31 March, 2008

Hanya RM30 sahaja...

Pagi itu Sabtu, 29 March 08', kami berkonvoi... berjanji berjumpa di Bukit Tinjau Ampang. Cuma Hairil yang tersasar ke Taman Rimba Ampang. Itu ke Bukit Belacan dik... Akhirnya jam 8.00 pagi, kami bertolak dari sana menuju ke Pansoon, Ulu Langat.... Seperti terasa derusan air sungai yang menyambut kehadiran kami...

Sesampainya di sana, kami lihat ada yang sudahpun mencecahkan diri ke dada air.


Manja... bapa dan anak perempuannya...
Asyik membaca akhbar di atas batu....

Meriah juga kehadiran kami pada hari itu...
Kanak-kanaklah paling seronok apabila berjumpa dengan air.
Group 1 mula menyalakan api BBQ...

Aksi manja
Tak menjadi juga api BBQ ni...
Jambatan usang yang terdapat di situ...

Masakan yang telah disediakan oleh kaum ibu... tabik spring pada mereka!! Salute!! Pukul berapalah mereka tidur semalamnya untuk menyediakan segala juadah hari ini.
Ibu yang bertungkus lumus di dalam persiapan makanan dan penyelenggaraan acara.

Pie Singapore tapi buatan Saujana Utama, Sungai Buloh


Sambal kacang popular dari Sue... Sedap oii..

Ini dia killer cake dari Pn. Norlida. Mengancam !!


Sesiapa nak order cupcakes ini, sila contact FG... (Norlida, 25% hahh..??)


Dari yang bujang...


Serai yang dicari oleh Hairil.. .bagus budak ni.
Tapi ntah mana dia dapat seri muda ni... Hmm..?

Belum menyala lagi nampaknya arang mereka ni...
Kipas amoi tu lembik sangat katanya... FG yang salah beli..
Hahhh !! Akhirnya berjaya jugak BBQ mereka itu !! Tapi sebaris bulu-bulu di tangan Hairil disambar dan dijilat oleh semarak api BBQ. Dah jatuh saham sikit dik.
Sotong antara yang awal habis di atas hidangan...

Kita beralih kepada yang mandi sungai pula...


Terasa nyaman serta damainya bermain serta mengharung air sungai...
Sesekali begini terasa benar kenikmati alam semulajadi ini..

Air sungainya sungguh menyamankan... Kanak-kanak ada yang tidak mahu berganjak untuk naik ke atas sungguhpun dipujuk berkali-kali...
Percutian lepas di mana yang telah dirancangkan oleh kawan-kawan yang kini sudah dianggap saudara berkelah di tepi sungai Pansoon. Sungguh tidak disangka, perkelahan yang dianggap santai itu mendatangkan kegembiraan yang nyata terutama kepada kanak-kanak yang hadir pada hari tersebut.

p.s.
FG ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para suami kakitangan yang ringan tangan serta tidak putus putus memberikan tenaga mereka tanpa segan silu. Kepada Is, Man, Adi, Abg Zaha.. thanks a lot. Juga kepada Hairil, Izat, Mokh, Azrul, Yamin, Erra.. sesungguhnya anda memeriahkan hari itu. Juga kepada kaum wanita, anda sungguh hebat !! Special thanks to you.

24 March, 2008

Automobile Audio Show


Malam Sabtu lepas FG berkesempatan mengunjungi seorang rakan untuk makan malam bersama. Selepas sahaja makan di satu kedai Tom Yam berdekatan, FG terdengar muzik yang berdentum-dentam dengan ramai orang mengelilingi di suatu kawasan dari kawasan berhampiran.




Mendekati kawasan tersebut barulah FG sedari bahawa di situ terdapat deretan kereta yang semuanya membuka boot yang dihiasi dengan audio system yang power !!


Menemubual beberapa empunya kereta tersebut, beliau berkata bahawa ini adalah hobi bagi mereka yang taksub kepada sound kereta yang mampan! Kebanyakan mereka adalah towkey kereta yang mempunyai lebih satu kereta selain dari untuk kegunaan harian.


Sebelum lampu-lampu dibuka...
Sebaik sahaja engine dihidupkan, lampu-lampu serta dentuman bunyi yang sungguh mendebarkan dada berdentum dengan ritma yang pantas...
Mereka berhabis-habisan sehingga 20 hingga 40 ribu ringgit demi untuk mendapatkan aura sound system yang 'feng thou' dari speaker yang canggih.

Manakala si sebelah sana, FG terlihatkan sekumpulan remaja sedang melakukan 'shuffle' mengikut irama dari boot kereta yang malatopz itu.


