08 January, 2009

Oh Sekolahku

5 Januari 2009 tempohari menyaksikan anak-anak kita menjejaki ke satu alam persekolahan. Alam sekolah...hmmm?? Mengembalikan memoir persekolahan; maka FG berkesempatan berkunjung ke beberapa lokasi zaman awal pendidikan... Jom kita tengok sekolah2 yang FG pernah pergi... (sebahagian sahaja k?). Let us walk down to the memory lane......


Sekolah Menengah Masjid Tanah (SMMT).... Persinggahan sebentar ke sekolah ini sebelum tawaran memasuki Sekolah Menengah Teknik di Bukit Piatu. Jurusan Sains di sekolah ini merupakan lanjutan dari keputusan SRP. Hmm... Best jugak walaupun sebentar. Apa yang FG boleh ingat mengenai sekolah ini adalah cikgu yang paling garang - Cikgu Yaman. Dia merupakan Guru Disiplin.... sentiasa membawa rotan bersamanya. Manakala Cikgu Jailani Jalal.. atau JJ.... pula adalah Guru PJ. Hukuman yang selalu dikenakan kepada anak murid jika terlupa bawak seluar track bottom adalah.... terbalikkan seluar sekolah yang colour hijau tu.. dan join P.J (pendidikan jasmani)... Eiyakksss....

Mendapat surat-surat dari 'secret admirer' juga dari sekolah ini..... Hahahaha... Rozanna, Norlia, di mana anda? Berapa anak sudah??

Semasa Tingkat satu.. FG telah dipindahkan ke Sekolah ini... Dahulunya di panggil Sekolah Menengah Rendah atau S.M.R. Sekarang di panggil Sekolah Menengah Kebangsaan Hang Kasturi. Di sudut inilah selalunya FG tunggu bas sekolah untuk membawa pulang ke rumah. Dan situ jugaklah biasanya FG akan bersama-sama rakan-rakan membeli jajan di sebuah stall yang ada menjual pelbagai jenis makanan untuk budak-budak sekolah. Jeruk betik, sengkuang berlepakan sambal kacang, mamee, keropok yang ada gambar baby merangkak, biskut bantal, bepang antara yang favourite.

Pintu hadapan sekolah itu. Kenangan di sekolah ini banyak. Antara yang FG masih ingat adalah Cikgu yang paling garang.. Cikgu Ramlah. Bini Askar dari Terendak Camp. Tetapi anti dengan FG sebab dia hairan kenapa orang Melayu macam FG ni LEMAH sangat dalam Bahasa Malaysia. Yelah, FG kan baru transform dari Singapore. Yang lain-lain adalah Ustazah Fauziah yang sayang kat FG. Cikgu Ahmad Rabuan yang handsome macam Aman Shah. Ms. Judith Brennan, cikgu English yang datang dari Portugal. Guru sandaran Cikgu Halim. Dan juga kawan baik FG, Adeananuair... ish, mana mereka semua ini sekarang ya..??



Ok.. Sebelum ke sekolah-sekolah yang atas tadi.... Pendidikan awal FG adalah di Singapura. Sekolah FG bercouple dengan sebuah sekolah yang lain... Kami melalui satu pintu pagar yang sama. Sekolah sebelah bernama Contonment Primary School. Dan sekolah FG bernama Keppel Primary School.


Dahulunya taman ini adalah sebuah padang. Ini adalah dahulunya padang tempat FG dan rakan-rakan berehat di waktu recess. Best. Pendidikan pada zaman itu agak advance jika dibandingkan semasa FG berpindah ke Malaysia.


Ini lah sekolah FG dahulu. Keppel Primary School. Terdapat dua bangunan sekolah.. dua kantin... dua library, dua dentist... tapi ada satu excess...


Ini adalah pintu gerbang dari sekolah sebelah.


Dahulu, pagarnya diperbuat dari jaring. Sekarang sudah bertembok.
Hmm.. .berkesempatan FG melawat sekolah-sekolah lama, maka kenangan silam juga terpancar. Keadaannya sudah tidak sama dengan apa yang dialami oleh budak-budak di zaman ini.
* Kesiannya anak buah FG yang cute dan bijak (macam busunya), Aiman yang tidak dapat bersekolah pada hari pertamanya kerana diserang chicken pox. Tentunya pengalaman pertama ini akan diingat walaupun "...Aiman tak kisah..."

