11 December, 2008

Di Alam Fana Cintamu

Orang kata.... sungguh manis sewaktu bercinta. Segala yang dipandang indah belaka. Tiada yang jelek, tiada yang nista.

"... Kasih ibarat aur dengan tebing. Jatuh engkau, jatuhlah aku...
sehidup semati seperti kata-kata Jack Dawson kepada Rose : You jump, I jump..."

"..Irama dan Lagu tak dapat dipisahkan. Kalau dipisahkan, rosaklah lagu, pincanglah irama... " kata-kata Ramlee kepada Engku Zaleha.

...Serasa dunia milik kita berdua, segalanya tampak indah di mata....


Yang busuk pun nampak wangi..... Apa yang buruk nampak ditampal dan ditempel dengan hipokritnya perasaan. Sebab apa? Hanya kerana aku cinta padamu ....

Namun, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Tatkala cinta dan sayang itu tiba-tiba hilang. Maka teraba-rabalah mencari dahan 'tuk berpaut.



Kedukaan itu melanda acapkali kedahagaan melihatkan orang yang disayang-sayang telah pergi atas alasan yang tidak termampu untuk bertahan.

Malam yang sebelumnya cemerlang, hari ini menjadi kelam. Sekelam pelita penuh berjelaga.


Maka itulah, laluan yang perlu dilalui. Laluan yang telah diperuntukkan; ditentukan di Luh Mahfuz. Setakat itu saja dimahuNyah kita merasa. Setakat itu yang kita terdaya.
Bukan bermakna dunia sudah khiamat. Ia datang tanpa dipinta, maka terimalah.

'Obligations' sebagai manusia tetap perlu diteruskan. Mahu ataupun tidak mahu.

Kenangilah setiap detik manis yang pernah kita lalui semasa bersama keindahan itu.
Usah buang yang pahit, kerana selalunya yang pahit itu ubat.

Rahsia Tuhan tiada siapa dapat menyangka.... Setiap kedukaan datang, satu khifarah buat kita.

2 Komen Anda::

Guru Besar Pencen said...

Emmm...sape Azalea? Penyanyi baru ke? Melayu? Cina? India? Indon? Nak katakan Sara Loo bukan..Tracy Huang jauh sekali..Gigi Villa mustahil..Kencana Devi? Tapi suara dan cara Azalea nyanyi lagu ni lebih sedap drpd penyanyi asal. Suara "ngada2" Azalea menjadi. Suka pulak dengar lagu ni.

Mus_Astley said...

Halo Guru Besar Pencen... Ini Mulyadi Marjohar ke..?? Ekekekeke...

Anyway... Azalea ni adalah seorang sessionist. Biasanya bila kita sebut pasal sessionist nih, kita akan terbayang Man Kidal, Hillary Ang and so forth. Tetapi vocal pun ada sessionist juga kerana suara juga adalah salah satu instrumen di dalam lagu. On the other hand, sebelum penyanyi lagu ini menyanyikan sesebuah lagu (macam Anuar Zain dalam Keabadian Cinta for instance) ini, Azalea akan masuk studio untuk lenggokkan lagu ini; sort of buat FRAME untuk lagu ini. Then, it is much easier for Anuar Zain, contohnya; untuk mengindahkan lagi lagu itu.

Tetapi, bagi pendapat FG, Azalea sings better than the numbers recorded by those singers.