28 January, 2009

Mereka Mengajar Erti Ketabahan



Tiada perlu banyak yang ingin disampaikan kali ini. Dedikasi kepada seorang sahabat lama yang banyak menelan pahit maung hidup semenjak meninggalkan IPT (dulu depa tak panggil IPT.. ). Banyak sangat jika ingin dinukilkan tentang sahabat ini. Jadi, apa yang boleh FG huraikan adalah beliau tahu apa yang perlu.. dan apa yang tak perlu di dalam hidup. Beliau pandai menghormati orang; walau apa kategori; yang mana tiada dalam diri FG. Beliau juga mengajar tidak secara langsung tentang keikhlasan dan ketabahan.

Seorang lagi yang layak ku panggil 'sifu'. atau nama panggilan manjanya 'Giant'. Beliau meninggalkan tempatnya dengan gah. Beliau adalah idola kepada ramai. Banyak perkara tentang beliau yang baik-baik yang menyebabkan beliau disenangi. Dan banyak juga perkara tentang beliau yang FG tak tahu seperti... rupa-rupanya beliau berbakat untuk bermain gitar. Semasa hari keluarga kami yang lepas di Selesa Hillhomes, Pahang beliau telah menunjukkan bakat beliau. FG pun ambik kesempatan untuk menyanyi lagu 'Kamelia' dan juga 'Hotel California'.. hehehehe. Juga diakhir ucapan beliau tempohari, rupa-rupanya beliau seorang yang SENTIMENTAL. Acapkali ucapan diberi, nada sebak terdengar serta genangan airmata terlihat di muka beliau. Agaknya beliau amat mencintai tempat di mana beliau mula bertapak. Ini lah semangat yang diperlukan oleh semua. Semuanya berlandaskan kekeluargaan dan lupakan kekitaan.

To both of you..

All The Best and Jangan Pandang Belakang....!!

21 January, 2009

...dan Superman Terbang lebih Tinggi...




Sampai Syurga babe !!!
Ku membenarkan jiwaku untuk mencintaimu.... Ku persembahkan hidupku Untuk bersama kamu... Dan diriku untuk kamu....
-----------------------------
First FG dengar suara Faizal Tahir ini dalam kereta pada tahun 2005. Perjalanan ke kampung, dengar radio IKIM. Lagu 'Aku Tanpa Cintamu' - Kumpulan Mirwana featuring Jay Jay. FG call Nas (Nas.. u should listen to this..). Eh.. siapa yang nanyi nasyid dgn Jay Jay tu.... Nas bagitahu FG... "...Itu kumpulan nasyid baru laaa... MIRWANA". Dan balik ke KL, FG dapatkan albumnya. Hm.. not bad... Sekali tuuh, menang anugerah ERA dan kalahkan RAIHAN.. dan.. RABBANI.. Wow, dasyat jugak gang nasyid nih...
-----------------
Next, One in the million tahun 2006. 12 contestant. Nas tanya lagi... "kau tengok TV8...?? kau rasa siapa yang menang..?? Kau suka siapa yang nanyi...?". FG jawap, "aku rasa mamat yang pakai talipinggang superman tu baguss... boleh menang". Masa tu Faizal nyanyi lagu, 'Warisan Wanita Terakhir (Teachers Pet), Keindahan Terindah (Samsons), Bad Day (Daniel Powter), Superman (Five for Fighting) dan paling mengkagumkan dia nyanyi lagu L.O.V.E - Ashlee Simpsons dalam bentuk rock!! Power !! FG kata.. dia lah menang nih... Tetapi sayangnya.. beliau hanya dapat tempat ke-dua. Tetapi bagi FG.. dia tetap yang TERBAIK pada masa itu.
----------------------
Berbalik pada cerita Anugerah Juara Lagu malam itu:
*dari dalam cerita nya :
Untuk lagu pertama Faizal, 'Coba', Faizal mendapatkan RM17,000 Guitar yang baru dibeli KHAS untuk persembahannya. Kira berbaloi ke tak berbaloi ni bang...?? Eventhough he is not musically incline. Saya suka jugak persembahannya yang ini. FG asyik memandang kepada gitar barunya yang dari luar negara tu.
dannnn...
--------------------------
Lagu 'Sampai Syurga'.... Persembahan yang extra-ordinary. Walaupun konsep gospel ini pernah dilakukan berulang-ulang kali di JUARA LAGU ini sejak dari zaman Sejati (Wings) hinggalah ke Mungkir Bahagia (Hazami), tetapi ia tetap memukau. Mungkin sebab Hazami sebagai salah seorang dari juri pada malam itu..so kasi memang kat Faizal. dan lagi... alkisahnya, Hair Stylist yang beraksi atas pentas tu supaya potong rambut Faizal 'patutnya' eksyen-eksyen saja.... Rambut tu ada extensions.. so potong yang extensions sahaja... Tetapi dek terlalu naik sheikh, terpotong lebih-lebih rambut si Faizal. Nasib baik menang !!
Faizal... supaya anda terbang lebih tinggi di persada seni muzik tanahair.
-----------------------

*Gambar Ehsan
Dari Pet Photostream.. Wahh, hang pi cover AJL malam tu tak cakap pun eh..?? Anyway, sorry bro. Cilok gambar hang !!
psst...
tahu tak nama anak Faizal Tahir namanya Mikaeel Zidane..??

