Menghantar saudara ke stesen keretapi tempohari membuatkan FG rasa kaget. Selama hidup di Kuala Lumpur ini, tidak terperasan akan keindahanan bangunan agam yang tersergam indah di pusat nadi ibu negara..... Stesen Keretapi Tanah Melayu.


Bangunan bersejarah ini patut dijadikan tumpuan pelancong kerana rasanya tiada ramai pelancong yang hadir untuk memotretkan panorama ini, jika dibandingkan mereka yang berada di KLCC.

FG masih teringat bahawa scene dari filem 'Sayang Anakku Sayang' lakonan Aziz M. Osman (semasa kecilnya) dan keluarga berlakon di tangga keretapi ini.


Di lorong sebelah sini terdapat sebuah mamak bistro yang diupgradekan menjadi sebuah restoran yang nyaman. Namun begitu, ciri-ciri konsep railway station masih terjaga. Cumanya, di kala ini, kita sudah tidak berjumpa mamak yang mengikat teh tariknya dengan tin susu dutch lady, ditebuk di atasnya dan diikat dengan tali untuk pemegangnya. Klasik !!

Jika dipandang dari sudut ini, sememangnya artifaks ini perlu dijaga.

Setelah dikomersialkan maka, railway station ini nampaknya 'mahal' dari segi seninya. Justeru itu, kepentingan 'railings' ini apabila ianya ditransformkan menjadi pengantara kawasan-kawasan di Kuala Lumpur di mana terhasilkan LRT STAR, Putra, ERL, Komuter, Mono-Rel.
Coffee shop 'Kluang Station pun tiba-tiba menjadi terkenal gara-gara mengambil sempena nama stesen keretapi.
2 Komen Anda::
Teringat nostalgia tahun 1988-1990 ketika cuti semester. Di sinilah tempat sy dan kwn2 lepak dan adakalanya tertidur sementara menunggu train ke Penang. Kami terpaksa dtg awal utk adengan merebut tempat duduk dlm ketapi tu. Nasib baiklah kemahiran rebut merebut tempat duduk ni telah dipraktikkan semasa naik bas di ITM Pahang. Tiada masalah...! Jika dari Penang, kami akan sampai di sini kira2 pukul 5 pagi. Kebiasaannya sy terus ke Pekeliling utk mendptkan bas ke Phg. Di situlah... di keheningan subuh, sy bertemu anda di dalam bas setelah sekian lama tak bertemu.
Terima kasih kerana menulis di sini. Saya ingat lagi memori itu. Alangkah sejuknya mandi air telaga kampung anda di Temerloh. Sejukkk...!
Cerita pasal keretapi ni, selalu teringat pasal sebuah keluarga india yang berjiran dengan anda di rumah pekerja stesen keretapi Temerloh tu.... Kenangan silam bro'.
Post a Comment