Akhir sekali, acara penyampaian penghargaan 'The Best Sound' kepada yang berkapasiti dan berfrekuensi tinggi mengikut piawaian dan citarasa mereka yang pakar dalam bidang ini.

/p.s.

Macamana nak naik kereta dengan muzik yang begitu kuat tu..?? FG tak terbayangkan kalau bawak orang tua yang lemah jantung ke dalam kereta kalau muzik tu sudah cukup untuk menggugurkan apa saja yang terlekat di badan...

Mungkin kawan FG, Kudeng Mekanik di Selayang boleh tolong menjawap soalan-soalan ini.


19 March, 2008

Hijau






Bumi yang tiada rimba. Seumpama hamba.
Dia dicemar manusia. Yang jahil ketawa.
Bumi yang tiada udara. Bagai tiada nyawa. Pasti hilang suatu hari.
Tanpa disedari. Bumi tanpa lautan. Akan kehausan.
Pasti lambat laun hilang. Duniaku yang malang.



Dewasa ini kita saling merayakan. Kejayaan yang akhirnya membinasakan. Apalah gunanya kematangan fikiran. Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah.
Ku lihat hijau.
Korupsi...., oppressi...., obsessi diri.
Polussi.... depresi di bumi ku kini...
Oo... anok-anok, Tok leh meghaso mandi laok, bersaing main ghama-ghama....


Ale lo ni tuo omornyo berjoto, kito usoho jauh he daghi malo petako...
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi. Keno make asak hok biso, wehPase maknusio. Seghemo bendo-bendo di dunio. Tok leh tahe. Sapa bilo-bilo.
Semua gambar adalah dari view finder MusAstley'08.

Untukmu








Bagi mereka yang merindui hasil lagu-lagu dari susunan FG... check this out !






17 March, 2008

Indie Group



Lebih tua dari ku harap sabar menunggu
Kepulangan mu ku tunggu
Bukan maksud ku mendiam
Tiada niat menyimpan dendam
Hakikat nya rindu yg mendalam

Jalan inikan membantu
Hari esok siapa yg tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

chorus
Pagi yg gelap kini sudah terang
Aku adik mu
Dan engkau abang
Ku amat merindui kan mu
Pagi yg gelap kini sudah terang

Aku adik mu
Dan engkau abang
Ingin ku ulang kemasa dulu

Tak akan putus
Hubungan kita
Tarik nafas lega kerna aku tak apa apa

Jalan inikan membantu
Hari esok siapa yg tahu
Kata ibu dengar sahaja
Cerita hanya kita berdua

Lagu dari kumpulan Hujan. Pagi yang Gelap.
-----------------------
Selain dari muzik ghetto dan bubblegum, muzik Independent atau dipendekkan menjadi Indie adalah term yang digunakan untuk menyatakan genre, suasana, budaya dan gaya lain dari budaya muzik yang biasanya dikuasai oleh muzik yang komersial dari label rekod yang ternama. Ada juga dinamakan muzik underdog. US sendiri mempunyai beratus indie rock artistes antaranya Ambulance for Angeles, American Analog Set, Architecture in Helsinki, Arctic Monkeys, Casiotone for the Painfully Alone dan pelbagai lagi.

Terpanggil dek rancangan hiburan di kaca television semalam, FG sempat menyaksikan kumpulan Meet Uncle Hussin, Hujan dan Coco perform. Sebagai seorang peminat dan pengikut arus perkembangan muzik tanahair, FG rasakan bahawa muzik mula hendak dirubberstampkan sebagai muzik baru oleh peminat muzik masakini.
Juga lagu 'ITU KAMU' oleh kumpulan Estranged telah dinobatkan sebagai JUARA LAGU pada tahun 2008 yang lepas. Ingat ya. Muzik indie bukan sahaja dari genre rock yang berangkai dari alternatif rock sehingga punck rock; terdapat juga muzik indie pop.
Sebenarnya lagu2 indie telah lama bertapak di negara kita. Cuma mereka tidak dapat tempat di persada muzik Malaysia yang kononya ada 'kelas'nya yang tersendiri. Namun, kala ini ianya merupakan suatu perkembangan muzik yang sihat.
Juga menjauhi dari memuja band boys dari Indon bermula dari Sheila on 7, Dewi, Radja, Nidji, Samsons, Peter Pan, Keris Patih dan Matta. Bermulanya mereka ini juga (Indons) dari kumpulan baskin juga.
---------
Sementara itu, di siaran tv lain pula, terlihatkan Awie dan Amy Search berduet lagu retro mereka, GEMURUH! Yang mana saya rasakan kehebatan mereka JAUH lebih baik dari group indie tadi. Namun, mereka sememangnya OTAI. Tak dapat disangkal lagi kehebatan suara dan performance mereka.
Pesan kepada Indie Group ini adalah teruskan perjuangan muzik anda. Otai2 rock 80an dahulu pun merentasi rintangan yang sukar apabila TV station mensyaratkan supaya mereka berambut pendek. Justeru itu, seingat FG ada segmen upacara di mana Amy Search dipotong rambutnya oleh Menteri Penerangan pada masa itu yakni YB Dato' Mohamad Rahmat (Tok Mat). Kecuali Ramli Sarip kerana berorientasikan beliau adalah 'The Singaporean'. Namun, sehingga hari ini mereka tetap unggul dan siapa dapat melupakan era rock 80an yang ternyata berdiri gah nama mereka terpahat di hati peminat2 muzik kita sehingga hari ini.

