Ini dia hari ini....
Suatu ketika dahulu dialah DIVA... dia adalah antara yang terseksi di Malaysia.
Hari ini, beliau hanya menyanyi di rumah-rumah orang kawin... Inilah dia Zaiton Sameon hari ini. Yang dahulunya penuh dengan kontroversi.
Jika ada yang masih mengingati kontroversi-kontroversi yang dibangkitkan olehnya pada zaman itu antaranya:
i. Memakai pakai ala-ala Tarzan and Jane (bersama Fareez (bekas suami Noraniza Idris)) di majlis makan malam anjuran sebuah majalah hiburan.
ii. Menolak lagu2 ciptaan A.Ali untuk album keduanya kerana menurutnya lagu2 ciptaan A.Ali berunsurkan dangdut; sedangkan A.Ali telahpun menaikkan namanya di album pertama. (Lagu A.Ali itu kemudian diberikan kepada pemenang Bintang RTM 1980 - Rohana Jalil. Lagunya bertajuk 'Rayuanku' yang menjulang nama Rohana Jalil).
iii. Menampar seorang PR dibawah label FGM atas masalah peribadi.
iv. Memakai pakaian seksi (baju nipis sambil berendam di dalam air) di dalam video clip 'Menaruh Harapan' hanya untuk pencalonan mingguan pada JUARA LAGU 1987.

Itulah dia riwayat Zaiton Sameon.... "dihati kecilku menaruh harapannnnn..."(Gambar ehsan dari Roslina, kawan FG yang telah menyaksikan persembahan beliau di sebuah kampung di negeri Sembilan).

6 Komen Anda::
FG..
Ekslusif betul gambar yg awak dapat ni.. saya antara peminat yg mengkagumi bakat seni suara yg ada pada Kak Eton pada zaman kegemilangannya.. ketepikan soal pilihan Kak Eton mengisi kandungan wardrobe beliau.. bagi saya, berpandukan komen-komen yang diberi oleh wartawan media hiburan, semasa Kak Eton aktif di persada seni beliau adalah di antara 'segelintir' anak seni yang berdisiplin dan komited.. dengan mengiktiraf 'menyanyi' adalah sebagai kerja, sebagai karier yang perlu dilakukan dengan serius dan bersungguh-sungguh.. pendirian beliau tidak jauh beza seperti Kak Nita dan Arwah Sudirman.. Kagum kan!!
Tapi inilah kehidupan.. hakikat yg telah tersurat 'untuk bahagian' Kak Eton begini.. bahagian kita blom tahu lagi.. kita hanya mampu mengatakan simpati, namun empunya diri yang lebih mengerti segala-galanya.. kita sebagai hambaNya perlu menerima kesemua takdir yang tertulis dengan sabar.. Nun di sana, sudah pasti ada hikmahnya..
Secara peribadi, saya sangat bersyukur kerana masih punya masa untuk memperbaiki diri.. masih terlalu-lalu banyak malah bergunung proses 'corrective' dan 'cleansing' yang perlu dibuat.. sementara usia masih bersisa..
LYN
zaiton... terbaik ne..
Pandai pulak u matching kedua gambar tu Mus...Kak Eton yang I kenal memang berdisiplin, tak sombong dan penyanyi yg paling seksi pada zaman kegemilangannya. Percaya atau tidak suara dia tak banyak berubah..walaupun nyanyi dengan karaoke standard kg, tapi sora dia ..mcm tengah buat konsert!
Semua terpukau dan bersorak bila dia nyanyi.
Itulah Zaiton Sameon!
Siapa yang boleh lupa kepada Zaiton Sameon....
dulu aku sendiri
kini masih sendiri
hadapi hidup ini...
di hati kecil...ku menaruh harapan...
Itulah hidup seorang penyanyi
Siapakah yg boleh duga satu kemalangan yg telah mengubah segala-galanya
siapakan yang boleh menanggung segala kesedihan yang dirasainya
Ya, memang benar..kita sendiri yang
menghadapi hidup ini
Sayanglah diri kita sendiri
bersyukurlah apa yang ada
Post a Comment