26 December, 2007

Class of 88'

Salam....

Akhirnya saya telahpun mendapatkan satu rumusan hasil dari perbincangan dengan kawan-kawan yang bersedia menggembling tenaga demi keakraban semangat setiakawan semua.

After 20 years of graduati0n, what's next...?

Jom kita sama memeriahkan Hari Santai BBQ DSS Class of 88 pada:

Tarikh : 26 Januari 2008 (Sabtu)
Venue: No. 310, Jalan Permata 6
Taman Permata, 53300 Kuala Lumpur
Waktu : 3.00 petang hinga ke malam....

Beberapa agenda telah disusun bagi rakan-rakan dan marilah kita sama-sama menjayakan hari santai ini. Kepada mereka semua tak kira di mana anda berada, silalah meluangkan masa ke majlis untuk kita-kita ini. Kekadang bila dapat berkumpul sesama kita, terasa 'MUDA KEMBALI'.

Itulah terapinya. Our friendship remains forever.

Kepada mereka yang gagal dihubungi, harap dipanjang-panjangkanlah utusan jemputan ini agar dapat bersama-sama memelihara ukhwah sesama kita.



Harap dapat berjumpa semua di hari tersebut dan ikatan persahabatan sesama kita dapat disegarkan kembali dengan pertemuan ini.

Salam dari Adik Mus.

13 December, 2007

He Calls When I'm Sober



Thank you. Rajuknya tidak panjang.
Thank you. Gurauannya masih sama.
Thank you. Remain as it is....

07 December, 2007

Santai




Sarapan pagi tadi... Nasi Lemak.. dengan pelbagai lauk di pejabat FG.

Hmmm.. dah ngantuk dah ni...

Alhamdulillah. Kawan-kawan DSS memberikan respons yang sungguh menggalakkan. Untuk itu, satu prep-discussion akan diadakan dalam jangkawaktu terdekat bagi drafting kad jemputan serta agenda. Harap2 rakan-rakan DSS dapat sampaikan dari mulut ke mulut (CPR..??) tentang pertemuan ini.


Email dari kaum Le Femme akan diambilkira. Thanks kepada link BUDIMAN yang promote acara ini. Konsep: Santai with FG and Frenz...

Salam Qaseh.


Adik Mus

05 December, 2007

Re-United




Spaghetti masakan saya yang menjadi kegemaran Ummi.. hehehe.. sabarlah Ummi yaa..?

Kepada rakan-rakan DSS 85 - 88... Sila berikan ID serta pengenalan diri anda kepada Pengerusi, Tuan Syed Mahadi atau kepada saya untuk pengesahan keujudan anda.

Cetusan ini berikutan dari pertemuan kami di Melawati pada malam 27 November yang lepas. Syed Mahadi dan saya serta yang lain telahpun bersetuju untuk memper'highlight'kan keakraban DSS yang bermula dari sini. Sebenarnya kami telah merancangkan dari November 2006 lagi (betul tak Mahadi...??). Tetapi disebabkan urusan kesibukan masing-masing, makanya ia tertunda dan saya tidak mampu menunggu lebih lama lagi.

Antara yang boleh dibincangkan:

i. Di mana boleh kita mencari hilangnya yang lain seperti Yazid Mustaffa, Qush Arnaz Sherari, Rahman Musney (Rahman DPA) dan lain-lain.

ii. Lawatan ke UiTM Jengka. (mungkin Rashidah boleh membantu di dalam perkara ini)

....dan lain-lain cadangan jika dirasakan perlu.


Salam Setiakawan.




ps...

Kepada rakan-rakan readers yang lain... ini adalah sahabat2 saya semasa di itm dahulu. So, permisi laluan kepada aturcara ini sebentar ya...




Thanks. Salam.