10 Komen Anda::

Sir Shark said...

Kalau dulu ke sekolah utk belajar tapi kini sy ke sekolah utk mengajar. Syukur dgn izin Allah sy berpeluang menjadi pendidik. Pernah juga mengajar di kwsn pedalaman. Mmg menyeronokkan. Masih jelas kenangan ketika mengajar di situ. Suasana yg damai, tenang dan nyaman. Anak murid yg pertama kini sudah pun berusia 30 tahun dan ramai yg sudah berkahwin. Walaupun tidak secantik sekolah FG di Singapore dan sekolah sy mengajar kini, pelajar2 di sini tetap di hati sy selamanya. Hubungan kami bagaikan adik beradik pada ketika itu. Semoga mereka berjaya......(ada lagu Lulu...To Sir With Love?)

Anonymous said...

FG.. dan semua teman-teman.. Salam Tahun Baru diucapkan.. semoga kita terus beroleh keberkatan dalam tugasan seharian.. serta dilimpahi rezeki yang halal, kesihatan dan kesejahteraan dalam kehidupan..

FG… Suka saya dengar runut bunyi yang ini.. Hormat lah Guru.. Selamat Pagi Cikgu... La la la la.. la la la la

Cantik primary school awak.. nampak modern sangat.. sekolah asas saya jauh di pedalaman.. setiap hari saya perlu menaiki sampan untuk sampai ke sekolah.. bangunan sekolah diperbuat dari papan.. bilangan guru yang sangat terhad.. tanpa bekalan air dan elektrik.. masih saya ingat lantai bilik darjah yang jarang-jarang.. boleh nampak di celah lantai tu kambing-kambing sedang bersantai anak beranak.. dengan body odour mereka turut semerbak menerebus masuk ke hidung.. hampir semua kawan-kawan sekolah saya hadir ke sekolah dengan pakaian seragam yang tidak berseterika, kasut lusuh, beg usang.. turut disertai anak-anak kaum Orang Asli yang bebas memilih kelas dan jadual waktu ikut kesukaan dan keselesaan mereka tanpa sesiapa yang menghalang.. ada yang datang bertemankan anjing kesayangan mereka yang setia menunggu di tangga sekolah dengan lidah terjelir.. hehehe

walau yang demikian, saya sangat bersyukur kerana dengan pendidikan asas di sekolah yang serba kekurangan saya turut berjaya menongkah arus dan berpeluang menjalani hidup yang sempurna dan selesa.. Alhamdulillah

LYN

ZM said...

FG, kalau tak silap lah Cantonment Primary School tu kat Cantonment Road iaitu berhampiran Tanjung Pagar. Selain tu dulu perhentian bas express Melaka -Singapore terletak kat Cantonment Road. Masa dulu aku selalu pergi rumah bapa saudara aku yang terletak di Tanjung Pagar dan kemudian berpindah ke Cantonment.

Mus_Astley said...

Sir Shark,
Ramai pulak kawan-kawan FG yang bertanya, berapa umur awak...?? Hehehe.. Kalau awak seusia dan muda dari kami, how come anak murid awak (kalau mengikut pendidikan formal sekolah malaysia) akan berusia 30 tahun. Mereka bertanya, Sir Shark ni mesti dah berusia... Maka saya pun terpaksa lah menerangkan betapa anda harus ke Maktab Perguruan pada zaman itu. Maaf ya, ramai pulak nak berkenalan dengan anda. Hehehehe...

Kak Lynn,
First, lagu tema ini memang best! Ada juga FG dengar lagu ni berkumandang di Klasik FM. Collection FG? Oh... Khazanah Muzik FG akan dibuka tak lama lagi.. hehehehe... Anyway, looking at you, tak pernah sangka yang awak pernah ke sekolah dengan menaiki sampan. Hmmm... macam rancangan Bersamamu TV3 pulak. Tapi, tak pulak sampai kutip2 derma, kan? Bagaimana pun, anda dah pun berjaya sekarang.

