03 September, 2009

Berbuka Puasa di D'Giling

Semalam, FG berbuka puasa dengan kawan-kawan pejabat di sebuah restoran yang FG cadangkan minggu lepas.... D'Giling. Restoran ini terletak di Pandan Mewah, Kuala Lumpur.

Sekali pandang sahaja, hiasan dalamannya sudah membangkitkan rasa tenang, nyaman dan tidak berpusu-pusu untuk mengambil makanan seperti di tempat-tempat lain....



Disediakan juga skrin besar di hujung restoran...



Apa yang menarik tentang restoran ini adalah cara mereka menghidangkan lauk-pauk mereka...

Semua lauknya dihidangkan di atas kuali. Hmmm... authentic nya...
Antara hidangannya adalah ikan terubuk masam asam pedas, ayam masak kicap, kari daging dan tetel ( :) ); kari ayam; ikan keli sambal, ... dan banyak lagi laa... FG tak sempat nak tengok semua semalam.


Dan pelbagai jenis minuman yang ada sedikit perbezaan dengan restoran lain...

Dari kiri... orange mixfruit punch, lemon madu, soya mix coffee, dan Teh-O Lychee... Bisa menghilangkan dahaga...

Dan ini untuk FG... soya mix with coffee... Hmm.. not bad !

Ada pelbagai hidangan lain di sebelah kanan dan kiri kuali-kuali tadi. Kelihatan sotong masak sambal yang menarik dari sini.. hmmmm.... nyummy !!

Pendekata, kawan-kawan FG berpuashati pabila menikmati juadah berbuka puasa di sini semalam. Jadi, bagi mereka yang berdekatan dengan kawasan Pandan; bolehlah mencuba menu di restoran Giling ini. Harganya pun berpatutan.



Yang paling utama adalah tempat ini begitu tenang.. Tidak perlu berebut-rebut mengambil makanan kerana tempat yang disediakan sungguh lapang dan sesuai bagi menikmati hidangan yang aman dan damai.

Selamat Berbuka Puasa diucapkan kepada semua umat Muslimin dan Muslimat yang mengunjungi lembaran FG hari ini...

3 Komen Anda::

Esteban de Archuletta said...

menyesal masuk blog abang mus sebelum berbuka.

Mus_Astley said...

Hahahahaha....
Naza... more to come !! Check it out !!

Anonymous said...

udah2 le tu Mus...tak tahan i tengah posa ni..aduss..semuanya sedap2 belaka..lepas ni gambar beskut raya pulak ker?