26 September, 2008

Kuih Raya - Beli atau Buat?




Zaman sekarang lebih ramai daripada kita yang lebih gemar membeli daripada membuat kuih raya ini. Berlumba-lumba membeli kuih yang adakala hanya nampak warna yang berbeza tetapi rasanya sama sahaja. Tahun demi tahun, walaupun sudah terkena, masih juga jualannya kerana peniaga tahu akan permintaan kuih-kuih tersebut.


Kemudian, bermulalah mencari dan membeli kuih muih yang lebih sedap, crunchy, moist, lebih rasa butter dan menempahnya dari awal-awal puasa daripada si anu si anu.... Namun begitu, ada juga berpendapat kuih muih yang diorder tadi bukan untuk dihidangkan; tetapi untuk makanan seisi rumah.

Jadi, anda membeli atau membuat ...??

25 September, 2008

Mee Rebus Johor

Setiap kali kalau FG turun ke Johor Bharu atau Singapura, FG akan pastikan untuk sempat menikmati mee rebus dari selatan ini. Tidak boleh tidak! Sebenarnya FG memang favourtie makan mee rebus ini. Mungkin bagi mereka yang berada di pantai timur atau utara tidak tahu apakah istimewanya mee rebus ini.

Bagi kami di selatan tanahair, mee rebus adalah sesuatu yang special. Kuahnya dibuat dari campuran keledek, rempah kari dan ...ntah apa lagi. FG bukan pandai masakpun mee rebus nih. Sebelum-sebelum ini puas FG mencari di manakah warung atau restoran yang dapat menyamai rasa kelazatan mee rebus ini di sekitar Kuala Lumpur. Ternyata hampa.

Tetapi kemudiannya FG dapat berita dari seorang Kolonel (orang Johor jugak Kol ini) memberitahu bahawa mee rebus yang sedap seakan-akan mee rebus johor ni terdapat di sebuah restoran di simpang roundabout Keramat AU3.

FG dah pun pergi ke gerai tersebut dan mencuba... Not bad! Not bad at all. At least lepaslah gian FG untuk makan mee rebus ini.
Berbalik kepada cerita mee rebus di johor ni. Tempohari, FG sempat keluar bershopping di Johor Bharu. Dek di sebabkan puasa dan FG nak jugak makan mee rebus. Jadi pada jam 2.00 petang FG ke gerai mee rebus yang popular, Mee Rebus Haji Wahid di foodcourt Kompleks Angsana. "3 Bungkus ya bang... kuah asing...". Menunggukan waktu berbuka jam 7:03 pm, mee rebus FG yang ditapau tadi telah soggy dan kuah yang dipanaskan tadi seakan hilang rasa keasliannya. Mee rebus ni elok di makan panas-panas.

23 September, 2008

Gerek Seyyy....!

Mengunjungi keluarga di Singapura minggu lepas menyebabkan FG terasa lega sedikit dari kesibukan kerja. Seronok juga sesekali berkunjung ke tempat FG dilahirkan ini. Seperti biasa, kemeriahan yang dapat dirasai di Singapura ini hanyalah di Geylang Serai. Terdapat bazaar Ramadhan dengan ratusan shoplots yang menjual pelbagai bahan persediaan menjelangnya Aidilfitri.

Disepanjang jalan Geylang Serai ini, Joo Chiat Complex antara yang termasyhur.
Seperti yang dipaparkan di Majalan 3 minggu lepas, bazaar Ramadhan di Geylang Serai ini sungguh padat dengan lautan manusia. Rimas dan lemas !!
Cantiknya pelbagai jenis kebaya yang banyak terdapat di dalam bazaar Ramadhan ini.
Poster: Satay Goreng Mentah...???
Kaki Kaki: Adalah tempat SPA dan massage yang besar di Geylang Serai ini. Agaknya bagi mereka yang dah penat berjalan ke seluruh bazaar di sini.
Claypot Frog..... nak cuba?



Ahhh... leganya apabila dapat pulang ke rumah.

Bersihnya Singapura....

