28 January, 2008

Thats What Friends Are For... (Edisi Juadah)

Hari ini puan-puan; kami ingin mengajak anda ke pesta selera yang telah tersaji pada hari tersebut....
Comel macam tukang bawaknya... ahaks !

Khas dari Hanizam... Namanya 'Kek Coklat Sungai Boya'


Penat Anis masak roti jala... bawak kipas.... dan lilin cinta.. ehem...


Dari Khatilah dan dari Elly... (menuju puncak...??)


Ini dibawa oleh Mak Datin jauh-jauh dari Kuantan... ehem...


Ini pula 'buah' tangan dari Kudin


Special dari tuan rumah... peha FG pun cuba dipanggangnya...















Salam to All Of You, Readers!

Gathering DSS telah pun selamat dijalankan pada 26 Januari lalu... Alhamdulillah. Acara berlangsung dengan persiapan awal paginya oleh host, Tuan Syed Mahadi dan isteri, Muzlina.

Seorang demi seorang hadir ke tempat yang ditentukan itu. Elly dengan hidangannya. Khatilah dengan pudingnya. Hilang terasa penatnya kerana kawan-kawan sanggup datang demi untuk menjayakan gathering ini. Cuaca mulai panas dan makanan mulai banyak, ahaks !! Masing-masing datang dengan membawa hidangan untuk dijamukan kepada yang hadir.
Oppss.... Kemudian kami mengambil dua orang mak datin yang baru sampai dari Kuantan di Lebuhraya sebelah tol. Hmmm.. ok Datin ??

Bertanya khabar antara mereka adalah acara yang seronok saya saksikan hari itu. Usik-mengusik dan gelak ketawa sesama sendiri. Yeah, it was fun !

Menyalakan api BBQ dimulakan dari jam 4:30 petang.. Agak susah jugak nak menyalakan api bara arang tu yaa...?? Hehehe (Mahadi, kalau aku rasa kalau kau start jam 7:30 malam... mahu pukul 11.30 malam baru kami dapat makan ikan talapia 'pink' tu..). Host kita dengan gigihnya menjana api dari siang hinggalah ke malam.....

Hanizam datang dengan kek coklat di tangan kiri dan anak kecil di tangan kanan... Wahhh.. semangat sungguh kawan kita sorang ni. Thanks kawan.

Datang pula Kudin dengan buah-buahan seperti dijanjikan. Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa Kudin sedikit berubah dari segi penampilan. Di mata saya, ianya lebih redup dan lebih menyenangkan... But Kudin is still friendly and jovial as usual (hemsem..?? Itu kena tanya mem dia laa haaa..??).

Kami menunggu jua Cik (Puan) Hazniriah... tetapi saya percaya beliau mungkin tidak dapat hadir atas perkara yang tidak dapat dielakkan.

Selepas solat Maghrib dan doa selamat, acara BBQ bermula.

Tayangan Video Slides Memori ITM DSS Cawangan Pahang diputar. Hahaha.... Masing2 tersenyum melihat wajah dan diri masing2 20 tahun dahulu. FG memang dah kembang, no hope lah !! Kudin kata, rambut dia masih banyak masa tu. (Kenapa Kudin? Sekarang rambut dah kurang ke..?? Tak nampak pulak malam tu..).

Overall, terasa terharu atas sambutan kawan-kawan yang hadir malam tu. We have our time together! Itu yang misi nya. Itulah natijahnya. Itulah hasilnya. Maka itulah yang diseru kepada kawan-kawan yang mungkin tidak dapat hadir kali ini. Ada juga yang call dan sms kata tidak dapat hadir. Saya maklum. Ada perkara yang harus diutamakan.

(errr... ada seorang kawan kita yang pergi AUDITION untuk AKADEMI FANTASIA 6...!!! Wow, mentang-mentang AF dah terbuka sehingga limit umur 45, maka dia pun tidak mahu ketinggalan kerana ada lagi sisa-sisa umur yang membolehkan beliau menunjukkan bakat beliau di khalayak ramai. Semasa di ITM pun, beliau memang terkenal sebagai penyanyi yang berbakat... Guess Who..?)

Menurut host, mereka berpuashati dengan kehadiran rakan-rakan. I should express my ultimate gratitude to both of them for their fullest effort to make this happened.

Terima kasih kepada SEMUA yang hadir. Semangat ini yang diperlukan dari semua rakan-rakan lain... InsyaAllah kita akan ketemu lagi.....

(...to be continued...)

25 January, 2008

Akhirnya Kita Di Sini


Salam Sahabat Semua,

Diharapkan agar kita semua telahpun bersedia untuk menunggu hari esok. Garden Party ini dibuat khas untuk semua bekas pelajar DSS yang sama-sama jatuh bangun semasa belajar dulu. FG amat berterima kasih kepada semua kerana telah memberikan komitmen di dalam menghadiri gathering kali ini.

Semoga kita berjumpa esok.

24 January, 2008

Tots Tht Count....





Menyorot kisah semalam di mana FG terbuka hati untuk meraikan secara kecil-kecilan harijadi sahabat yang FG dah lama kenal. Katanya, ramai yang tak ingat harijadinya. Bila time harijadi "orang lain", masing2 akan bertungkus lumus menyediakan masakan, makanan malahan tidak keterlaluan memberikan "orang lain" tersebut hadiah mengikut kemahuan hatinya. FG tersentuh. Prihatain mendengar keluh kesah rakan itu.