12 March, 2008

Pulang dari Colombo





Kawan FG baru saja pulang dari Colombo. Excited sungguh FG mendapat berita bahawa betapa beliau akan berasa seronok ke 'benua gelap' itu. Dalam ke'reluctant'annya kerana terpaksa meninggalkan keluarga, namun demi tugas beliau pergi jugaklah. FG katakan padanya bukan senang nak dapat peluang menjengah ke negara orang.
Dan ini antara poskad yang sempat dibawakan untuk FG. Dan dipaparkan untuk tatapan kalian.
-------------
/p.s.
Teringat pulak FG jugak pernah lama ke 'benua gelap' suatu ketika dulu. Memang banyak reptilia yang dinamakan ular.

11 March, 2008

Diri dan Cabaran

Betapa seronoknya menjadi mereka ini.


Adakah mereka faham erti getir kehidupan yang mencabar ini. Menyorot tentang kesah seorang rakan karibku yang nampak begitu ceria. Tetapi apabila beliau mencurahkan segala kisah dari zaman kanak-kanak sehingga kini, aku begitu kaget dengan ceritera tersebut. Ku tanya pada diriku, kenapa di raut wajahnya tidak pernah ternampak sekalipun secalit garis-garis resah?Ternyata beliau begitu tabah.


Betapanya sesetengah dari kita yang menempuhi zaman kanak-kanak dengan riang. Betapa kita melalui alam remaja dengan indah. Betapa laluan mudah sesetengah dari kita untuk mencapai apa saja yang dihajati.

Namun bagi ada segelintir dari kita terpaksa melalui jalan sukar untuk sampai apa yang mereka ada hari ini. 'Betapa beratnya mata memandang, lebih terasa beratnya bahu yang memikul..." Harus bekerja keras menelan segala yang pahit tadi. The only thing that overcomes hard luck is hard work!


Aku doakan begitu dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan di sepanjang perjalanan hidup beliau.

05 March, 2008

Mari Mengundi





Nurul Izzah pun turut bertanding kali ini...

Marilah mari pergi mengundi
Jangan lupakan kewajipan pada negara..... 3x

Hari Undi akan tiba
Kekalkan demokrasi
Gunakan hak kita yang asasi...

Laguyang dilaung-laungkan setiap kali hari pemilihan penubuhan kerajaan baru akan ditubuhkan. FG tak pandai berpolitik tetapi keseronokan melihatkan deretan posters, banners, buntings, billboards seperti menyambut sebuah perayaan nasional.

Hijrah untuk perubahan. Ada yang melaungkan frasa ini.
Kekalkan Yang Sedia Ada. Motto di kaca2 TV dan dada akhbar.

Antara prinsip yang tertanam kuat dalam fikiran dan "mindset" orang kita ialah bahawa kesolehan ritual lebih unggul berbanding dengan kesolehan sosial. Orang yang beribadah dengan rajin sering dipandang lebih "Muslim" berbanding mereka yang bekerja untuk kemanusiaan, hanya kerana mereka tidak beribadah secara rutin. Agama boleh ditempuh dengan banyak cara, antara lain melalui pengabdian kepada kemanusiaan.

Apa yang kita harus hindari adalah rasa benar diri sendiri. Rasa benar diri sendiri inilah yang paling bahaya.

Apa-apapun, FG ucapkan selamat mengundi pada 8 Mac ini... JEZ DUN CARE n DU THE DUs NOT D DUNs.


Jika ada yang belum pasti anda terdaftar atau tidak, sila rujuk di:

http://daftar.spr.gov.my/daftar.asp