30 June, 2008
Stress Ball
Stress Ball also known as stretch ball.
Originated by
Mus_Astley
at
10:06:00 AM
0
Komen Anda:
Links to this post
27 June, 2008
Linda Elizabeth
Now that is her; front cover of her first album.... Unfortunately, the second and third was a fiasco. Apparently, her father later married to a malay lady. And that was where Ann Hussin, then be the female vocalist of Singapore's Pop Band "Gingerbread" ; ostensively is Linda's step sister.
Originated by
Mus_Astley
at
4:09:00 PM
2
Komen Anda:
Links to this post
26 June, 2008
Lagu & Penyanyi
Lagu di bawah banyak memberi warna kepada awal-awal datangnya minat kepada seni suara. Dan lagu ini juga tidak disangka mempunyai varia panca warna kepada sinonimnya maksud lagu kepada sesiapa yang menyukainya. Ia berlarutan sehingga FG melanjutkan pelajaran ke sebuah institusi pengajian tempatan di mana kawan baik FG sendiri pernah menyanyikan lagu ini. Beliau menjadi JUARA pada masa itu. Dan penyanyi asal lagu ini mungkin remaja hari ini tidak pernah dengar atau kenal. Penyanyi bukan melayu ini berasal dari Singapura dan album ini juga sukar di dapati hari ini. Untuk mereka yang mengetahui, sila lah beralun bersama-sama dengan kesepian penyanyi ini... terima lah...
Originated by
Mus_Astley
at
2:09:00 PM
9
Komen Anda:
Links to this post
23 June, 2008
Relax
Gambar di atas diambil semasa kami ingin sembahyang Jumaat di Masjid Keramat. Ada juga telor Asin menjadi advert ya..? Cuba tengok tagline nya : Rasanya Lemak & Kurang Masin.
- gambar ehsan - Kak Yem
Cantik.... Siapa yang duduk atas siapa... Gambar ini FG capture di Genting Sempah ketika pulang dari Temerloh. Sisi kenderaan tersebut tertulis KELAB 4X4*RAUB PAHANG. Orang Raub, pernah dengar nama kelab ini...?
Originated by
Mus_Astley
at
11:47:00 AM
5
Komen Anda:
Links to this post
20 June, 2008
Mari Makan Bersama Kawan
Lama sungguh FG tak cerita pasal makanan-makanan ini. Sejak FG cerita pasal kahwin-kahwin hari tu, ada jugak kawan-kawan FG yang mengambil kesempatan untuk mencuit-cuit dan menggeletek FG. It's okay. You are all my friends.
Kali ini FG nak bawa ke sebuah restaurant bersebelahan Sungai Wang Plaza. Kami berkunjung pada malam hari itu dan terus makan di restaurant ini. Wow, sedapnya tidak terkata. Kawan FG yang belanja malam tu. So, sesiapa yang berkesempatan lalu di sebelah restoran ini, sila lah berkunjung.

Kailan Ikan Masin.... Fuh.. sedap...
Mee Karinya memang best in the world...
Roasted Chicken untuk dimakan bersama Nasi Ayam
Fish Ball Soup untuk si Jelita...
Taufu Goreng cicah dengan kuah lada... MMM.. Nyummy...
Originated by
Mus_Astley
at
9:02:00 AM
6
Komen Anda:
Links to this post
16 June, 2008
Wedding & Reunion

Kita mulakan dengan malam persiapan membuat pelamin di Bandar Tun Razak, Cheras. Berjanji lepas Maghrib, Kak Yem dan Kak Naz pun berkunjung ke rumah Azrul. Wahh.. konsepnya HIJAU uolzz....
Bunga telur hidangan masa pengantin makan beradap disediakan oleh Kak Naz kita. FG risik-risik kat Kak Naz, apa nama bunga tu. Dia kata bunga untuk pengantin makan beradap.
Malam tu jugak, sambutan hari jadi untuk Kak Jah, isteri abang Malik. Kebetulan pada malam yang sama, harijadi kepada EMAK pengantin lelaki, si Azrul. Maka FG dapat lihat mereka saling bertukar-tukar hadiah. Ada dua potong kek di atas. Satu untuk hadiah harijadi mereka. Satu lagi untuk HARI BAPA.... Bang Malek?? Nak jugakkkk....
Di sudut sebelah sana, FG melihat kaum-kaum hawa sibuk menyiapkan pelamin untuk si Azrul. Kaum-kaum ibu nampaknya bergotong-royong untuk memberikan seri kepada perkahwinan Azrul ini. FG terfikir, masih ada lagi rupanya semangat kejiranan di kalangan orang-orang Kuala Lumpur ini. Mereka bertungkus-lumus menyiapkan pelamin tersebut sehingga jam 12.00 malam barulah FG berangkat pulang.
Esoknya....Berlangsunglah perkahwinan Azrul dan Siti.
Now, this is special. FG berkesempatan berjumpa dengan kawan-kawan FG yang dah berhenti dari tempat kerja FG. Ada Zul, Suhaimi, Sam, Nazar..... Wahh.. seronok.
Eh eh.. Kak Yah pun ada... Kak Yah datang dengan anak daranya (masih solo)... dan dua orang cucunya...
Originated by
Mus_Astley
at
2:07:00 PM
9
Komen Anda:
Links to this post
13 June, 2008
Tunang juga

Ini lah sebahagian dari hantarannya....
Hehehe.. dah lama FG tak nampak kuih bahulu giant ni yang dahulunya famous jadi hantaran. Kali ini kuih bahulu ikan emas... Ada juga kuih bahulu ayam jantan... Ada lain zaman IT ni orang buat kuih bahulu LAPTOP..??
FG tengok kilat semacam ajer buah-buahan ni... ingatkan tipu, rupa-rupanya buahan betul...
Sopannya...
Sepupu FG yang asyik menikmati juadah yang disediakan...
Anak-anak saudara yang begitu meriah pada hari itu...
Eh, datang jugak si lelaki ni... ingatkan hari tunang, lelaki tidak akan ikut serta...

