

FG selalu lalu di kawasan ini. Kerap juga melihatkan penjualan kelapa bakar ini. Nak berhenti dari hari ke sehari tidak kesampaian. Maka pada hari itu, FG gagahkan jugak berhenti.
"Kak, air kelapa bakar satu..."
Kakak penjual itu pun mengambil salah satu dari kelapa yang "dipanggang"nya itu, dan dikopek seperti kelapa biasa. Diletakkan ketul ais. Dan FG menanyakan kepada dia, "apa khasiat kelapa bakar ni kak, compare dgn kelapa biasa...?"

Dia menjawab, "khasiatnya sama ajer dengan khasiat kelapa biasa.. cuma rasa ajer yang lain sikit..." Selepas meminum airnya (FG ambil dengan gula merah.. rasanya, fullamak.. syok babe!!)
Kat Malaysia ni rasanya tak ramai tahu pasal kelapa bakar tapi kalau kita masuk ke Thailand, Kelapa Bakar (dorang guna kelapa pandan) sgt popular dan lebih popular dr kelapa biasa. Tujuan buah kelapa dibakar adalah utk memanaskan suhu air kelapa. As we know, air kelapa ni mempunyai suhu yg sejuk. Tu sbb org2 melayu percaya yg air kelapa muda dpt menyembuhkan demam campak mahupun demam caca (chicken pox). Kelapa yg dah dibakar juga banyak khasiat. Ia dpt membantu perjalanan darah dan juga dan membersihkan perut kita.

Berlaku sedikit konflik pada cara penghidangan kelapa bakar. Katanya di Thailand, kelapa yg sudah siap dibakar akan dimasukkan ke dalam peti ais utk disejukkan tetapi di Malaysia, kita minum panas2 atau letak ketul ais! Di Thailand, mereka tak letak apa2 sebagai perisa tetapi di Malaysia, kita letak pelbagai benda lain seperti madu dan limau purut utk menambahkan rasa kelapa bakar tersebut. Isi kelapa yg sudah dibakar tu pun akan jd lembut. Guna jari pun boleh (??). Ahaks. Kadang2 kalau kita makan kelapa muda biasa, sudu yg kita gunakan utk mencungkil isi kelapa tersebut boleh bengkok kalau tak kene pada gaya. Kalau kelapa bakar, kita pasti takkan menghadapi masalah since isinya lembut.

Masa mula-mula kupas tuh, asap keluar dari dalam kelapa nih.. suspen... tapi of courselah keluar asap, dah namapun bakar, kan..?

Apa kata lepas ni kalau anda semua buat barbeque udang ker sotong ker ayam ker, cuba juga utk barbeque kelapa utk jd kelapa bakar dan rasalah air kelapa yg sudah dibakar. Selamat mencuba!