29 May, 2008
26 May, 2008
Kehilangan Pulau Batu Puteh dan Kemenangan Stacy
Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) yang akhirnya kepunyaan Singapura.
Juara Akademi Fantasia Musim Ke-6, Stacy yang berasal dari Sabah-------
Meh kita bercerita ala pakcik-pakcik berborak di kedai kopi. Kes perebutan hak ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca seperti yang Singapura namakan) telahpun ditentukan hakmilik pulau tersebut pada jam 4.00 waktu Malaysia 23 Mei 2008 (Jumaat) di The Hague. Tak perlulah FG huraikan perkara ini dengan lebih lanjut. Liputannya secara meluas di media-media massa mahupun bertulis. Office FG yang ada hubungkait dengan perkara ini telah diberi time-off pada hari tersebut untuk bersama-sama menonton keputusan yang dibuat oleh pihak International Court of Justice (ICJ) itu. Keputusannya, pulau yang jaraknya 7.7 batu notika dari Johor dan 25 batu notika dari Singapura itu jatuh ke tangan Singapura. Dan kita hanya mendapat Middle Rocks. Meskipun sebelum keputusan tersebut dibuat, kedua-dua negara diminta agar dapat menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Nah, hari ini sahaja, office FG tidak putus-putus bercerita pasal insiden kekalahan kita mendapatkan hak mutlak ke atas pulau tersebut. Ketua Pengarah FG tiba-tiba popular di dada akhbar section maritim untuk memberikan butiran maritim dan susulan positif dan negatif hasil dari keputusan itu. Banyak sesalan terdengar di bibir warga-warga maritim. Ego negara tercalar bukan barang sedikit. 'It's a 'Win-win situation', kata Menteri Luar kita....?? And whats next..???
Dan pada malam keputusan itu FG bersama rakan-rakan menonton ulasan keputusan tersebut di Warta Berita Nasional dan berada di situ sehingga lewat malam di Wangsa Maju. Kelihatan juga pakcik-pakcik yang sedang menghirup kopi agak sugul dengan keputusan tersebut. Ada saja perbualan antara mereka yang kurang jelas dipendengaran FG.
Esoknya
Sabtu, 24 Mei 2008. Konsert Akhir AF6. Kemenangan jatuh kepada gadis yang berusia 18 tahun dan berasal dari Kg Tuavon, Penampang, Sabah. Beliau membawa pulang RM 733,734 ke semuanya yang terdiri dari empat bilik banglo di A Famosa Melaka (RM550,000), sebuah kereta Peugeot 307XS dan wang tunai sebanyak RM25,000. Beliau juga memenangi tiket percuti ke Itali dan New York dan juga permainan playstation SONY berharga RM 1,199 dari pihak Astro.
FG yang hanya sempat menonton hanya keputusan tersebut di sebuah pusat makanan terbuka di Tasik Selatan. Semua mata tertumpu kepada mega skrin menunggu keputusan AF6 ini. Masing-masing berdebar mengharapkan orang yang disukai akan meraih kejayaan; walaupun tidak memberi habuan kepada mereka. Dan sebaik sahaja keputusan diumumkan ada yang bersorak dan bertepuk tangan. Di air muka terpancar tanda kegembiraan kerana calon yang dipilih tadi tepat. Ahhh... nasib baik si Nubhan tu yang tak jadi juara, kata mereka. FG cuma memandang. Tak teka dan tak minat. Sebaik sahaja diumumkan, FG lihat melalui skrin tersebut keadaan di stadium Bukit Jalil sesak dengan sorakan dan tepukan. Melonjak-lonjak kegembiraan sambil melompat-lompat keriangan.
Bukan salah mereka pun. Seandainya FG berkesempatan menemual mereka di sana dan bertanyakan apakah perasaan mereka setelah kita gagal mendapatkan hak Pulau Batu Puteh pada malam kemenangan Stacy, FG percaya, they couldn't be bothered! Ini adalah kerana malam itu dikhaskan untuk bersuka-ria menyambut kelahiran seorang artis baru di persada muzik. Mereka peduli apa.
