Aku berdiri dari sini. Aku pandang dari tumitku hingga ke atas. Aku berjalan dengan memijak rumput merenung awan. Ku kutip butiran yang singgah di kaki. Ku pinjam bidalan pengalaman. Ku renung jauh dari dalam diri. Kenalilah seseorang dari matahati, budi, jatidiri bukan selain darinya... Kerana aku teropongmu melalui Cinta View Finder.
Originated by
Mus_Astley
at
9:48:00 PM
8 Komen Anda::
mus, saya suka hujan pasal dia sejuk...
FG
amboi... sedap nyer runut bunyi.. teringat saya gambar kulit kaset nyer.. kak uji dan abang hail berpayung berdua.. waktu tu saya harap sangat mereka ni pasangan kekasih dan akhirnya jadi suami isteri.. serupa macam mana saya mengharapkan Donny akan berkahwin dengan Marie!! Agaknya saya terpengaruh sangat dengan filim- filim lakonan Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai putera raja yang ensem berpasangan dengan Sa'adiah atau Sarimah sebagai puteri-puteri jelita. Nak kata saya terpengaruh dengan Cinderella atau Snow White tak berapa nak percaya sebab waktu tu mana pernah tengok filim animasi Walt Disney pun..
Hujan di KL yer.. hampir seluruh negara kita sedang dilanda musim hujan di bulan March nampaknya kan.. di Kuantan pun dah masuk 4 hari berkeadaan basah dan lembab.. simpati jugak kepada orang yg mengadakan kenduri kahwin.. namun syukur, hujan rahmat.. majlis tetap dapat diteruskan cuma tuan rumah agak cemas bila tetamu kurang dari yang dijangkakan.. sayang jugak la lauk pauk tak habis.. pengantin tak kisah dah.. janji depa dapat kawen.. :-)
LYN
Wan,
Suka sejuk ya kalau hujan..?? Kalau tido sorang-sorang pun tak guna gak Wan... hahahahaha.
Lyn,
Uji dan Hail. Hmmm... lagu2 mereka ni memang sentiasa berkemumandang di telinga kita semasa kita sibuk bersiap-siap hendak ke sekolah dulu. Nak pakai baju, seluar, stokin, kasut; nak sikat rambut (minyak rambut tu satu kewajipan), then, tunggu bas depan rumah untuk gi sekolah. Masa tu gak radio RTM selalu sangat mainkan lagu2 depa berdua ni or penyanyi2 evergreen yang kebanyakannya dah mendapat Dato'ship mereka seperti Sharifah Aini, DJ Dave, Khadijah Ibrahim, right?
Kisah 'pengharapan' untuk mereka disatukan ni pun banyak terpampang kat dalam majalah2 (majalah2??? Rasanya ada dua ajer majalah hiburan yakni URTV, UFF; "Mangga" belum ada lagi masa tu.. ekeke).
Masa tu saya i don't give a damn 'bout who's gonna marry who.
That is why i end up being not giving a damn 'bout who's gonna marry me... HAHAHAHAHAH....
FG
Betul, waktu kita bersiap utk ke sekolah lagu Hujan ni antara favorite ke udara di celah-celah lobang speaker pada radio.. kalau kat rumah saya di kampung, antenna radio kena tarik sampai max utk memastikan crystal clear reception.. kalau terpatah, ikat la dengan getah gelang.. rupa radio tu tak jadi kisah langsung.. asalkan dapat dengar siaran.. ada yg ikat dengan tali sebab dah pecah akibat jatuh dari palang tingkap demi mendapatkan siaran yang jelas.. pilihan utama, Radio Singapura sebab ada sandiwara dan lagu yang sedap-sedap..
Alah FG, org pompuan biasa la suka sangat layan bab kawin-kawin ni.. kan sejak kecik lagi leka main mak-mak, masak-masak.. teruja kalau dpt jadi pengantin.. ada pulak yg berbakat jadi mak andam nyer.. bersanding sorang jer la sebab takde yg sudi jd pengantin lelaki.. kalau ada pelakon yg sudi peranan mencabar, ada jugak la yg perempuan pakai baju melayu dan abang jadi pengantin lelaki.. kalau pegi majlis org kawin, budak-budak pompuan la yg melopong di depan pelamin tengok pengantin bersanding.. itu pasal la bila meningkat rumaja pun masih terbawa-bawa dengan kisah-kisah berbunga tu.. hehehehe
LYN
Lyn,
Points to Ponder !
FG..
saja nak tambah koleksi majalah awak tu.. selain dari URTV dan UFF ada lagi dua majalah yang kakak saya sembunyi-sembunyi beli bila dia pegi kelas menaip dan trengkas.. Kisah Cinta dan Variapop.. :-) kat tengah nyer ada poster artis penuh sebadan.. saya ingat lagi poster Maria Arshad pakai kemban warna merah.. wow!! seksi betul..
LYN
Err...Lyn, blog saya ni labelnya U; belum terniat lagi nak dapatkan lesen 18SX. Tak sihat bagi pembacaan kanak-kanak dalam proses tumbesaran.
FG
Opppsss.. sori sori sori.. bukan Maria Arshad daaa.. Dayang Sulu sebenarnya.. ok, dah kembali rating U kot! heeeeeeee
LYN
Post a Comment