30 April, 2008

Bunga










Bunga Betul
1. Bunga - Exist
2. Bunga Melor – Datuk Sharifah Aini
3. Bunga Bakawali – Kembara
4. Bunga Tanjung – Datuk Sharifah Aini
5. Joget Bunga Melati – Halil Chik
6. Bunga Ros – Dato' SM Salim
7. Teratai – Toh Puan Rafeah Buang
8. Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi – Alleycats
9. Mawar Bukan Milikku – Razis Ismail
10. Anggerik Rimba – Rozita Izlyn

Bunga Patriotik
1. Bunga Raya – Aishah
2. Bunga Semarak – Datuk Yusni Hamid
3. Bunga Bangsa – Saloma

Bunga Rock
1. Sepi Sekuntum Mawar Merah – Ella
2. Teratai – Sweet Charity
3. Bunga Larangan – UG14
4. Bunga Angkasa – Terra Rossa

Bunga Peribahasa
5. Bunga-bunga Cinta – Misha Omar
6. Sekuntum Bunga Plastik – Kembara
7. Bila Bunga-Bunga Berguguran – Ogy Ahmad Daud
8. Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara – Mega
9. Bunga Dipuja Dipetik Orang – Datuk Ahmad Jais

Of course : Teratai Layu Di Tasik Madu – Fauziah Latiff

Tapi… ada juga nama penyanyi BUNGA CINTA LESTARI…. Cun weii…

29 April, 2008

Quinary M featuring Mazuin Hamzah


Khas untuk Elly,
Quinary M ditubuhkan pada tahun 1978. Semasa itu, FG masih ingat lagi bahawa Kumpulan ini telah menyertai Pertandingan Bakat '78 di mana host rancangan tersebut adalah Karim Mohamed. Kumpulan lima beradik ini terdiri dari Mazlan, Mahani, Mahyun, Mazni dan Mazuin.

Menurut ketua kumpulan mereka, Mazlan Hamzah, Quinary M diambil dari bahasa muzik yang membawa maksud lima. Kumpulan ini juga yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menampilkan kesemua anggotanya adalah adik-beradik. Menyorot dari pembabitan yang famous daripada kumpulan adik-beradik dari luar negara seperti The Osmond Brothers dan Jackson Five.
Arwah bapa mereka, Hamzah Ramli adalah bekas seorang Diplomat Malaysia ke Moscow pada masa tersebut. Lantaran itu, beliau telah menggalakkan anak-anaknya untuk belajar muzik semasa di sana.

Sepulangnya ke tanahair, mereka berlima menyertai satu pertandingan kugiran yang dianjurkan oleh RTM. Malangnya mereka hanya mendapat tempat Ke-4. Pertandingan pada tahun yang sama dimasuki oleh Kumpulan Nada Budaya (Suhaimi Mohd Zain @ Pak Ngah), Kumpulan Harmoni (Zubir Ali.. Azie). Namun begitu, penyertaan mereka dalam Bakat ‘78 rupanya mendapat perhatian dan seterusnya mereka ditawarkan merakamkan album. Di atas adalah antara album-album terawal dari mereka menampilkan lagu-lagu popular Cinta Palsu, Anggerik Merah, Sepasang Kenari dan sebagainya.

Antara yang PALING popular dari kalangan mereka adalah adik yang paling bongsu, Mazuin Hamzah, pemain percussion dan juga vocalist teraju kumpulan ini. Rentetan hidup beliau banyak jugak yang diberitakan kepada FG mengenai pembabitan seninya sehingga Perkahwinan Diraja yang gilang-gemilang bersama Pengiran Sufri, adik kepada Sultan Brunei Darussalam itu pada pertengahan tahun 80an. FG jugak berkesempatan menanyakan kisah kehidupan beliau di sana dari boss FG yang baru pulang ke tanahair setelah 16 tahun berkhidmat di sana, bagaimana pembabitan beliau di dalam istana dan juga penyingkiran beliau dari negara yang kaya dengan hasil petroleum itu.

Hidup insan tiada siapa dapat menduga.... Segalanya ditentukan oleh Yang Maha Esa.

28 April, 2008

Anak Sedara MakSu Kawin






Menemankan seorang teman menghantarkan pokok/bunga duit hantaran sempena perkahwinan anak buah officemate FG. Hmm.. dah lama tak rasa nasi minyak. Tengahari tu, FG pun drivelah ke Dewan Orangramai Taman Keramat AU2.

FG datangpun dah lewat. Tetapi kedengaran juga ada tarian poco-poco di atas pentas di mana terletaknya pelamin. Konsep - biru. Tetapi tak jugak sempat FG saksikan tarian poco-poco tersebut.
Acar buah yang dihidangkan sungguh menyelerakan. Sempat jugak FG berjumpa dengan kawan sekawasan tempat FG tinggal.

Begitulah rasminya kalau majlis perkahwinan.... Segala urusan harus dilaksanakan sehingga ke sudahnya. Esoknya barulah boleh berehat. FG lihat keluarga bertungkus-lumus bagi menyempurkan hari yang gemilang itu. Kesian juga Ijat... Tak sempat nak bersalam dengan dia pabila FG pulang hari tu kerana sibuknya dia....

Anyway Ijat, nanti awak kawin... Eddie pulak bertungkus lumus ya...?

24 April, 2008

Jadi laa....


No live performances by Siti Nurhaliza or Dayang Nurfaizah...
No remarkable octave tunes by Anuar Zain or Ziana Zain...
No hilarious jokes by Aznil or Nabil... or even Tawil
Neither lovely roses/fruits bouquet or the banquet hall....