16 January, 2009

Lovely Johore

Salam Bahagia semua;

Inilah antara pemandangan di Danga Bay.... inilah agaknya dahulu dipanggil Kuala Danga...

Contoh rumah Segamat... Sebenarnya banyak lagi contoh rumah Johor yang terdapat di Danga BAy ni...
Mengunjungi Johor baru-baru ini, saya rasa begitu teruja akan keunikannya. Selain dari negeri yang paling selatan di Semenanjung, ia juga mempunyai ciri-ciri keunikan yang saya suka. Banyak yang saya suka mengenai Johor ini.


Di sini lah terletaknya Pasar Larkin. Apa yang spesial. Biasanya saya akan mencari telur pindang, mee rebus, laksa johor, kerepek black pepper/sour tomato dan paling spesial.... TAHU BAKAR...!! Fuh, tak tahan babe !!! Keadaan senja di Pantai Stulang. Kelihatan negara Singapura di seberang sana. Banyak jugak tempat makan yang menarik di sini.

".....singgah Setulanggg... membeli kopii....", kata Othman Hamzah
Kemudian, saya mengunjungi pula ke Gelang Patah. Second Link (Tuas Link) kepada alternative jalan masuk ke negara jiran. Berdekatan juga dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Di sini terdapat sebuah restoran thailand yang cukup menarik. Sedap pulak hidangannya. Yang pasti, ianya lebih murah dari di Kuala Lumpur. Saya pernah bersama keluarga makan di sini. Yummy... sedap!

Pandangan dari dalam restoran.

Rapi

Makanan fresh yang diangkat terus dari laut.

Hiasannya juga menarik. Juga pandangan dari dalam restoran.


Berdekatan dengan restoran tersebut, terdapat pokok kayu bakau (mangrove) yang tersusun cantik....


Malam yang indah di R&R Tuas Link...



Saya berkesempatan berjalan-jalan di kampung-kampung yang berdekatan. Cantik, masih terjaga rapi dengan keaslian Johornya.



Rumah Johor.

And Johor, I love being there... such a lovely and beautiful place ....

12 January, 2009

Ewah Ewah....

Baru-baru ini, FG telah dikirimkan email beserta gambar dari seorang rakan lama... Beliau pernah menjadi sahabat baik FG suatu ketika dahulu. Dan gambar ini memberikan seribu satu cerita yang tidak terhurai dengan perkataan. Inilah kata-kata beliau di dalam emailnya...


"Dearest Mus,
Ingat tak the other day, kita cerita2 kisah2 lampau kita , and u mintak I gambar ni, ..gambar yg byk kenangan manis. Back in 1992 - Wisma Putra dinobatkan sebagai Johan persembahan tarian di Festival Tari Antara Kementerian Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 1992. Everyone in this picture have their own story. Ada penari yang dah jadi arwah pun. I am sure you have a lot to tell.

Roslina
Ex Perempuan Joget , hmmmm!"

------------------
Sesungguhnya di dalam hidup, kita perlu mencuba segalanya agar kita tidak terpinga bila dibawa ke tengah. Rakan-rakan kamceng penari Kementerian Luar Negeri dengan FG adalah Roslina, Suhaimi, Azhar, Harumaini, Safiah, Tuah, Haziyan, Ajak Pot. Juga pegawai-pegawai yang terdiri dari Encik Hashim, Encik Rastam, Anne (mendiang). Dan cikgu tercinta kami, Cikgu Hassan didatangkan dari Petronas. Yang lain2 tu, FG cuma terlupa nama tetapi kenangan bersama kalian tetap segar.
Tak sangka pulak kita jadi JOHAN !! Kepada rakan-rakan yang berada di luar negara buat masa ini, harapan saya agar anda tetap ingat kenangan indah ini. Kepada Ina yang akan berangkat ke Tokyo untuk posting akhir bulan ini, lagu yang ke udara adalah lagu yang kita dengar lagunya di MAWAR BIRU... Its for you.

08 January, 2009

Oh Sekolahku

5 Januari 2009 tempohari menyaksikan anak-anak kita menjejaki ke satu alam persekolahan. Alam sekolah...hmmm?? Mengembalikan memoir persekolahan; maka FG berkesempatan berkunjung ke beberapa lokasi zaman awal pendidikan... Jom kita tengok sekolah2 yang FG pernah pergi... (sebahagian sahaja k?). Let us walk down to the memory lane......