Dan itulah orang kita sebenarnya. Sehari selepas kita kehilangan sebuah hak, esoknya kita boleh melompat kegembiraan sampai lupa hak dan letak duduknya maruah kita.
* selalu mengingatkan pada diri sendiri...
Originated by
Mus_Astley
at
2:07:00 PM
4
Komen Anda:
Links to this post
20 May, 2008
LOVE is not CINTA
CINTA
Menonton filem CINTA hampir lebih setahun yang lepas, FG tak habis-habis memperkatakan betapa uniknya filem itu kerana memberikan variasi kepada erti CINTA itu sendiri. Ada yang setuju malah ada yang sangkal. Katanya, filem Malaysia yang satu ini sebenarnya diadaptasi dari filem LOVE ACTUALLY arahan Richard Curtis yang menceritakan lapan episode kasih yang berbeza dari lapan pasangan yang bakal menyambut krismas di kota London.
Namun, ternyata CINTA mempunyai kekuatannya sendiri. Garapan serta penghayatan para pendukung wataknya membuatkan saya angkat topi kepada filem ini. Lakonan mereka juga kagumi, terutama Nanu Baharuddin dan Dato' Rahim Razali. .. dan kesahihan ini tidak dapat disangkal lagi apabila filem ini memenangi Anugerah FILEM TERBAIK di dalam Festival Filem Malaysia Ke-20 walau pun hanya memenangi tiga award yang lain termasuk Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Dato’ Rahim Razali) dan Lakonlayar Terbaik dan Penyunting Terbaik.
Sinematografinya cantik lantas mengingatkan saya kepada iklan-ikan NESCAFE zaman-zaman terdahulu yang saya amat minati. Complexitynya jelas. Pertalian dan hubungkait antara klisenya mudah dan menarik. Apa yang cuba diluahkan oleh Kabir Bhatia rasanya dapat dirasai oleh penonton.
Para pelakon kita terdiri dari Fasha Sandha, Ezlan Yusoff, Rita Rudani, Rashidi Ishak, Pierre Andre, Sharifah Amani, Nanu Baharudin, Que Haidar, Dato’ Rahim Razali dan Fatimah Abu Bakar (siapa yang masih ingat lakonan beliau di dalam drama Marina di awal2 penyiaran terbitan TV3).
Justeru itu, Kabir Bhatia mengambil usaha membawa filem ini ke negara jiran… Indonesia. Bukan filem CINTA tadi.....tetapi kali ini berbau Indonesia. Jalan ceritanya serupa, konsep filem mirip keduanya, lakonlayar tiada banyak berubah. Bedanya, filem ini digubah dan diolah semula mengikut citarasa Indonesia termasuk para pelakonnya, musiknya, sinematografinya dan salah satu dari jalan ceritanya. Mungkin bagi memenuhi selera para penonton di sana, maka skrip filem ini telah diadun semula dan diolah oleh penulis skrip hebat dari Indonesia TITIEN WATTIMENA yang telah meraih kejayaan melalui dua karyanya iaitu filem ‘Mengejar Matahari’ dan ‘Tentang Dia’. Untuk mengindahkan lagi jalan cerita, filem ini turut diiringi alunan muzik dari ‘The Bulgarian Symphony Orchestra - SIF 309 di bawah pimpinan pengarah muzik ternama yang juga dari Indonesia ERWIN GUTAWA, seorang penerbit dan pengarah konsep beberapa album penyanyi serta pernah memimpin beberapa konsert besar di sana.
PELAKON MANTAP
Menjulang kewibaan tukang direktornya, maka mengheret saya untuk menonton filem LOVE ini. Tetapi ternyata saya HAMPA.
