19 February, 2009

Elizabeth di mata saya

Hmmm... ramai yang akan tersenyum sebaik sahaja membaca tajuk FG hari ini. Hmm.. jangan risau, FG takkan pergi jauh ke dalam. Cuma nak cerita yang ringan-ringan sahaja...

Elizabeth, nama yang unik dan klasik. Jom kita perhatikan wanita-wanita istimewa yang bernama Elizabeth ini:-



1. QUEEN ELIZABETH- Ratu Monarki England yang memegang takhta diraja United Kingdom. Berkurun lamanya memegang takhta mengikut heirachy. Masa FG sekolah dulu, selalu sangat dapat stamp gambar Queen ni.. rasanya ada empat atau lima mukasurat ALBUM SETEM yang penuh pelbagai warna dan harga menempelkan muka Queen yang memandang ke arah tepi nih...


2. ELIZABETH TAYLOR - Pelakon jelitawan yang amat terkenal semasa FG kecil-kecil dulu. Matanya yang cantik dan wajahnya yang jelita membuatkan dia famous. Menariknya tentang Elizabeth Taylor ni.. dia kawin sebanyak 8 kali; termasuk dua kali dengan Richard Burton... Terrer nya !! Filemnya yang FG suka dari zaman 60an adalah Taming of the Shrew, Cat on the Hot Tin Roof, Giant, Rebel... banyak lagilah.


3. ELIZABETH ARDEN - Tokoh perekacipta branding bahan kecantikan, skincare, frangrance, makeup. FG pernah menghadiahkan seseorang perfume Green Tea Elizabeth Arden ini.. ekekeke.. pecah rahsia!! Jenama Elizabeth Arden ini dah bertapak dari tahun 1930an. Beliau meninggal pada tahun 1966 dan meninggalkan kemsayhurannya sehingga ke hari ini.


4. ELIZABETH SHUE - Pelakon yang mula2 FG tengok filem pertamanya semasa FG bersekolah di Sekoleh Menengah Teknik. Lompat pagar dan tengok filem ini. KARATE-KID. Masa tu beliau berlakon bersama Ralph Machio tahun 1984. Best zaman2 tu. Lakonan filem2nya yang ala-ala famous tak famous ini membawa kepada filem Cocktail bersama Tom Cruise. Then series BACK TO THE FUTURE I and II dengan Micheal J. Fox. Siapa boleh lupa, kan kan kan? Sehingga lah filem HOLLOW MAN bersama Kevin Bacon. Dia ni BEST !!


5. ELIZABETH HURLEY - - Mula-mula FG kenal nama ni masa tengok filem Mad Dogs and Englishmen filem tahun 1995. Dia ni english model dan pernah bercinta ngan Hugh Grant. Beliau kemudiannya siri Austin Powers: The International Man in Mystery dan Austin Powers: The Spy Who Shagged Me bersama Mike Myers. Last yang boleh FG ingat pasal dia ni, dalam filem Bedazzled dengan mamat Mummy tu...Brendan Fraser.


6. LINDA ELIZABETH - Penyanyi bukan melayu tapi nyanyi lagu Melayu yang berasal dari Singapura (sila rujuk kepada artikel FG yang lama). Lagu famousnya adalah "Hati Sepi Seorang Perempuan" dirakam pada tahun sekitar 1984. Ramai yang terusik dengan lagu ini.


7. ELIZABETH WONG - Who..?? Elizabeth what..?? Eh, tak pernah dengar lah nama tu..?? Kenapa tiba-tiba aku dengar ni di mana-mana?? Nak letakkan sebaris ke dengan nama-nama di atas...? Tak naklah comment on this. Buang masa ajer...

* ps
ehemmmm... ehhemmmm..... bila sakit tekak, suka makan gula-gula ubat batuk Eliza Clarke.

12 Komen Anda::

Travelfrenz said...

ELIZABETH no 7 jugak yang glam sekarang..

Anonymous said...

FG..

saya suka kesemua elizabeth(s) yg awak paparkan di sini termasuklah sahabat-sahabat kita yg namanya ada bunyi Eli, Liza termasuklah Lady McBeth..

Awak pasti ke Elizabeth yg nombor tujuh tu ADUN Bukit Lanjang?? Bukit Lanjang yer wak??? OoooooOoooo.. yup.. agree.. "what's wrong being naked.."


LYN

Travelfrenz said...

Dah tukar Bukit "Lenjan"...

Anonymous said...

FG

Saya suka kesemua Elizabeth(s) yg awak paparkan di sini termasuklah sahabat-sahabat kita yg nama mereka apabila disebut ada bunyi Eli, Liza dan Beth (siapa lagi, Lady McBeth tu la.. Sugar Mummy kepada General Banquo tu..)

