Lebih Enak dari Hotel 5 Bintang
Orang kata, di bulan puasa ni, tekak kita asyik teringin nak makan yang sedap-sedap. Maka bermulalah di fikiran masing-masing terbayang pelbagai makanan yang enak-enak. Setelah dua hari yang lalu, FG telah pun menemui apa yang dihajati pada setiap kali puasa. Hmmm.... syoknya!
Pra-ramadhan di office FG telah diadakan pada hari Jumaat yang lepas. Maka ayam goreng telahpun disediakan oleh para kakitangan... Lazat hingga menjilat lengan...
Manakala di hari pertama dan kedua puasa pulak.... Amboi makk...
daging kambing goreng cili padi....
my most favourite dish... sambal tempoyak!! Kalau makan, memang tak toleh kiri kanan lagi dahhh... Tau tak, makanan ini spesial sebab ramuannya yang pelbagai daun termasuk petai dan tempoyak.. fushh!!
FG telah mengunjungi rumah emak saudara bersama para sepupu yang memang kaki masak...
Sambal tempoyak tadi... kalau disulamkan bersama sambal belacan mangga, syoknya jangan cakap lah dek !!!
Pulak ditambah dengan ikan masin terubuk !! Terangkat bang !!
Dessertnya pulak, cucur udang satu dengan kuah cili...
Tak dapat dibayangkan keenakan makanan malam tadi... Itu belum yang lain2 yang tak sempat FG nak rakamkan di sini; sebab terlalu terliur memandang makanan yang terhidang..... Sepertimana tahun-tahun yang sebelumnya FG banyak berbuka di hotel (mungkin selepas ini bersama-sama rakan2 rapat FG iteww...)... Namun, ia tidak akan dapat menandingi masakan seperti di rumah emak saudar FG yang lebih kepada masakan kampung ini...


8 Komen Anda::
saja la nee... kasi orng laparrr
Salam FG, Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa..Semoga amalan kita diterima oleh Allah swt dan diampunkan olehNya. Waaahh mengancamnya FG berbuka puasa..nk tumpang duk sekali boleh x? Tempoyak n petai..wadusss..terliur..ish
fuhh, ini konpem terawih sambil tersandar kat dinding, hehehe!
Salam Muslim..
Patutla aku ajak bukak puasa kat rumah aku, kau x jawab..rupa2nya mcm2 rupa jenis makanan terhidang...Mau tergugat resepi masakan Ummi...
Cuma pesanan dari aku, jgn terlebih makan sbb nnti xleh nak sembahyang tarawikh..
Mmg tergugat pahala puasa aku bila tgk ikan keli tu..Heee..
smaj
sedaaaapppppppnyerrrrrrrrrrrr...lauk2 mcm ni sepanjang masa sedap FG..
Mus, I yg lain buleh lagi tahan..tang sambal petai tempoyak + daun-daun kayu tu...i memang tak tahan...hari tu mak ada kirim satu tupperware, lepas jugak rindu...naik kapalterbang sambal tu..ekekekek
Salam dan Selamat Berpuasa semua...
Tranvelfrenz...
Bila nak ajak kita dan Anne berbuka sama2...?
Ummi,
Thanks dan Selamat Berpuasa kepada awak dan juga keluarga. Masak lemak tempoyak tu ada tak resepinya kat blog awak?? or.. blog kawan2 awak..?? Harus dikomersialkan tuh... kan?
Esteban,
Terawih tetap terawih. Half makanan ON semasa berbuka.... Maghrib... masukkan 1/4 lagi... Isya' dan terawih... then, santai.. habiskan the rest!! Baru best; tak menyandar dan cooll...
Syed Mahadi,
Man-man la bro... PUasa 30 hari. Kasilah peluang the first three two days tu dengan family2 terdekat. Tapi, pegedel bini hang tu memang power lah... Agak2nya bila kita ON nih...??
Jun,
Suami awak makan tempoyak??? Hehhee, mana taw kan.. ada orang tak makan makanan kampung...
Ina,
Memang terliur kalau tak dapat makan makanan nih... Tengok gambar sekarang pun i dah rasa nak makan lagi.. lagi.. dan lagii... Kat Tokyo, u berbuka apa biasanya??
Mus, berbuka macam biasa juga, semalam berbuka dengan masak asam tempoyak ikan patin, tempe n ikan bilis goreng bercili...dessertnya cendol (jiran kasi) n tiramisu (ala-ala Italian gitu..)yg tak syok tu semua kena masak sendiri..
Post a Comment