Sekolah Menengah Masjid Tanah (SMMT).... Persinggahan sebentar ke sekolah ini sebelum tawaran memasuki Sekolah Menengah Teknik di Bukit Piatu. Jurusan Sains di sekolah ini merupakan lanjutan dari keputusan SRP. Hmm... Best jugak walaupun sebentar. Apa yang FG boleh ingat mengenai sekolah ini adalah cikgu yang paling garang - Cikgu Yaman. Dia merupakan Guru Disiplin.... sentiasa membawa rotan bersamanya. Manakala Cikgu Jailani Jalal.. atau JJ.... pula adalah Guru PJ. Hukuman yang selalu dikenakan kepada anak murid jika terlupa bawak seluar track bottom adalah.... terbalikkan seluar sekolah yang colour hijau tu.. dan join P.J (pendidikan jasmani)... Eiyakksss....

Mendapat surat-surat dari 'secret admirer' juga dari sekolah ini..... Hahahaha... Rozanna, Norlia, di mana anda? Berapa anak sudah??

Semasa Tingkat satu.. FG telah dipindahkan ke Sekolah ini... Dahulunya di panggil Sekolah Menengah Rendah atau S.M.R. Sekarang di panggil Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi. Di sudut inilah selalunya FG tunggu bas sekolah untuk membawa pulang ke rumah. Dan situ jugaklah biasanya FG akan bersama-sama rakan-rakan membeli jajan di sebuah stall yang ada menjual pelbagai jenis makanan untuk budak-budak sekolah. Jeruk betik, sengkuang berlepakan sambal kacang, mamee, keropok yang ada gambar baby merangkak, biskut bantal, bepang antara yang favourite.

Pintu hadapan sekolah itu. Kenangan di sekolah ini banyak. Antara yang FG masih ingat adalah Cikgu yang paling garang.. Cikgu Ramlah. Bini Askar dari Terendak Camp. Tetapi anti dengan FG sebab dia hairan kenapa orang Melayu macam FG ni LEMAH sangat dalam Bahasa Malaysia. Yelah, FG kan baru transform dari Singapore. Yang lain-lain adalah Ustazah Fauziah yang sayang kat FG. Cikgu Ahmad Rabuan yang handsome macam Aman Shah. Ms. Judith Brennan, cikgu English yang datang dari Portugal. Guru sandaran Cikgu Halim. Dan juga kawan baik FG, Adeananuair... ish, mana mereka semua ini sekarang ya..??



Ok.. Sebelum ke sekolah-sekolah yang atas tadi.... Pendidikan awal FG adalah di Singapura. Sekolah FG bercouple dengan sebuah sekolah yang lain... Kami melalui satu pintu pagar yang sama. Sekolah sebelah bernama Contonment Primary School. Dan sekolah FG bernama Keppel Primary School.


Dahulunya taman ini adalah sebuah padang. Ini adalah dahulunya padang tempat FG dan rakan-rakan berehat di waktu recess. Best. Pendidikan pada zaman itu agak advance jika dibandingkan semasa FG berpindah ke Malaysia.


Ini lah sekolah FG dahulu. Keppel Primary School. Terdapat dua bangunan sekolah.. dua kantin... dua library, dua dentist... tapi ada satu excess...


Ini adalah pintu gerbang dari sekolah sebelah.


Dahulu, pagarnya diperbuat dari jaring. Sekarang sudah bertembok.
Hmm.. .berkesempatan FG melawat sekolah-sekolah lama, maka kenangan silam juga terpancar. Keadaannya sudah tidak sama dengan apa yang dialami oleh budak-budak di zaman ini.
* Kesiannya anak buah FG yang cute dan bijak (macam busunya), Aiman yang tidak dapat bersekolah pada hari pertamanya kerana diserang chicken pox. Tentunya pengalaman pertama ini akan diingat walaupun "...Aiman tak kisah..."

02 January, 2009

Welcome 2009 - A Positive Start


Semalam satu sejarah... hari ini satu FAKTA... dan esok satu HARAPAN !

Ku doakan rakan-rakan, saudara-maraku, sahabat handai yang aku sayangi; yang lama dan yang baru agar dilimpahkan kebaikan sepanjang hidup kita semua.

With the 2009 economy crisis, hopefully all of us still holding on to our dreams and hopes, aims and goals, buat anak ramai-ramai lagi...etc etc... ahaks!

Sesiapa yang tertinggal dan rindu akan lagu-lagu yang pernah FG ke udarakan di sini, boleh lah melayari laman multiply FG yang bernama di bawah (tetapi anda kena sign-up dulu).


Selamat mendengar.... !