Saya masih ingat masa sekolah rendah dulu dalam subjek bahasa inggeris ada diberi contoh-contoh nama singkatan orang inggeris yang diambil dari nama sebenar mereka supaya senang disebut.. contoh nya Michael = Mike, Mikey, Mickey.. Ronald = Ronnie, Ron.. Edward = Eddy, Ed.. begitu juga la kalau nama perempuan Elizabeth = Elle, Elly, Liza, Liz, Lizzie, Beth.. Margaret = Mag, Maggie.. Alicia = Alice, Ali..

Hmmm.. sampai yang tu pun masuk dalam buku.. teliti betul..


LYN

Mus_Astley said...

Hahaha...
Amboi amboi.. korang kalau bab2 ni bukan main suka lagi ya..??
Its actually to tell more bout how i look up towards those Elizabeths.

Anyway, yang paling saya suka antara wanita2 itu adalah Taylor and Shue.

thulasi said...

That really was a witty and nice chain of thoughts :)

ZM said...

Ewah FG. Tersenyum aku membacanya. Terlupa kisah hangat si Elizabeth ni. Hanya 7 orang atau perkara yang cuba kau sampaikan? Aku rasa kau tertinggal lagi satu Elizabeth ni. Haha.. huhu.. hehe..

Anonymous said...

FG

The Waltons.. anak bongsu keluarga tu nama Elizabeth jugak kan.. Good Nite John Boy.. Good Nite Grandma.. Good Nite Grandpa.. Good Nite Elizabeth! Lampu pun padam.. runut bunyi pun berkumandang.. Tapi pemegang watak Elizabeth Walton tu sejak kecik hingga besar tak jugak cantik-cantik.. maksud saya, berbanding dengan pelakon kanak-kanak org putih yg lain chomel sejak kecik hingga dewasa.. ataupun masa kecik agak jongos contohnya Melissa Gilbert (Laura Ingalls) tapi bila dah besar cantik orang nya..

Saya suka Elizabeth Taylor.. memang dia cantik sangat masa mudanya.. tanpa bantuan cosmetic facial reconstruction dia sangat jelita.. betul kata awak, daya tarikan dia adalah 'dari kerana MATA..' itu pasal la Richard Burton dua kali tirguda.. bila dah tua tu, lain cerita la.. kita sibuk-sibuk kenapa.. duit dia, badan dia.. suka ati dia la nak buat apa kan kan kan..

Queen Elizabeth II pun seorang Puteri yang cantik.. kalau tengok gambar-gambar zaman mudanya, jauh lebih cantik dari puteri-puteri baginda sendiri.. waimah menantu-menantu perempuan nyer pun tak dapat menandingi kejelitaan baginda.. nampak segak dengan topi-topi yang pelbagai design.. dan yang penting dalam gambar tak nampak jeragat pada muka dan dada!


LYN

Mus_Astley said...

Fuh...
Pasal isu ni, ramai yang berpengetahuan iya..?? ZM, siapa Elizabeth yang saya tertinggal??
Apa2pun, ke semuanya itu (1-6) ada kena mengena dengan 'pandangan' saya terhadap mereka. Tetapi 7... hehehehe, sindri mao ingat laa.

Lyn,
Awak macam pernah kerja penyiaran RTM pulak. Penuh dengan informasi. Apatah lagi dengan artis sensasi Elizabeth Taylor. Iya saya akui, Liz Taylor mempunya ke-diva-an yang tinggi. Tak hairan kenapa Micheal Jackson cuba sedaya upaya mengubahnya rupanya menyerupai Elizabeth Taylor. Ahaks!

Anonymous said...

FG

betul la tu.. kan saya pernah kerja sebagai pembaca pruf kat RTM.. hehehehe.. (Ingat proof reading, ingat Encik Tolib... ingat translation ingat Encik Tolib..)

Jacko tu harap sangat dia dilahirkan sebagai anak Liz Taylor agaknya.. Atau sekurang-kurangnya anak saudara tiga pupu sebelah mak mertua kepada biras kakak ipar Liz Taylor..

Copy/Paste drp Wikipedia: The girl's name Elizabeth is pronounced ee-LIZ-a-beth. It is of Hebrew origin, and its meaning is "God's promise; God is my oath".


LYN

Mus_Astley said...

How'ch'bout ee-LIZ-a-beth Wong meh..???

Anonymous said...

FG

amboii.. kalih kut sana, kalih kut sini.. dok sebut jugak hat nombot tujuh tu noooo.. hehehe..

well, whats wrong with naked anyway.. nudity is not a misconduct as long as u dont take it as an obsence.. kih kih kih kih.. wat selamba jer...

LYN