ZM,
Amboiii... mentang-mentangla FG bersekolah di Singapura dan Melaka... maka sekolah Cantonment tu pun dekat dengan Express Melaka-Singapore lah ya.... gituu..?? No lah ZM. Masa tu, rumah FG jauh dari sekolah ini. So, FG kena naik van sekolah dari rumah ke sekolah ini. Tanjung Pagar yes di dalam area sekolah ini tapi taklah terlalu dekat hingga boleh jalan kaki. Satu lorong lah gitu. Tapi, seingat FG, bas express Malacca-Singapore (yang colour hijau gelap kalau tak silap) terletak di General Hospital Singapore. Jauh jugak dari area ni. Agaknya semasa kecil dulu, pandangan mata ZM ni nampak dekat kot...?? Tiga2 lokasi ini tidak related antara satu sama lain...??

*Ada lagi ke bas Malacca-Singapore Express tu agaknya???

ummi said...

Salam semua...Hahaa..paling nk tergelak bila Ummi baca citer Lyn pergi sekolah tu..eh ya ke Lyn naik sampan ni? Hah, sekali dgn orang asli jugak? Daerah mana la pulak tu, Chenor ke Lyn? Ada ek orang Asli sekolah masa tu..hehe Tapi Ummi pernah dengar kisah ex-officer kat ofis Ummi ni dulu seblm dpt kerja Gomen ni, keluar U dia jadi guru sandaran kat kawasan org Asli le, Kg. Gadak, Muadzam Shah tu..Kitaorg tergelak besar dgr dia citer. Ada ke, bebudak asli tu bila musim dorghian (durian), siap bawak sebijik sorang dalam beg dgn parang kecik lagik! Buku tulis, haram x bawak..hehee. Time rehat diaorang belah durian tu, siap ajak cikgu2 makan pulak..wakakaa..naik seram Ummi dgr, kenyang la cikgu lepas pekena durian..

Ummi lak primary school kat Sek Rendah Jln Bahagia Temerloh tu ha..anak kesayangan la katakan..abah hantar la sekolah orang putiiss la masa tu..Subuh Ummi naik bas ke sekolah..berani betul tunggu bas masa tu..hehe..Petang kul 3 baru sampai rumah di Kg. Awah ituuss...Abah mmg manjakan Ummi, maklum kira anak perempuan sulung laa..bekal tipuware tu boleh kata hari2 tukar pattern/color..beg sekolah macam2 pesen la..jenis raga ada, jenis beg 4 segi ada (siap kod kunci lagi..hehe), macam2 jenis. Kalu kasut sekolah masa tu yg bese duk pakai jenis plastik tu laa..senang! Cuti sekolah lap je, x risau hujan ke panas ke, gerenti kering main lap jek! :D..Hari pertama masuk sekolah Ummi ok je..xda nangis2 la haii..So far, anak2 pun xda yang kena tunggu bila first day sekolah, xda lah nk kena memujuk, tarik2 kain nk ikut balik gitu..hehe..Alhamdulillah. Eh panjang nk citer, cukup la setakat nih! My secondary school kat ABS Temerloh tu haa.. :D

Anonymous said...

FG.. dan Ummie

Zaman saya sekulah tu takde Bersamamu TV3 lagi.. yang pastinya keujudan saya menjadi salah seorang pelajar di situ sangat "bold" sebab keterampilan saya yang berbeza dari anak-anak sekolah lain, hinggalah buku-buku teks saya yang berbalut rapi.. maklum la saya anak guru besau beb!

Ummie, sebenarnya saya pun didaftarkan ke sekolah yg sama denga Ummie tu.. last minute saya taknak pegi sebab saya teruja nak naik sampan dengan 'gurubesar' ke sekolah.. bapak saudara saya mahir bertukang kayu dan masih ingat saya dapat pendayung kecil sesuai dengan saiz saya, bergilap varnis, berukir awan larat yang cantik sebagai peralit kepada saya di dalam perjalanan bersampan ke sekolah.. budak sangat lagi masa tu.. keinginan nak bermain air memadamkan rasa takut dengan sungai pahang yg bukan nyer kecik.. kayu pendayung tu telah 'mendiamkan' saya untuk duduk setempat.. kalau tidak, saya akan berebut dengan gurubesar untuk mendayung.. dua tahun jugak saya berulang alik dengan sampan.. waktu tadika dan darjah satu.. dua tiga kali jugak saya jatuh ke sungai disebabkan saya tak pandai duduk diam sewaktu di jeti.. (syukur tak tenggelam terus).. bila masuk darjah dua dan tiga upgrade la sket sebab dah ada perkhidmatan bot penambang.. itu pun saya masih berebut-rebut setiap hari nak duduk atas riba to'ki yang mengemudi bot.. alah, kecik lagi masa tu.. hahahaha