Juga diakhiri dengan ucapan.. Selamat Berbahagia.
Originated by
Mus_Astley
at
4:56:00 PM
4
Komen Anda:
Links to this post
11 June, 2008
From This Moment...
Semoga berbahagia kami doakan. Kami di sini menunggu sehingga anda menjemput untuk makan nasi minyak di Penang.
Ini lah dia hero dalam cerita ni...

Sebahagian dari hantaran dari pihak lelaki. Ceritanya kakak kepada hero kita yang banyak membantu menyediakan segala hantara ini. Untung awak...
/ps:
*Fuh... tiba-tiba FG dapat sms dari Abang Zambran mengatakan FG dah pun bekahwin dan sampai hati tak jemput dia... Aik.. ? Siapa pulak yang bawak khabar-khabar angin tu? Sedangkan kalau perkhabaran kawin orang lain pun FG akan war-warkan, takkanlah berita baik pada diri sendiri FG sanggup senyapkan... Zambran, jangan suka dengar gossip2 liar tu.
Originated by
Mus_Astley
at
8:49:00 PM
3
Komen Anda:
Links to this post
09 June, 2008
Sekali Henjut Sahaja....
Sebelum sampai ke rumah Pengantin Perempuan...
Pengantin lelaki macam risau ajer...
Ramai yang membantu membetulkan sampin pengantin lelaki
Bila dah siap, tersenyum gembira nampaknya Pengantin Lelaki kita...
Abang.... Siti datang...!!!
Mulai hari ini, awak kena dengar cakap saya tauu.... 
Originated by
Mus_Astley
at
6:34:00 PM
7
Komen Anda:
Links to this post
03 June, 2008
Pertunangan
Originated by
Mus_Astley
at
9:51:00 AM
3
Komen Anda:
Links to this post
02 June, 2008
Morning Kiss
“…Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan Apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya…..”
Lantaran daripada hal itu, maka acapkali yang FG dapat saksikan adalah setiap pagi bila FG menghampiri bangunan tempat FG bekerja, FG akan terlihat si isteri akan bersalam dan mencium tangan suami. Syahdu dan rukun serta damai FG lihat. Sesekali ternampak juga sang suami mencium di dahi sang isteri. Hmmm…. Moga syurga sajalah tempatmu wahai sang isteri.
Akan tetapi bagi scene yang FG saksikan pagi tadi betul-betul lain dari hari biasa. Mulanya sejurus tiba di hadapan restoran itali di bangunan tempat FG bekerja tiba kelihatan sebuah motorsikal berhenti dalam 10 kaki dari FG. Turun sang isteri di tempat pembonceng. Sang suami pula dengan manjanya membuka topi keledarnya. FG semakin menghampiri pasangan tersebut. Sebaik sahaja FG menghampiri ke motor tersebut, masyaAllah, mereka FRENCH KISS di hadapan muka FG. Mereka bercium mulut seperti tiada siapa di sekeliling. Siap bergulung-gulung lidah lagi.... Seolah-olah mereka berada di private beach di sebuah peranginan luar negara. Ishhh, keadaan ini menyebabkan FG stunned buat seketika dan bagai tertampar dengan keadaan yang jarang2 berlaku di masyarakat melayu kita yang kononnya bersopan santun itu. Sang isteri siap bertudung litup lagi.
Ada seorang kawan baik FG, seorang ibu, seorang isteri juga. Suaminya pada masa itu menghantarnya ke tempat kerja, secara kebetulannya pada masa itu bekerja di sebelah pejabat FG. Makanya FG pernah bertanya kepadanya, “…you everyday salam tangan dan cium tangan hubby you ke…??”. Dia jawap, “Eh, tak lah… Mana ada?? Say bye ajer..”
Dan FG tanya, “...you tak nak.. .atau hubby u tak tanya ke…Ada kemestian ke untuk cium tangan suami setiap pagi sebagai tanda mintak izin untuk ke tempat kerja..”. Dia kata, “Orang lain I tak tahu… Tapi untuk I…. I tak nak, dan hubby pun tak pernah paksa…” Buat apa FG, kalau setiap pagi u cium tangan hubby you, then balik rumah u bertekak-tekak? Ada ada yang tak kena. Cium tangan pagi2 tu untuk apa?? Just to show off kepada orang ramai yang konon-kononnya you isteri mithali…?
So, FG cuma nak tanya … Adakah ini satu KEMESTIAN..? Atau ianya hanya rutin seperti setiap pagi kita harus bangun pagi, gosok gigi, cuci muka, mandi, pakai baju, pakai kasut dan sebagainya…?
Originated by
Mus_Astley
at
1:48:00 PM
0
Komen Anda:
Links to this post



