Mungkin terakibat dari terlalu membezakan antara keduanya atau mengharap sesuatu yang lebih baik dari negara seberang. Ternyata, secara individu, filem LOVE tidak dapat menambat hati saya. Gagal menafsir apa yang tersirat. Bukan bahasa menjadi penyebabnya. Bukan juga faktor pelakon mereka jadi kayu pengukurnya kerana di dapati para actor dan aktresnya ya sedang ngetop! Siapa yang tidak kenal Acha Septriasa dan juga Irwansyah. Apa tah lagi dengan kemunculan semula Sophan Sophian juga Widyawati; kerana itulah antara kenapa pada mulanya saya ingin menonton filem ini. Akhirnya ianya gagal juga menobatkan sebagai filem yang sebaik dan setara dengan CINTA di mata dan penjurian saya.
Malah bercerita tentang runut bunyinya pula (soundtrack), CINTA mempunyai deretan melodi yang begitu relevan kepada setiap episode yang diutarakan. Contoh: lagu PERPISAHAN dari Anuar Zain, CINTA dari Jaclyn Victor dan Misha Omar, juga lagu Pantun dari Zainal Abidin. Tetapi LOVE hanya meneguh atas lagu SEMPURNA dari ciptaan Erwin Gutawa dan dinyanyikan oleh Gita Gutawa. Ternyata juga lagu-lagu lain di dalam soundtrack ini adalah dari kelompok Gigi, Sheila on 7 dan Padi di dalam filem LOVE tidak membantu menaikkan mood filem ini.
Secara OVERALL, filem CINTA buatan Malaysia berjaya mengatasi filem LOVE Indonesia dari SEMUA aspek. Meskipun Kabir Bhatia mengakui bahawa LOVE adalah kesempurnaan setelah beberapa kesilapan yang beliau dapati di dalam CINTA, tetapi beliau lupa ciri-ciri kesempurnaan itu datangnya dari sambutan penonton. LOVE gagal mengheret kita ke dalam keserabutan permasalahan setiap individualis. Cuba jauh dari menganggap ianya suatu cliché agar duanya tampak teguh, namun ianya tetap memberi kredit penuh kepada CINTA. FG hanya boleh memuji lakonan Acha Septriasa dan pastinya pasangan Sophan Sophian & Widyati yang dinanti-nantikan. Teringat pada filem pertama mereka, Pengantin Remaja pada tahun 1971' lakonan mereka berdua.
Walau apapun, tiada sebab mengapa filem ini harus diadaptasi, FG kurang pasti dan FG sendiri kurang setuju. Harusnya Kabir membawa bulat-bulat Filem Buatan Malaysia ini ke Negara seberang dan melihat pasaran di sana. Tak lama lagi Kabir Bhatia akan muncul dengan satu lagi filem baru bertajuk SEPI. Sekiranya filem ini berjaya di pasaran tempatan, adakah Kabir akan melakukan perkara yang sama seperti klon yang dilakukan terhadap CINTA...?
Mengapa kita pula melakukan perkara yang sama kepada lagu-lagu seperti Ketahuan (Matta), Ingkar (Bunga Citra Lestari), Aku Sedang Ingin Bercinta (Dewa), Sephia (Sheila on 7), Takkan Melupakanmu (Radja).. – hanya menamakan beberapa sahaja; tidak diubah kepada citarasa Malaysia; seperti senikatanya, studio rakamannya dan sebagainya yang perlu diada-adakan…?
* hanya bersetuju dengan luahan yang sering diutarakan oleh Amy Search, Awie, Hattan dan beberapa rockers Malaysia yang merasakan bakat kebangsaan tidak dihargai sepenuhnya oleh peminat tempatan.
* merupakan filem lakonan terakhir dari aktor hebat bapak Sophan Sophian setelah beliau meninggal pada 17 Mei 2008 lepas setelah jatuh dari motor Harley Davidson yang beliau tunggangi. Motor berkuasa besar itu jatuh ke dalam lubang besar. Lehernya patah dan dadanya cedera mengakibatkan maut kepadanya. Kejadian tersebut terjadi apabila beliau berkonvoi bersama harley davidson yang lain di dalam latihan perarakan persediaan membawa bendera Indonesia sempena menyambut kemerdekaan Indonesia tidak lama lagi.
