Salam Bahagia semua;
Inilah antara pemandangan di Danga Bay.... inilah agaknya dahulu dipanggil Kuala Danga...

Contoh rumah Segamat... Sebenarnya banyak lagi contoh rumah Johor yang terdapat di Danga BAy ni...
Mengunjungi Johor baru-baru ini, saya rasa begitu teruja akan keunikannya. Selain dari negeri yang paling selatan di Semenanjung, ia juga mempunyai ciri-ciri keunikan yang saya suka. Banyak yang saya suka mengenai Johor ini.

Di sini lah terletaknya Pasar Larkin. Apa yang spesial. Biasanya saya akan mencari telur pindang, mee rebus, laksa johor, kerepek black pepper/sour tomato dan paling spesial.... TAHU BAKAR...!! Fuh, tak tahan babe !!!

Keadaan senja di Pantai Stulang. Kelihatan negara Singapura di seberang sana. Banyak jugak tempat makan yang menarik di sini.

".....singgah Setulanggg... membeli kopii....", kata Othman Hamzah

Kemudian, saya mengunjungi pula ke Gelang Patah. Second Link (Tuas Link) kepada alternative jalan masuk ke negara jiran. Berdekatan juga dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Di sini terdapat sebuah restoran thailand yang cukup menarik. Sedap pulak hidangannya. Yang pasti, ianya lebih murah dari di Kuala Lumpur. Saya pernah bersama keluarga makan di sini. Yummy... sedap!

Pandangan dari dalam restoran.

Rapi

Makanan fresh yang diangkat terus dari laut.

Hiasannya juga menarik. Juga pandangan dari dalam restoran.

Berdekatan dengan restoran tersebut, terdapat pokok kayu bakau (mangrove) yang tersusun cantik....
13 Komen Anda::
johor, tanah tumpahnyer darahku.
Ermm... thanks FG kerna memberi penghargaan buat warga johor amnya dan Jb khasnya. Merasa bangga jadi anak jati Johor walaupun bukan kelahiran JB.
Pic blog ni besar @ komputer aku yang lembab? Huhu.. lambat nak open pic yg dipaparkan. Aku yang dah belas tahun kat JB ni pun byk tempat yg tak pergi tau. Kalau kat larkin tu pergi beli tiket bas je. Plaza larkin tu cuma sempat mengerling mata je. Hehe.. Danga bay ada ler sekali dua tu pergi. Lemas sebab kerap ramai org. Skrg lak Jln Wong Ah Fook sudah lenggang sikit.
Sebenarnya byk juga yg menarik kat Johor terutama JB. Tak boleh puji banyak² nanti ramai yang meluat lak. Apa-apa pun dah lama tak dengar lagu tentang Johor ini iaitu "Tajuk Johor".
Naza,
Cakap ajer orang Johor; tapi bila balik Johor tak nak bagitau orang. Awak orang Batu Pahat kan?
ZM,
Dari Muar ke Johor Bharu awak ya? Berhijrah dari utara johor ke selatan johor. Teringat masa mula berjumpa semula dengan anda di Bas Station Larkin. Dunkin Doughnut masih di situ lagi; kan? Warisan Johor memang indah, orang-orangnya juga molek, sekarang bertambah cantik dan menarik. Dulu cuma ada KOMTAR; sekarang sudah ada pelbagai, apa saja yang ada di KL. Suka saya.
Lagu ini tajuknya Tanjung Puteri nyanyian Othman Hamzah. Juga pernah dinyanyikan oleh Aziz Ahmad.
Kenapa orang lain perlu meluat? Tempat2 lain di Malaysia pun cantik jugak, cuma kali ini saya ingin memberikan recognition saya kepada negeri Johor Darul Takzim yang banyak perkara yang menarik.
Nampak menarik sgt...teringin nak pergi JB. Kali terakhir pergi JB 20 tahun yg lalu. Sebagai guru..."Belajar sambil Melawat"...mesti dianjurkan utk para pelajar. Malangnya Johor bukan destinasi pilihan kerana kurang tempat2 yg sesuai utk program ini. Melaka, Terengganu, Perak, Kuala Lumpur merupakan tempat2 yg sering menjadi pilihan program ini. Nanti nak ajak FG lah ke JB....makan laksa Johor, Mee Bandung Muar, Mee Udang Ah Fatt dan tak lupa ke SPA Zeed di Jln Wong Ah Fook.
Salam FG, amboiii jenjalan sakan dia ya..rumah Segamat tu cam cantik sgt..tp Ummi lalu kat Bdr Segamat, lum jumpa rumah camtu..hehe, rumah batu semua ada laa..Tapi bab makan tauhu bakar tu yang x tahan tuh! X penah lg buat dan makan..huhuuu...nak kena pi cari resepi lah (*sori lah FG, akak ni balik2 bab masak je termasuk citer kat sini pun..hehe)
Sir Shark,
Mee Bandung Muar kat Muar lah... Kat Johor Bharu tak ada.
Ummi,
Resepi Tahu Bakar tu kakak saya kata senang ajer. Nanti dia ajarkan, beritahu ummi ya..?? Sedap tauu... tidak terhingga sedapnya...
blh tahan jugak bro gambar2 kat entry ni..
Hai Ummi, tak kan tak tahu perangai si FG. Dia kan suka jalan-jalan cari makan. Ermmm... nasib baik ZM tak duduk KL, kalau duduk KL pasti FG dan ZM akan sentiasa mengukur segala jalan dan bangunan dan terutama tempat makan samada jalan tu makin melebar atau mengecil, bangunan dah diubah suai atau tidak dan juga restoran ada resepi baru. Hehe....
Janggut,
Aik..?? Baru nak puji ke?? Dah bertahun dah tengok blog saya?? Hehehe.. anyway, thanks bro'. You ain't heavy...
ZM,
Ooh.. kerja FG bukan setakat ukur jalanraya melebar dan mengecil, tubuh ZM pun FG boleh agak melebar atau mengecil... ekekekeke.. Gurau ajer yaa..?? Banyak lagi sebenarnya hobi FG ni sebenarnya.... Ini hanya sebahagian daripadanya. Just to share with you dear friends. Macam Ummi, dia suka share resepi dengan kawan2.. Mulia perbuatan tu. Bagus. Keep it up. FG suka kan setiap keindahan, pemandangan yang cantik, makanan yang sedap; lagu yang merdu; orang yang baik2; dan setiap yang positif dalam hidup tentu FG tidak tolak.
Mus,
I dulu nyaris jadi menantu org Johor tau..Kota Tinggi! Org Johor mmg bangga dengan kejohoriannya..(mmg patut pun..)kalau ke sana tak rasa mee rebus, laksa johor, murtabak singapore (nape singapore lak ye?), air bandung..etc mmg tak sah...tapi itu gambar tauhu bakar mmg I tak tahan...nampak cam sedap giler...
Ina...
Si "suratkhabar lama" tu Orang Kota Tinggi ke..?? Nasib baik x jadi, .. kalau tak, tiap2 hari mintak masak lontong serta ngan lodehnya; rempeyek a.k.a tumpi, ikan tongkol masak asam rebus, ada cengkol dengan tempe.. waduh...!! ekekekeke...
Tue Jan 20, 03:59:00 PM 2009
ekekekeek..waduh..waduh..itu "surat khabar lama" org Kelang la..
uiks..Gelang Patah?..tempat kelahiran ku...
Johor memang best...
Post a Comment