Malam itu, FG mengajaknya keluar dan kami meraikan bersama-sama beberapa yang lain. Kumpulan yang kecil, hidangan yang kecil, tetapi semangatnya besar, keraiannya besar. Yang penting, kami enjoy dengan sambutan yang kecil. Alhamdulillah, the thoughts that count !

Dalam persahabatan, benda-benda kecil begini kadang-kadang tidak terlihatkan oleh mata dan tidak tergambarpun di hati kita.

Sedikit ruang kehidupan kita kepada untuk memberikan sedikit kegembiraan kepada orang lain mungkin tidak sebesar mana itu mungkin secara tidak kita disedari bahawa kita telah menghargai nilai hidup seseorang.

Selamat Hari Jadi, babe...!


p.s.
DSS yang glamour... jangan lupa hari Sabtu ini 'GARDEN PARTY' yang dikhaskan kepada kita.

21 January, 2008

Menghitung Hari


Tinggal beberapa hari lagi sahaja untuk DSS Musketeers untuk meneruskan perjuangan yang kali ini terpanggil oleh kekitaan. Email dah pun saya hantar bagi setiap individu bagi menjawapnya bagi pihak host.

Untuk itu, lupakan sebentar karenah kerja dan marilah kita bertukar2 pengalaman setelah kali terakhir pada tahun 2006 kita berjumpa.

Sekian. Wassalam.


14 January, 2008

Wow Thanks...!


FG gembira dengan sambutan yang diberikan oleh kawan-kawan. Hmmm... Tak sangka pulak para sahabat sanggup turun padang, menggembling tenaga sambil meninggalkan suami/isteri demi untuk berkumpul. Alhamdulillah.
Syukur.

Amin... Thanks kerana hang sanggup turun dari Penang.
Ummi... Thanks kerana make the effort untuk call orang-orang Kuantan.
Syed Mahadi/Muzlina ... Thanks kerana menjadi host yang amat prihatin.
Elly ... Thanks kerana sering memberikan buah fikiran walaupun rama-rama sering di dalam perut..
Kudin.. Thanks kerana sudi menyahut seruanku kali ini.. hehehehe
Anis... Thanks kerana being very supportive...
Lynn... Thanks kerana being very understanding and loving.. . hehehehe

Begitu juga dengan Ikin, Hanizam, Khatilah, Zack, Adora, Norlia, Roliza, Rashidah, Shamsiah Saim, Jamalatif, Yazid, Rahman Musney, Mat Trouble, Nik Firdaus, Abang Nik, Rohana Rahman, Rohana Abdullah, Qush...., Norafzanizani, Umi Kalthom Hashim, Alina Aisha dan Zainon...

Have i forgetten any names...?? TAK DA KOT...

Dan.. surprise of the day.... CIK HAZNIRIAH akan hadir ke Gathering kita... Yahoo..!! Berita yang paling gembira yang boleh saya sampaikan kepada anda sekalian. So, yang tak confirm lagi tu... mintak2lah boleh adjust masa tuu...

Ada masa lagi untuk ... tinggal 13 hari...

12 January, 2008

Tinggal 14 Hari...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan, sahabat-sahabat yang saya hargai serta dengan keluarga masing-masing.

Saya amat berterima kasih serta menyanjungi usaha para sahabat kerana sambutan dari semua. Kami (saya beserta Muzlina dan Mahadi) rasa begitu terharu atas kesudian sahabat untuk sama-sama mengorbankan dan mencuri masa emas anda demi untuk bersama sama sesama kita.

Kepada yang telah berkata TAK DAPAT hadir kepada saya.... di sini saya MASIH mengharapkan agar anda dapat bersama-sama kita semua KERANA bagi saya SETIAP individu adalah PENTING kepada persahabatan kita. Setiap anda ada ISTIMEWA nya. Rasanya semua bersetuju dengan saya. Every person is a new door to a different world."

Untuk itu, kurniaan ini janganlah disia-siakan. Bangga melihat kawan-kawan yang telah berjaya. Ingin meninjau apa yang kawan-kawan ingin kongsi. Syukur melihat generasi yang membesar dari anak-anak kalian. Untuk itu, ayuh kita sesekali menghabiskan masa SESAMA kita.

Salam dari saya.

"The best antiques are old friends."

03 January, 2008

Salam 08

Salam ditujukan kepada rakan-rakan yang dirindui...

Menjurus kepada pertemuan yang bakal diadakan pada 26 Januari 2008 (Sabtu) nanti, terimakasih saya ucapkan kepada mereka yang telah sudi menjawap RSVP bagi bersama-sama meng'happening'kan hari tersebut. Pihak penganjur telah bersama-sama memikirkan apa yang terbaik untuk kita semua.

Kepada mereka yang masih belum memberikan jawaban, diharap sangat agar dapat melakukan demikian. Kepada mereka yang agak ragu2 di dalam perkara ini, sekali lagi, bolehlah merujuk dengan mendial ke cellphone saya bagi memperjelaskan keadaan ini.

Mari kita mulakan langkah 2008 dengan niat tulus murni yang terbit dari dalam diri kita. Jangan pandang belakang ! Dahulu perkara ini telah diusulkan oleh rakan-rakan lain, dan saya antara pengikutnya. Untuk kali ini biarlah saya dan Syed Mahadi membuat langkah ini.

Saya amat berharap dapat bertemu rakan2 lain yang jarang bertemu.... Kali terakhir di Janda Baik walau pun sebentar, telah meninggalkan kesan kepada saya untuk sama-sama meraih scenario itu kembali.

Love to meet you guys....


Adik Mus '08