FG mengenali beliau sejak tahun 2000 (kalau tak silap... tak ingatlah..). Masa itu dia ditugaskan satu division dengan FG. Hmm.. cantik orang; tapi pendiam. FG dan kawan FG berpakat nak 'ragging' dia. Tanya macam2 soalan maut. Sejurus selang beberapa minggu, FG BARU KETAHUI siapa dia SEBENARNYA.... statusnya... kedudukannya. Alamak, aku dah salah ragging ni.. Pet la punya pasal... Mahunya termasuk kepala macam kura-kura. After a while, FG dapati dia ni seorang yang baik, humble dan jenis tak kisah. Dia makan di mana saja yang dia rasa sedap... Hmm.. jarang FG berjumpa dengan orang yang 'berkedudukan' tetapi tak ambil pusing tentang status dan standard (mungkin dgn FG sahaja kot...).
Dari dulu lagi dia asyik tanya... "M... u ada kenal kawan-kawan untuk i jadi model tak..??". Masa tu FG selalu permainkan dia.."Adaa... tapi mungkin dia hanya nak ambik sebahagian dari tubuh badan u ajer... like.. jari u ajer ke..?? cuping telinga u ajer ke...??". FG tahu dia cantik, tetapi untuk jadi modelling tu FG rasa sayang..
Kemudian beliau ke Petronas. Ahah.. di Petronas inilah beliau mula jadi peragaan di dalam report tahunan Petronas. Beliau juga menjadi model di dalam 'Kempen Makanan Kesihatan' untuk sesuatu kempen Petronas. Akhirnya beliau berjaya juga mensasarkan niat beliau.
Dan baru-baru ini beliau sempat menelefon FG sambil menjerit..."MMMMMMMM.... u beli majalah Women's Weekly bulan ini.. turn to page 142. Ada apa dalam tu...". FG kata, "U nak cerita yang u masuk majalah ya..??". Dia jawap, "Yessss.. hahaha... kelakarlah".
FG pun dapatkanlah majalah tersebut. FG call dia.."Errr... Shereen, i think the reporter tu tak da bahan lain untuk cover page dia bulan tu, thats why dia panggil you..." . Hehehehe.. "Hantu youuu...", she replied dengan sopan...
Itulah dia. Selalu menghormati orang lain. Jarang kita jumpa orang yang sebegini. All the best to you gurl....!