kasut sekolah saya semua jenama bata (produk yahudi gak) badminton master tapak hijau.. kalau tercabut tali kasut, nanti classmate saya tolong ikat kan.. anak-anak Orang Asli tak campur orang lain.. waktu recess mereka akan berkumpul bersama puak mereka dan anjing-anjing peliharaan mereka.. kasut tak pakai, baju pun ikut suka.. uniform putih pun dah tukar warna tanah merah..

Sewaktu kecil (sampai la sekarang pun sebenarnya) saya suka sangat membeli.. saya ke sekolah bekalan pun bawak, duit belanja pun bawak.. ada kawan sekelas saya bijak buat business (hinggalah ke hari ini).. saya jadi pelanggan tetap dia membeli batu sungai.. bijik getah.. buah gorek.. bijik saga..

Down the memory lane.. so sweet..


LYN

ummi said...

Waahhh! Anak guru besauu mmg la dapat pakai kasut bata tapak hijau masa tu..Ummi ni anak penoreh getah..abah jual getah, tp anak pakai kasut plastik..hehe..Apapun mmg sweet memory..anak2 skrag x penah tgk pun kasut camgitu esp. yg plastik tu eh!

Lyn, Ummi dpt pakai kasut bata tu pun dah Std 5 or 6 gitu..tu pun kumpul2 duit beli, igt lagi masa tu harga kasut tu RM5 lebih kot..rasa mahaii sgt masa tu kan?

Tapi Ummi rasa beruntung sebab dapat bersekolah di Temerloh masa tu..x ramai anak2 Felda yang sebaya Ummi dpat sekolah di bandar gitu, dari Std 1 hingga Form 5 laa..Anak Haji Zaihadi sorang ni kira class laa..Sebab tu, sampai sekarang, kalu tanya Ummi mana2 budak kampung sebaya Ummi hanya kenal yang sekolah sama Ummi je lah, yang sekolah Felda haram x kenal pun..

Ummi memang suka bawa bekal, sehari x dapat rasa masakan mak rasa sedih je..Kalu kena stayback, Ummi akan bawak double bekal..hehe. Duit abah bagi, Ummi simpan je lah..Baik x Ummi niii?? Hehe..

Ntah lah byk lg story, tp Ummi ni jenis x igt sgt laaa..memory low dah kot..hehe..

Mus_Astley said...

Hmm... macam2 kenangan manis masing2 semasa di alam persekolahan yek?? Tapi, sekarang semua dah senang.. anak2 pun semua pakai branded2 ajer, ye tak? Macam tulah roda putaran dunia. Apa pun, syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi. Kita di bumi Malaysia, masih dapat merasakan indahnya hidup. Doakanlah kesejahteraan saudara se-Muslim kita yang sedang bergelumang dengan darah dan nyawa di Gaza.

Anonymous said...

FG.. Setuju sangat.. inilah putaran kehidupan.. kita seharusnya sentiasa bersyukur.. suatu waktu dulu, ancestors kita pernah merasai kesengsaraan waktu perang.. sesungguh nya segala kesenangan dan kemakmuran yang kita rasai pada hari ini adalah antara rezeki yang dikurniakan Yang Maha Esa..

Ummi, agaknya akibat terlalu banyak memakai kasut bata tapak hijau, sampai sekarang saya tak pandai berkasut tumit tinggi.. gayat! hehehehe


LYN

ummi said...

FG & Lyn..
Yeap betul..rasa bersyukur kerana dapat menikmati keharmonian hidup seperti sekarang..sungguh takut mendengar dan melihat apa yang terjadi di Genting Gaza sana..Berdoalah byk2, siang dan malam untuk kesejahteraan umat Islam seluruh dunia dan yang sedang dihimpit dan dibedil peluru/bom Israel laknat tuh!

Lyn, xpa x bertumit tinggi asal akal tinggi kan..hehe

Cheers & Lots of Luv!!