12 May, 2009

Konsert Tulang Anjing Hitam

Minggu lepas; kawan FG called.. Katanya.. "Ko nak tiket tak pegi tengok konsert Black Dog Bone..??". Of course, FG kata.. nakkkk!! Then, dia kata... radio rasmi bagi konsert ni adalah SINAR.FM. So, kau kena jawap kuiz kat radio. Oklahhh... yang soal tu pun kawan FG gak tu. Hakikatnya FG begitu SIBUK dengan kerja-kerja pejabat yang memerlukan lebih masa... dan juga menunggu dengan persiapan sepupu FG yang akan kawin esoknya lak tu.. Namun, FG gagahkan jugak dengan sempat curi-curi masa untuk pegi konsert tuh...

dan nasib baik FG juga pergi masa premier konsert tersebut.. yakni.. untuk tontonan wartawan2 dan para media. Fuhh... best gilerr !! Segala nostalgia terkenang kembali.


Malam itu dimulakan dengan persembahan Jay Jay. Diberitahu bahawa konsert ini sepatutnya BLACK DOG BONE versus CAREFREE. Sayangnya, kumpulan Carefree tidak dapat disatukan.

Persembahan Jay Jay hebat. Beliau menyanyikan banyak lagu dari Carefree seperti Dendangan Laguku, Bayangan Tarimu, Belaian Jiwa (yang katanya telah diimprovisekan oleh Innuendo), Kini Baru Kau Sedar dan lagu yang telah menjuari carta LPMI selama 14 minggu berturut-turut RINDU BAYANGAN. Jay Jay yang tidak pernah hilang dari persada seni suara nampaknya begitu yakin dan relax ketika bermain gitar ketika menyanyikan lagu2 lamanya. Tampak HEBAT!
Kemudian, tiupan flute dari seorang lagi bekas ahli kumpulan Carefree dan juga pemenang BAKAT RTM Tahun 1974, saudara Rahim Othman.

Akhirnya ... muncullah kumpulan hebat dari 70'an.. BLACK DOG BONE !!!
Ternyata gandingan : Jatt, Drum & Vokal. Izhar, Gitar & Vokal. Michael, Keyboard. James, Saxophone. Masron, Trumpet & Vokal. Hamid, Bass – Guitar BEGITU MENGKAGUMKAN.

Di usia mereka yang hampir 50'an suara JATT tak berbeza apabila menyanyikan lagu2 seperti HATIKU LUKA LAGI, BILA RINDU, KHAYALAN, BAHAGIA DAN DERITA, DIGANGGU KENANGAN dan DULU dan SEKARANG! Skor muzik tidak banyak digubah bagi mengekalkan keaslian intipati lagu tersebut.

Nampaknya usaha Saudara Ali Bakar bersama Box Officenya berjaya menarik ramai orang ke Istana Budaya. Syabas!!


Sejarah Black Dog Bone:

Album pertama mereka dirakamkan pada tahun 1977 terbitan Tony Wong dari Singapura. Lagu lagu seperti Relaks, Bila Rindu, Jangan Kau Lukakan Hatiku dan Bibir telah melonjakkan nama BDB dalam sekelip mata. Tahun berikutnya EMI Singapura terus melamar mereka dan BDB tidak lagi menoleh ke belakang. Kemunculan begitu banyak artis berkumpulan ketika itu tidak dapat menggugat nama BDB sebagai antara kumpulan unggul meskipun sudah lebih dari 10 tahun ditubuhkan.

Walaupun nama BDB popular kira kira lebih 2 dekad yang lalu, namun muzik mereka tetap menjadi pujaan sehingga kini. Lagu seperti Hatiku Luka Lagi, Geram, Releks, Dulu Dan Sekarang, Hari Ini Dan Esok, Joget Bujang Di Rantau, Titisan Iman, Sayang begitu mengesankan malah berjaya mengalihkan perhatian pengemar muzik yang sebelum itu dilanda lagu lagu cinta seperti Cinta Hampa dan Oh di Mana dendangan artis-artis dari Indonesia yang menguasai senario muzik pada masa itu.

Biarpun fenomena menyadur lagu lagu popular Inggeris berleluasa ketika itu, namun BDB yang turut mengambil kesempatan untuk mempopularkan lagu lagu Inggeris dalam bahasa Melayu tetap mendapat tempat. BDB juga telah berjaya mengenengahkan lagu lagu joget moden yang begitu diminat ketika itu. Lagu seperti Joget Bujang Di Rantau, Joget Sindir Pesan, dan Joget
Waspada telah menjuarai carta lagu lagu pujaan di stesen radio ketika itu.

Mereka sempat merakamkan 9 buah album, kebanyakan lagu mereka menjadi siulan ramai. Boleh dikatakan setiap album mereka mendapat sambutan yang menggalakkan., terutama lagu lagu ballad dan sentimental mereka yang menguasai penyiaran lagu lagu di radio. Lagu hariraya mereka `Cahaya Aidilfitri’ telah menjadi lagu wajib setiap kali raya menjelang.
ALBUM-ALBUM BLACK DOG BONE

Album : Sindir-Sindir Sayang
1976. Lagu popular : Bila Rindu, Bibir and Relaks

Album : Si Gadis Ayu
1977. Lagu popular : Gadis Ayu, Geram and Hatiku Luka Lagi

Album : Khayalan
1978. Lagu popular : Khayalan, Kucari Penawar Luka dan Kau Datang Bawa Cahaya

Album: Dulu dan Sekarang
1978. Lagu popular : Dulu Dan Sekarang, Joget Sindir Pesan dan Kuutuskan Doa

Album : Di Ganggu Kenangan
1980. Lagu popular : Diganggu Kenangan, Hari Ini Dan Esok dan Malam Kenangan

Album: Bahagia dan Derita
1980. Lagu popular : Bahagia dan Derita, Senyuman Sayangmu dan Titisan Iman

Album : Diskorama
1981. Lagu popular : Sayang, Minyak Urutan & Di Saat Perpisahan

Album : Kembali lagi
1986.

Album : Reunion
2003.

3 Komen Anda::

Anonymous said...

Salam Bro..

Wow..Bestnye dpt tgk konsert BDB..Dgn Abby Fana lagi.Bila nak kenalkan..??

Bila dgr lagu BDB ni kdg2 tu ada gak suara kasar & ada juga suara yg iras2 Syed Sobri..Ada penyanyi lain selain Jatt ke..??

Mcmana pun good homework sbb dpt paparkan kisah BDB ni...wlaupun muka dorang mcm mat boyan tp suara dan lagu2 dorang sedap didengar dan blh diterima oleh gegendang telinga ni...hehehe..

smaj.

Mus_Astley said...

Morning bro;

Zaman kita kecik2 memangla semuanya BEST! Masa konsert tu pun, ramai yang terpegun dengan persembahan mereka. Lagak dan gaya mereka masih lagi 70an.. hahahaha. Mood diskorama masih dikekalkan.

Selain dari Jatt sebagai vokalist, Masron dan Izhar juga nyanyi. Tu pasal kita varia-tonasi dalam lagu mereka. Lagu2nya best!

Kalau ada peluang lagi, nanti FG bawak awak pulak ya? :)

*memang iya, mereka mungkin berketuruan bouyean Singapura.

ummi said...

Mus, dulu akak minat jugak BDB, now hero2 tu dah tua..kureengg la sikit..wakakaa..
Tapi taring tetap sama..kan, kan