23 February, 2009

Kelapa Bakar




FG selalu lalu di kawasan ini. Kerap juga melihatkan penjualan kelapa bakar ini. Nak berhenti dari hari ke sehari tidak kesampaian. Maka pada hari itu, FG gagahkan jugak berhenti.

"Kak, air kelapa bakar satu..."

Kakak penjual itu pun mengambil salah satu dari kelapa yang "dipanggang"nya itu, dan dikopek seperti kelapa biasa. Diletakkan ketul ais. Dan FG menanyakan kepada dia, "apa khasiat kelapa bakar ni kak, compare dgn kelapa biasa...?"


Dia menjawab, "khasiatnya sama ajer dengan khasiat kelapa biasa.. cuma rasa ajer yang lain sikit..." Selepas meminum airnya (FG ambil dengan gula merah.. rasanya, fullamak.. syok babe!!)

Kat Malaysia ni rasanya tak ramai tahu pasal kelapa bakar tapi kalau kita masuk ke Thailand, Kelapa Bakar (dorang guna kelapa pandan) sgt popular dan lebih popular dr kelapa biasa. Tujuan buah kelapa dibakar adalah utk memanaskan suhu air kelapa. As we know, air kelapa ni mempunyai suhu yg sejuk. Tu sbb org2 melayu percaya yg air kelapa muda dpt menyembuhkan demam campak mahupun demam caca (chicken pox). Kelapa yg dah dibakar juga banyak khasiat. Ia dpt membantu perjalanan darah dan juga dan membersihkan perut kita.



Berlaku sedikit konflik pada cara penghidangan kelapa bakar. Katanya di Thailand, kelapa yg sudah siap dibakar akan dimasukkan ke dalam peti ais utk disejukkan tetapi di Malaysia, kita minum panas2 atau letak ketul ais! Di Thailand, mereka tak letak apa2 sebagai perisa tetapi di Malaysia, kita letak pelbagai benda lain seperti madu dan limau purut utk menambahkan rasa kelapa bakar tersebut. Isi kelapa yg sudah dibakar tu pun akan jd lembut. Guna jari pun boleh (??). Ahaks. Kadang2 kalau kita makan kelapa muda biasa, sudu yg kita gunakan utk mencungkil isi kelapa tersebut boleh bengkok kalau tak kene pada gaya. Kalau kelapa bakar, kita pasti takkan menghadapi masalah since isinya lembut.


Masa mula-mula kupas tuh, asap keluar dari dalam kelapa nih.. suspen... tapi of courselah keluar asap, dah namapun bakar, kan..?

Apa kata lepas ni kalau anda semua buat barbeque udang ker sotong ker ayam ker, cuba juga utk barbeque kelapa utk jd kelapa bakar dan rasalah air kelapa yg sudah dibakar. Selamat mencuba!

11 Komen Anda::

ZM said...

Kat Lebuhraya Pasir Gudang JB memang ada jual air kelapa bakar. Aku lalu jeling-jeling je sebab salah satu tmpt yg jual ni berdekatan tmpt kerja aku. Tapi sebenarnya aku tak pernah rasa pun. Huhu...

ZM said...

Opps... macam aku pernah tengok je kawasan ini. Di mana ye...

Anonymous said...

FG

amboi amboi.. kelapa bakar yer.. saya tak pernah mencuba lagi air kelapa bakar ni.. teringin saya nak mencuba... tapi kalau kat kampung saya, buah kelapa yg pokok nyer hangus kena sambar kilat tu tak boleh dimakan.. bukan sebab pantang larang, tapi buah nyer rentung wakkk..

LYN

Mus_Astley said...

ZM,
Hmmm...:) Balik karang singgahlah situ. Cubalah try test...

Lyn,
Itu kelapa ireng !! Hangus!! Bukan kelapa bakar... Nak buat kerisek pun tak sesuai kak...

ummi said...

FG, sampai hati x ajak kita pun minum air kelapa bakar tuh..apalah rasanya yek..x penah seumur hidup tau pasal air kelapa bakar ni..baru pertama kali dgr dan pertama kali tgk ni haa..huhuuu

Nanti lah Ummi pergi cari sebutir try bakar dalam oven...kwang,kwang, kwang..mau hangus oven dgn kelapanya sekalik! hehee...nasib x mengidam..kalu x teruk FG ni Ummi kerjakan..

Lyn, kalu minum air kelapa yang disambar petir tu..mau mati beragan cam pokok kelapa kena sambar tu jugak..hahaha..

Anonymous said...

FG, Ummi...

memang tak boleh nak diminum dan dimakan langsung buah kelapa kena sambar petir tu.. hangus rentung sampai ke dalam.. sabut bakar kuih baulu pun tak rentung gitu.. kalau ada burung tempua bersarang kat situ habis jadi roaster yg over well done.. pokok yg kena panah petir tu selalunyer togel kat atas, tinggal tunggul je kan Ummi kan.. dulu-dulu saya sangka pokok tu jd gitu sebab org ambik bahagian atas untuk dimakan umbutnyer.. saya selalu kata dlm hati, ish apa la org ni ambik umbut, tinggal batang togel gitu.. tak senonoh betul..
(Fakta: di kampung saya masyhur sekali umbut kelapa atau umbut nyor dimasak sayur lemak atau pun kerabu waktu kenduri kawen..)

FG, berbalik kisah air kelapa bakar ni, rasanyer tak seperti asap api ke.. awak tau mcm mana rasa asap api.. hmmmm macam mana pulak nak describe rasa asap api ni ya.. kalau org isap rokok dia akan kata sedap.. jangan-jangan air kelapa bakar ni dulunya minuman para naga kot..


LYN

Travelfrenz said...

terlazat lak tgk kelapa ne...

Anonymous said...

ayaq nyoq bakaq..!!

Esteban said...

pernah makan durian bakar?

Mus_Astley said...

Pet,
Ayaq Milo+Kopi+Teh di panggil..??

Naza,
Durian bakar...??? Biaq betoi.

*suka makan ubi kayu bakar.

wan said...

kelapa bakar guna dia tuk rawat atau cuci buah pinggang...campur ngn gula batu, limau nipis, dan batu mior.batu mior nie ssh skit nak cari.minum lps maghrib 7 gelas. then kalo jns kencing xlawas atau batu karang, tambah serai n lada hitam.ada sukatan dia ramuan tu semua...insyaallah baik.