18 September, 2008

Koleksi Lagu-Lagu Hari Raya

Dari Syarikat WEA.
Antara lagu yang popular : Salam Dunia (M.Nasir), Indahnya Beraya Di Desa (Azlina Aziz), Lambaian Aidilfitri (Jamal Abdillah), Sampaikan Salamku Di Aidilfitri (Jamal Abdillah), Senandung Hari Raya Untukmu (Dayangku Intan), Bingkisan Untuk Perwira (Khatijah Ibrahim), Kurniaan Di Hari Raya (Feminin), Gembira Bersama Di Hari Raya (Othman Hamzah), Pengertian Hari Raya (Uji Rashid & Hail)

Dari Syarikat Mutiara: Lagu-lagu popular :

Dendang Perantau (P.Ramlee), Menjelang Hari Raya (S.Jibeng), Musafir Di Aidilfitri (S. Jibeng), Selamat Hari Raya (Saloma), Dendang Perantau (Saloma)

*lagu-lagu lain yang terbabit dalam album ini bukanlah lagu raya.

Dari BMG: Satu Hari Di Hari Raya (M.Nasir), Pulanglah (Aishah), Indah Di Hari Raya (Ziana Zain), Setahun Sekali (Amy Mastuara), Joget Aidilfitri (Ning Baizura), Bermaafan Di Aidilfitri (Amir UK's)

EMI (M) Sdn Bhd: Hari Mulia (Sheila Majid), Aidilfitri (Sanisah Huri), Selamat Hari Raya (Fazedah Joned), Selamat Hari Raya (Sudirman), Selamat Hari Raya (Ahmad Jais), Selamat Berhari Raya (Rahimah Rahim), Sepasang Kurung Nan Biru (Khairil Johari Johar), Suasana Di Hari Raya (Anuar dan Elina), Hari Raya Tetap Tiba (Sweet September). Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri)

---------------------
Perang koleksi lagu-lagu terbaik hari raya daripada dahulu sehingga kini. Secara keseluruhannya bagi FG, album keluaran EMI masih yang terbaik kerana ia mengumpulkan suasana nostalgia di hari raya. Jumpa lagi di album yang akan datang...

15 September, 2008

Album Raya Pilihan 3: Klasik

SENTUHAN HARI RAYA



Kali ini FG nak kupas album berkonsepkan hari raya ini keluaran BMG Pacific Sdn Bhd pada tahun 1994 ini. Album yang menampilkan megastars ini ternyata bagus kualitinya dek kerana sentuhan penerbitnya - sifu kita, saudara M.Nasir.

Lima lagu baru dan lima lagi lagu 'recycle' ternyata tidak menghampakan. Ternyata LIMA lagu yang dinyanyikan semula itu berjaya MENENGGELAMKAN penyanyi asal lagu tersebut kerana hari ini kita hampir tidak tahu penyanyi asalnya -

1. Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda - Mamat (nyanyian asal kumpulan Al-Jawaher)

2. Hari Raya Hari Bahagia - Ramlah Ram (nyanyian asal kumpulan Ideal Sisters)

3. Selamat Hari Raya - Ramlah Ram (nyanyian asal kumpulan Al-Jawaher)

4. Kembara di Tanah Gersang - Ziana Zain (nyanyian asal Al-Jawaher)

5. Satu Hari Di Hari Raya - M.Nasir (menariknya lagu ini adalah diadun semula susunan muziknya yang asalnya telah dinyanyikan oleh M. Nasir sendiri pada tahun 1977).

M. Nasir mencipta KE-SEMUA lagu-lagu dari album di atas kecuali lagu Ku Pohon Restu Ayah dan Ibu (ciptaan Amir Karim, pengurus kumpulan Al-Jawaher).


Lima lagu ciptaan baru yang lain ternyata tidak menghampakan. Dengar sahaja Halaman Asmara - Ziana Zain & Awie, Raya Yang Sempurna - Awie dan Sentuhan Hari Raya - Amy Search. Siapa kata lagu rock tak mampu menjadi sebuah lagu raya?


Rating : 8.5/10

11 September, 2008

Album Raya Pilihan 2: Klasik

BERGEMBIRA DI HARI RAYA
Dari kiri: Uji Rashid, Hail Amir, D.J. Dave dan Sharifah Aini.

Album ini diterbitkan oleh EMI pada tahun 1977. Penerbit bagi album ini adalah Ahmad Nawab (Dato').

Istimewanya album ini adalah kerana dia menampilkan lagu-lagu ciptaan baru pada ketika itu seperti : Seloka Hari Raya (Uji Rashid dan Hail Amir), Suasana Di Hari Raya (Sharifah Aini), Menjelang Hari Raya (D.J. Dave), Doa Di Hari Mulia (Uji Rashid).

