16 December, 2008

Winter!! Winter!! Winter!!

Baru-baru ni seorang rakan karib FG mengirimkan gambar-gambar dari persekitaran rumah beliau di Leeds.

Bestnya snow !!! Salji ... salji... salji....


Kawasan perumahan beliau penuh dengan salji katanya. Dulu, FG semasa kecil selalu minum air batu kepal... masa itu imagine agaknya macam ni rupanya salji kat negara omputeh tu....


Tetapi semasa berkunjung di luar negara suatu ketika dahulu, sempat jugaklah FG bermain dengan salji. Wahh.. banyaklah boleh buat ais kepal... cuma kepalkan ajer.. curahkan air gula merah dan cokelat... seduttt.. .!! slurpppp... Ahaks.

Jika mat-mat dan minah-minah salleh yang kita tengok yang berkunjung ke negara kita, suka sangat sun-bathing konon-kononnya untuk 'tan' kan kulit, kita pulak menjadi kehairan kalau salji turun dari langit...


Maka 24 jam kita akan sentiasa berkelubung dengan winter coat, jacket, thermal undergarment (hehehe...), winter boots, shawl, caps and gloves.. .dan heater kat dalam rumah.

Best... best... best.. !!

Dan, heater di dalam rumah adalah suatu kewajipan. Heater adalah seperti keperluan air-cond di negara panas macam kita. Maka, saya teringat kepada suatu cerita semasa saya bekerja di luar negara. Adalah seorang pegawai ni bernama si Polan bin si Polan. Si Polan ini memang telah menjadi buah mulut rakan-rakan atas perangai tangkai jeringnya. Dan pada suatu malam, beliau membuat party - jamuan makan malam pada musim-musim begini.. winter. Sejuk.. Dan, lebih memeranjatkan beliau tidak hidupkan HEATER rumahnya. Keadaan menjadi bertambah sejuk. Anak-anak kecil yang berusia 7-8 tahun mula bising. Beliau terus bertanya... "Uncle AB, why don't u switch on your heater...??" Lalu beliau menjawab, "...oh depan rumah uncle halamannya besar... why don't u just take 5 minutes break, and do some exercise!! It will warm up your body...".


Berbalik kepada cerita kawan FG yang berada di Leeds ini, beliau seakan-akan rindu untuk pulang ke tanah air. Rindu akan seseorang yang mungkin menanti di sini. Betul kata pepatah, 'hujan salju di negara orang, hujan batu di negara sendiri..." Baik lagi negara sendiri; walaupun limpahan batu yang runtuh dari Bukit Antarabangsa.. Ahaks !

2 Komen Anda::

THULASI said...

It is holiday season!!! HO-HO-HO !!!

shark said...

Tak pernah rasa musim salji ni tapi gi rumah salji kat Genting Highlands pernah laa....kira mcm tu la jugak kot.? Siap tangkap gambar lagi...pas tu main baling2 salji. Ramai sgt org...sape yg lelah mcm nak mati rasanya. Kekurangan oksigen...hehhehe.