Doa Ibu Membawa Ke Syurga
Petikan dari seorang sahabat yang menjentik perasaan FG bila membacanya" Suatu ketika apabila seorang bayi sudah bersedia untuk dilahirkan, si bayi bertanya kepada Tuhan:
"...para Malaikat di sini mengatakan esok Kau akan mengirimkanku ke dunia, tetapi bagaimana cara hidupku di sana nanti? Saya begitu kecil dan lemah." Tuhan menjawab: "Aku telah memilih dia untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu."
Jawab si bayi: "Tapi di syurga apa yang saya lakukan hanya tertawa dan bernyanyi. Ini sudah cukup membahagiakan saya."
Si bayi pun bertanya lagi: " Dan, apa yang dapat saya lakukan apabila saya ingin berbicara denganMu?"
Si bayi masih belum puas dan bertanya lagi: "Saya mendengar bahawa di bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya?"
Si bayi masih belum puas dan melanjutkan pertanyaannya: "Tapi saya akan bersedih kerana tidak dapat melihat Kau lagi."
Saat itu syurga begitu tenang, sehingga suara dari bumi dapat terdengar dan si bayi dengan suara sayu bertanya: "Tuhan jika saya harus pergi sekarang, bolehkah Kau memberitahuku siapakah dia di rumahku nanti?"
Tuhan pun menjawab: "Kau akan dapat memanggilnya "IBU". Kerana kasihnya jugalah yang akan membawamu pulang ke syurga...."
Sahabatku.... Kembalilah mohon maaf pada ibumu yang selalu rindu pada senyumanmu...
Sahahat2ku....jangan biarkan engkau kehilangan saat yang kau rindukan di masa hadapan jikalau ibumu telah tiada. Tiada lagi yang akan berdiri di depan pintu menyambut kepulanganmu.
Tak ada lagi senyuman indah tanda bahagia apabila kita sedang berduka. Yang ada hanyalah kamar kosong tiada penghuninya. Yang ada hanyalah baju yang digantung di almarinya. Tak ada lagi dan tak akan pernah ada lagi yang menitiskan airmata, mendoakanmu di setiap hembusan nafasnya.
Sahabat2ku..... kunjungilah ibu yang selalu merindukanmu selagi hayatnya masih ada. Berikanlah yang terbaik di akhir hayatnya. Kenanglah semua cinta dan kasih sayangnya.
Ibu... Maafkan atas segala dosa-dosa atas perbuatanku. Jasamu tetap tidak dapat terbalaskan....
Al-Fatihah dan Sekalung Doa buat ibuku yang telah pergi menyahut seruan Ilahi.


4 Komen Anda::
ibu adalah segala-galanya
Salam Bro..
Bagi yg masih mempunyai ibu..jagalah perasaan dan hatinya..Jgn smpi menyesal x sudah bila tiba2 kita kehilangannya..
Sayangilah ibu selagi hayatnya masih ada..
smaj
Alhamdulillah, berkat doa ibu jugaklah saya berada sehingga ke tahap ini..
Wan,
Pelajaran yang baik akan datang dari rumah. Menjadikan awak sehingga menjadi orang yang baik juga dari pendidikan awal dari rumah. Di rumahlah juga ibu kita mengajar kita untuk menjadi manusia yang berguna, menghormati orang lain dan juga perilaku yang baik.
Syed,
Be a good son, ok? hehehe...
Ina,
I teringat kat mak you... lama i tak jumpa dia. Send my regards to her will you.
Post a Comment