25 March, 2009

Jom Rasa!


Sebenarnya kuih memang dah lama famous di Pasar Datuk Keramat nih. FG mula-mula mengenali kuih ini semasa seingat FG masa mula-mula FG datang ke rumah mak saudara FG di Keramat ni dulu. Memang famous! Memang sedap! Kuih ini dinamakan Kuih Gandus. Mana datang perkataan Gandus ini, FG kurang pasti....


Inilah Kak Kiah... pengusaha kuih gandus ini dari tahun 1974. Dah 35 tahun tu babe!! Tapi rasa serta kuih gandus specialnya ini tetap menjadi pilihan ramai. Kadang-kadang tu, kena order atau nasib tak baik.... telan air liur ajer sebab SOLD OUT !!



Template ini digunakan untuk mencorakkan bentuk kuih gandus ini. FG rasa, frame yang digunakan untuk membuat egg-banjo dulu tu tak??


Tepung dibancuh dengan kelapa dan intinya diisikan nenas (seperti inti tart nenas) diletakkan ditengah2 adunan tepung tadi...


Jem Nenas buatan kak kiah sendiri...Inilah rupanya kuih gandus yang baru diangkat dari atas kuali. Panasss....




.....dan inilah rupanya kuih gandus.... FG belahkan di tengah2 kuih tersebut supaya anda semua dapat lihat isi tart nenasnya yang banyak itu... Awas... kalau baru diangkat, masih panas intinya itu... Bagi mereka yang ingin merasa kuih ini, pergilah ke Pasar Datuk Keramat; berhampiran dengan penjualan buah2an.

.

.


Memang Sedap.. Memang sukar didapati di tempat lain. Hanya di sini.

10 Komen Anda::

Anonymous said...

Hai FG...lagu rindu2 lagi ye...

Kuih ni ada tak yg bukan inti nenas?

Elly

Mus_Astley said...

Elly,
Selagi nama manusia, selagi itu cinta, rindu, kasih, cemburu dan pelbagai perasaan akan 'melayang' terbang hingga terkadang tidak tercapai dek akal... langit ke-tujuh mungkin...??

Kuih ni..?? Awak x makan nanas ke..?? Bukit Nenas pernah pergi..?? Hehehe.. Kuih ini hanya berintikan nenas. Mungkin boleh dicadangkan kepada kak kiah supaya ditukarkan kepada isi durian ke, mangga ke, apricot ke, cranberry ke..??

Orait..??

Anonymous said...

FG..

Awak niiii... suka betul iklankan makanan enak-enak yg tak terdapat di tempat saya.. saya ni kan pantang tengok makanan.. pasti saya teringin.. mujur la buat masa ni saya tidak termasuk dlm golongan wanita mengandung.. kalau tidak, Mat atau Siti Gandus la nama anak saya nanti.. tapi janji yer, nanti saya turun KL awak dapat kan kuih gandus ni utk saya.. ish ish sedap nyer!!

Acuan egg benjo yer.. hmmm ada iras-iras jugak tu.. mungkin telah dilakukan sedikit improvasi di sini sebab part yg supposed to be tangkai dah takde.. nak jimat space agaknyer kan.. tu yg Kak Kiah kerat tinggal gegelang jer tu..

A'aah la Elly.. kenapa awak tak suka inti nanas.. kalau saya, tart nanas adalah ultimate punya sedap antara banyak-banyak cookies dlm balang atas meja di musim Raya.. takper, nanti kita mintak Kak Kiah buat special utk awak Kuih Gandus berintikan kacang merah, kaya, peanut butter atau lempuk durian pun sounds ok gak kan FG..

btw.. Razis Ismail ni antara insan yg lambat dimakan usia kan.. kiranya dia kalis RO la ni..


LYN

Anonymous said...

Lyn...inti kacang merah saya tak suka, inti peanut butter saya tak suka, lempuk durian pun tak suka... Susah kan?

Sape lagi kalis RO?

Elly

Anonymous said...

Hai Busu As...Singapore also got sell this kuih at Geylang, but i dont think inside got any filling its rather plain kuih but you will eat will grated coconut. Next time when you come i will show you ok.

Anonymous said...

RO tu ape,ek? explain la skit..

Anonymous said...

Dear Anonymous..

RO tu adalah Reverse Osmosis.. salah satu kaedah merawat air melalui proses penapisan :-)

LYN

Anonymous said...

Mus, terliur sungguh tengok ropa kuih ni, boleh pos skit ke sini?

Roslina-san

Mus_Astley said...

Along,
Ye ke Singapore ada?? Siapa bikin?? Blakang diorang bilang kuih ni ada kat melesia ajer. Gerey sey kalau ada kuih ni ada kat Geylang. Tak bedek aahh?

Ina,
Hai apa khabar orang Tokyo?? Mis u oredi laa... Takpe, nanti i kirim by bag nak? Takut sampai sana jadi tepong lain pulak...

Anonymous said...

its true lah, nvr bedek...my hubby always makan.so no problem you can also check out with Datin Bedah @ yr sister...