Just a Choc Indulgence Cake from Secret Recipe....

Jadilaaaa......

23 April, 2008

Anak Ibu


My ex-boss's daughter has won the 1st place in the HSBC/British Council Chinese Speaking Competition where she said that 199 participants were admitted from all over United Kingdom.

She won for an 'educational trip' to Beijing last March '08. The local papers (Malaysia) even contacted the school for an interview/pics with her. Her mom, Datin S said that it was a good competition and she's grown up to be a confident and consistent student.


This is what Datin wrote to me:

She is also doing well in debates, sports/track events and performance arts (dance/theatre). I'm glad she's an all-rounder and not just a bookish boring person. I encourage her not to study too hard but to explore all that life and school and london has to offer! Datuk kata apa punya mak tak kasi anak study lebih-lebih. Hahaha!

Datin, u seem to be the same person that i used to know..... ahaks !

18 April, 2008

Sayonara





Seorang dari staff tempat FG bekerja telahpun letak jawatan dan farewell partynya telah diadakan semalam. Seperti biasa, pelbagai spekulasi yang tiba-tiba muncul bila keadaan seperti ini terjadi. "Dapat kerja kat mana...??"... "Berapa gaji diorang offer...?". "Kenapa berhenti...??". Buat pengetahuan semua, FG risik-risik dari pihak HR... kawan FG ini rupanya adalah orang yang ke 99 yang berhenti kerja di tempat ini sejak tahun 1993. Wow.... kita tunggulah SIAPA orang yang ke-100 pulak ya..?
Namun, kawan FG ini orang nya nampak tenang menjawap segala persoalan. Kata-kata akhirnya semasa ucapan hari tu membuatkan FG terfikir-fikir..."I hope that my resignation will bring happiness to everyone...". Apa maksudnya ya..??

Bila ditanya apakah TIGA perkara dia akan ingat bila menyebut nama FG... Dia kata dengan pantas...

"LAGU.....
"CD.....
"PHOTOGRAPHER...
"PENGLIPUR LARA...."

Err... itu EMPAT kak...
Anyway, all the best to Armi. She is fun to be with. Umur kami lebih kurang sebaya. Banyak perkara-perkara zaman dahulu dapat dikongsi bersama.

15 April, 2008

Retro - Muzik Malar Segar

"Dari kegagalan.. satu percintaan ku alami... Penderitaan Kesengsaraan Kebatinan,
Tapi di sebalik semua kepahitan tersembunyi. Oh keinsafan dan pengertian yang amat dalam.."

"...beribu bintang di langit tinggi kini menghilang... meraba aku dalam kelam...Rembulan mengambang kini makin suram....Pudar ilhamku tanpa arah...."

" Mawar oh mawarku... malangnya nasibku, mawar oh mawarku, kau bukan milikku,... pergilah sayangku pada kekasihmu.. oh mawarku..."

/p.s.

Kepada kawan-kawan yang tahu lagu-lagu di atas, marilah menyanyi bersama FG....

09 April, 2008

Gathering ala Secretary's Week

Proposal ini sebenarnya datang dari beliau sendiri. Entah rasa bersalah tempohari kerana tidak dapat hadir semasa Gathering DSS pada Januari yang lepas. Beliau kata,..."okaylah adik muss... lepas ni, buat kat Kuantan pulak.. Buat kat rumah Kak Cik..". Memang dari dulu beliau membahasakan dirinya kakcik kepadaku (tapi kenapa 'rerambut' (Hairy) tidakku panggil 'bangcik'?). Memegang kata-kata beliau tempohari, minggu lepas beliau ada mengatakan bahawa beliau akan menyaksikan Dayang Nurfaizah di Federal Hotel sempena Secretary's Week. Beliau nak jumpa FG. Tapi FG kata, masa hari itu suntuk sangat; kerana beliau terpaksa pulang jugak ke Kuantan pada petangnya.

Untuk itu, beliau mengajak kawan-kawan semua untuk berjumpa di Kuantan pada:

Tarikh : 26 April 2008 (Sabtu)
Tempat : Rumah beliau di Kuantan (alamat kak cik..?)
Waktu : Belum ditetapkan lagi

Untuk itu, FG mintaklah ulasan kawan-kawan yang mana ingin mengadakan pertemuan ini suatu kenyataan. Lagi pula, tempohari ramai yang dari Kuantan tidak dapat hadir. Diharap Adora, Alina Aishah, Lia, Ana, Norafzani Zani dan yang lain2 dapat berkunjung sama.

Minta pandangan rakan-rakan yang bijaksana atas perkara ini. Ummi, tolong-tolonglah hulurkan buah fikiran membantu Roliza ini.
p.s.
FG doakan kakcik tenang dan sabar setelah kehilangan ibu beberapa bulan yang lepas.

03 April, 2008

Popia Singapore @ Pai Ti

Apa yang menarik pasal makanan ini adalah... first, ianya ada nama Singapore.. ehem ehem.. Secondly, ia mudah, ringkas dan yang penting .. sedap...Udang kecil (shrimp) atau pun isi ketam lebih mudah didapati di gedung harian...
Hirisan lobak (sebijik mencukupi)
Hirisan timun... (sebijik juga mencukupi)
Kelongsong pie yang dibuat sendiri... entah ada jual ke tidak benda ni..

Sedikit curahan chili sos.. suka hatilah nak guna chili sos apa pun... asalkan cili sos.
Sumbatkan ke semua ramuan tadi ke dalam kelongsong.




Curahkan ajer sos tu dalam 'pai ti' yang dah siap disumbatkan tu... dan ngaplah.