Originated by
Mus_Astley
at
2:20:00 PM
6
Komen Anda:
Links to this post
16 May, 2008
Makanan Ringan
Makanan ringan (Inggris: Snack) adalah istilah bagi makanan yang bukan merupakan menu utama (makan pagi, makan siang atau makan malam). Makanan yang dianggap makanan ringan adalah: sesuatu yang dimaksudkan untuk menghilangkan rasa lapar seseorang sementara waktu, memberi sedikit suplai energi ke tubuh, atau sesuatu yang dimakan untuk dinikmati rasanya.
-----------
Kekadang kita rasakan makanan ringan ini hanya untuk mengalas perut sementara menunggu meal yang berat seperti nasi atau sepertinya. Lantas, makanan ringan memang tidak bermanfaat dan berkhasiat dan ada kalanya memberikan kesan yang tidak elok kepada tubuh.
Tetapi ianya tidak boleh lah diterapkan kepada hubungan sesama manusa. FG kadang-kadang lihat seseorang boleh mendiamkan diri pada hakiki yang tidak betul yang datang dari seorang yang dia suka, tetapi akan bersuara lantang kepada orang dia rasakan tidak penting.
Originated by
Mus_Astley
at
11:59:00 AM
2
Komen Anda:
Links to this post
15 May, 2008
Selamat Hari Ibu
Bismillah.
Al Fatihah.
"..Tuhanku! Ampunilah aku dan kedua ibu bapaku serta kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah mengasihani aku semasa aku masih kecil...*
Darjat ibu bapa pada hari kiamat akan terangkat di sisi Allah Ta'ala disebabkan doa seorang anak yang memintakan ampun atas dosa-dosa mereka. Hal ini telah diterangkan melalui apa yang telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya : *Sesungguhnya seseorang itu diangkat darjatnya di dalam syurga, lalu dia berkata: *Dari manakah semua ini?* Maka dikatakan kepadanya: *Dari anakmu yang memintakan ampun untukmu.* (Hadits riwayat Ibnu Majah)
Originated by
Mus_Astley
at
8:42:00 PM
2
Komen Anda:
Links to this post
14 May, 2008
Percevoir Vacation (The Twilight Zone)
Now we come to the finale of this episode. FG berkesempatan untuk menyaksikan matahari terbenam di gigi air pantai ini. Pemandangan yang jarang-jarang FG dapat saksikan di Kuala Lumpur. Sungguh indah scenario serta memberikan ambience yang menyuburkan jiwa.
Originated by
Mus_Astley
at
8:34:00 AM
0
Komen Anda:
Links to this post
13 May, 2008
Percevoir Vacation (The Hotel)
FG sengaja merakamkan suasana hotel ini di dalam monochrome supaya ia mendapat impak yang nostalgik kepada sesiapa yang melihatnya. Ia memberikan pendekatan klasik terhadap diri FG sendiri. Walau bagaimanapun, dari tempat di mana FG berdiri untuk mengambil gambar-gambar ini, persekitaran sungguh nyaman dengan tiupan bayu laut yang menderu.
Originated by
Mus_Astley
at
8:37:00 AM
1 Komen Anda:
Links to this post
Labels: Riadah
12 May, 2008
Percevoir Vacation (The Dinner)
.....ahhh.. nyamannya. Keindahan malam beserta dengan iringan muzika jazz yang sungguh mengasyikkan. Keindahan pantai yang sungguh menyamankan. Seperti biasa, ada banyak lagi makanan yang tak sempat nak dirakamkan sebab masa tu perut dah lapar dan camera ntah ke mana, FG dan ngap beberapa keping lamb-chop dengan black pepper sauce. Syook babe !
Originated by
Mus_Astley
at
8:47:00 AM
0
Komen Anda:
Links to this post
09 May, 2008
Percevoir Vacation (Encarte Un - Part One)
Originated by
Mus_Astley
at
11:34:00 AM
1 Komen Anda:
Links to this post
Labels: Riadah
08 May, 2008
Sudah Pulang....
Originated by
Mus_Astley
at
9:17:00 AM
2
Komen Anda:
Links to this post
Labels: Riadah






