So You Think You Know How To Dance....
Malam Minggu yang lepas, FG bersama-sama rakan-rakan nak pergi coffee-drinking ke sebuah restoran di Wangsa Maju. Wahhh... Ada tarian poco-poco lah kat situ.. Happening Giler ! Ina, you mesti teruja....Teringin juga melakukan aktiviti senaman dengan cara yang mudah dan menyeronokkan? Lupa ke, kan FG ni bekas penari… most of the family members tak tahu…
Berbalik kepada tarian ni jugak… Selain daripada berseronok, anda juga dapat mengeluarkan peluh dan menggalakkan peredaran darah.. Yang lagi bagusnya, aktiviti ini juga boleh merapatkan hubungan apabila dilakukan bersama pasangan, keluarga dan kawan-kawan.. Dan tak kurang pentingnya dapat menghilangkan stress serta serabut kepala anda..Pernah mendengar tarian Poco-poco? Ohhh.. Jika tak pernah dengar, anda pernah dengar tak Line Dancing? Mengikut definasi WikiPedia, line dancing ni adalah sejenis tarian yang ditarikan oleh sekumpulan orang dalam barisan.. Poco Poco adalah sejenis line dancing berentak Indonesia..
Hmmm.. Semasa sepanjang berada di sana, FG raa amat terhibur dgn pelbagai rentak lagu dari Indonesia dan Malaysia juga.
Pergerakan dalam line dancing ni mudah saja, dan sesuai untuk semua peringkat umur serta saiz badan... Selain itu, tarian ini juga tak memerlukan anda memakai sebarang pakaian atau kasut khas.. Kalau nak buat di pejabat pun boleh.. Janji ada ruang yang cukup untuk bergerak.. Opppsss.. Pastikan juga anda melakukannya bukan sewaktu bekerja ya....?? Sekarang kita akan lihat pula bagaimana pergerakannya..
Pergerakan dalam line dancing ni mudah saja, dan sesuai untuk semua peringkat umur serta saiz badan... Selain itu, tarian ini juga tak memerlukan anda memakai sebarang pakaian atau kasut khas.. Kalau nak buat di pejabat pun boleh.. Janji ada ruang yang cukup untuk bergerak.. Opppsss.. Pastikan juga anda melakukannya bukan sewaktu bekerja ya....?? Sekarang kita akan lihat pula bagaimana pergerakannya..
1. Bergerak ke kanan dua langkah..
2. Bergerak semula ke kiri dua langkah
3. Bergerak ke belakang dua langkah
4. Bergerak ke hadapan dua langkah
5. Pusing ke kiri dan ulang semula langkah 1
Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan..
Senang bukan… ??? Silalah cuba…


6 Komen Anda::
ehehehe..iye la Mus,kaki rasa
gerak2 ni. Kalau poco-poco, sampai pagi pun tak penat... Bagi yg dah pro tu mcm2 step tambahan lagi, kreatif betul...yg uniknya poco2 ni..lagu apa pun boleh, kita cuma adjust kelajuan langkahnya aje. Ayuh dong..bila mau poco2 sama gue!
poco-poco...opocot..!!!
poco poco ye....
Bro Mus...
Bila Mus kata tarian ini juga "TAK MEMERLUKAN ANDA MEMAKAI SEBARANG PAKAIAN atau kasut khas...".. Adakah ia bermaksud tarian ni tarian bogel..?? Tapi setau saya klu nak menari bersama-sama tu.. kena cekup dulu ye..?? Mana la tau kalau tersilap orang...
smaj
Ina,
Boleh la u ajar dgn orang2 Jepun sana... Mereka mesti suka.
Ano,
Siapa ek?
Wan,
Iya.. dekat dgn tempat kerja awak. One day, kita pergi k?
Syed,
HAHAHAHA...?? Kau ni tau nak 'cekuppp' ajer..! Karang tak pasal2 kena cekup satu muka penuh dengan tumit kasut!
Pakaian khas maksudnya tak perlu sangat nak ada pakaian khas spt pakaian astronaut ke, swimming suit ke..? Tapi kalau xnak pakai tu pun.. nasib la kalau apa2 jadi kat sana.
FG
wah wahhh.. poco-poco yer.. gengsi dong ah..! tapi awak bagi step utk kaki jer.. tangan dan pinggul bagai mana harus dipocokan ya!
LYN
Post a Comment