Manakala lagu-lagu lain pula adalah diambil dari arkib EMI sebelumnya seseperti Bila Takbir Bergema (Rafeah Buang), Selamat Hari Raya (Saloma), Selamat Hari Raya (Ahmad Jais). Lagu-lagu yang diambil semula ini adalah daripada lagu berunsurkan hari raya yang terdapat di dalam salah satu lagu dari EP mereka. Jadi, usaha mengkompilasikan ini telah dilakukan oleh EMI pada tahun 1977.

Paling istimewa album ini adalah rakaman dialogue (perhatikan ejaannya) pada permulaan setiap lagu. Datuk Sharifah Aini, Dato' D.J. Dave (semasa itu belum lagi memeluk agama Islam), Uji Rashid dan Hail Amir telah merakam detik-detik kemeriahan hari raya pada zaman itu.

Seronok mendengarkan album ini.

Rating: 8.5/10

09 September, 2008

Album Raya Pilihan 1: Klasik

Penyanyi dari kiri: Sharifah Aini (Datuk), D.J. Dave (Dato'), Gaya Zakry, Rosemaria Abdul Hamid, Noorkumalasari, Sudirman Hj. Arshad, Aman Shah.

Album ini diterbitkan oleh EMI pada tahun 1981 oleh S. Atan. Banyak lagu-lagu yang popular yang dipetik dari album ini yang mampu menjadikannya lagu hari raya yang evergreen sehingga ke hari ini. Contohnya : Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman), Kepulangan Yang Dinanti (Aman Shah), Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone), Pulang Di Hari Raya (Noorkumalasari).
Rating : 8/10

08 September, 2008

Ramadhan : Hujan Rahmat tetapi Terowong Tak Bijak

Jam 7.00 pagi di sisir Jalan Ritchie, Ampang
Fuhhh... berderet-deret kereta...

Sejak hari pertama puasa lagi, FG terasa sesuatu yang pelik.

Eh, kenapa jam ni..?? Selalunya tak jam macam ni. Ni awal lagi ni.. Pukul 7.00 pagi. Kenapa MR2 ni tiba-tiba.

Oh.. ada accident kot?
Oooh.. ada lori tumbang kot...??
Oh... ada lencongan jalan kot; eh, tapi rehearsal untuk kemerdekaan dah sudah...(???)

Ternyata, sesampai ke area office... tiada satu pun daripada yang terfikir tadi berlaku. Cumanya lihatnya cuma kenderaan yang berensut-ensut di atas jalanraya.

Hari kedua puasa. FG keluar lebih awal dari semalam. 6:30 pagi.

Eh eh... Jam jugak ke...?

Hari ketiga puasa.... jam LAGIII....???? Hujan di luar mencurah-curah tidak kering-kering dari hari pertama.... sehingga hari artikel ini ditulis.
Sampaaaailah ke hari ini. KENAPA NIHHH...??
OOHHH.. Rupa-rupanya Terowong SMART ditutup bagi pengguna jalanraya.

Projek yang kononnya Projek Jalan dan Pengursan Air Banjir kononnya merupakan terowong lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan kedua terpanjang di Asia.

Terowong yang panjangnya 9.7 kilometer ini ditutup tatkala hujan turun berturut2 di Kuala Lumpur. Katanya objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Adalah kaedah terhadap komponen terowong ni yang FG pun kurang pasti.
Tetapi sekarang apa dah jadi... ??? Setiap kali hujan turun, terowong pulak di tutup.

Ternyata terowong SMART is not smart enuff..!

03 September, 2008

Bazaar Ramadhan


Fuhh... Jenuh beratur di gerai ayam percik.

Penat menyusuri setiap gerai yang ada...

Tak tahu mana nak pilih... tak tahu mana satu nak makan...

Itulah dia keistimewaan Bazaar Ramadhan di Kuala Lumpur.
Baru tiga hari... FG baru lihat di sekitar Shah Alam, Kelang dan tempat FG sendiri. Dalam ekonomi yang tidak menentu kala ini, masih ramai yang berpusu-pusu membeli makanan untuk juadah berbuka puasa. Penuh sarat tempat membeli juadah berbuka puasa ini.
*Orang-0rang Malaysia ni mewah rupanya...