menanti dan Menanti Mengharapkan Aku Datang
Bayu Membisikkan Dirimu Tetap Dirimu
Pergilah Aku Benci Kepadamu

Biar Sejuta Maaf Kesalan Kau Jeritkan
Ku Kunci Kamarku dan Hatiku
Di Luar Jendela Kau Kan Melihatkan
Yang Aku Masih Punya Harga Diri...

02 March, 2009

Lagi Lagi FG... Lagi Lagi FG...

Kali ini FG nak tunjukkan tempat lahir FG...
KK Hospital.. atau nama penuhnya.. .KANDANG KERBAU HOSPITAL... ekekekeke!! 21 tahun yang lalu, FG dilahirkan di sini.... ??? Is that great!! :)

Inilah dia Marina Barrage. Dari atas Empangan Air Singapura ini, kita akan lihat keindahan pemandangan di Singapura.

Pintu masuk Marine Barrage. Tak kena bayarpun...

Jalan dari luar menuju ke Marina Barrage ...

Kenapa kita tak ada Empangan Air yang dibuat cantik sebegini rupa...??

Dan ada jalan khas untuk pejalan kaki...

Dari atas Empangan tersebut....

Singapore Flyer boleh nampak dari atas Empangan ini... Mesti ramai yang tahu cerita Flyer ini yang jam selama beberapa jam. Nasib baik EYE ON MALAYSIA tak cam gitu, kan?

Kemudian, FG dan keluarga pergi makan mee rebus, karipap Singapore kat Stesen Lama Keretapi di Tanjong Pagar.


...dan inilah keadaan senja di Marina Barrage...