23 August, 2007

Ne Me Quitte Pas


Ne Me Quitte Pas

Ne me quitte pas
Il faut oublier Tout peut s'oublier Qui s'enfuit déjà
Oublier le temps Des malentendus
Et le temps perdu A savoir comment Oublier ces heures
Qui tuaient parfois A coups de pourquoi
Le coeur du bonheur

Ne me quitte pas Ne me quitte pas
Ne me quitte pas Ne me quitte pas

Moi je t'offrirai Des perles de pluie
Venues de pays Oþ il ne pleut pas
Je creuserai la terre Jusqu'après ma mort
Pour couvrir ton corps D'or et de lumière

Je ferai un domaineOþ l'amour sera roi
Oþ l'amour sera loiOþ tu seras reine

Ne me quitte pas Ne me quitte pas
Ne me quitte pas Ne me quitte pas
Ne me quitte pas

Je t'inventerai Des mots insensés
Que tu comprendrasJe te parlerai
De ces amants-làQui ont vu deux fois
Leurs coeurs s'embraser Je te raconterai
L'histoire de ce roi Mort de n'avoir pas
Pu te rencontrerNe me quitte pas
Ne me quitte pas Ne me quitte pas Ne me quitte pas

On a vu souventRejaillir le feuDe l'ancien volcan
Qu'on croyait trop vieuxIl est para¡til
Des terres bruléesDonnant plus de blé
Qu'un meilleur avril Et quand vient le soir
Pour qu'un ciel flamboie
Le rouge et le noir Ne s'épousent-ils pas

Ne me quitte pas Ne me quitte pas Ne me quitte pas
Ne me quitte pas Ne me quitte pas

Je ne vais plus pleurer
Je ne vais plus parler Je me cacherai là
A te regarder Danser et sourire Et à t'écouter
Chanter et puis rireLaisse-moi devenir
L'ombre de ton ombreL'ombre de ta mainL'ombre de ton chien

Ne me quitte pas Ne me quitte pas
Ne me quitte pas Ne me quitte pas...

20 August, 2007

Orang Yang Mencintai Kamu...



Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan di matanya hanya ada kamu satu-satunya.
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu hidup bahagia dan kamu tetap dicintainya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang terbaik walaupun mungkin kamu merasa apa lebihnya aku?

Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari, sepanjang minggu dan ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti 'selamat pagi', 'selamat Berhari Minggu', 'Take Care', "Good Night' dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas smsnya, kerana dengan kiriman sms itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan 'aku CINTA padamu', tetapi berselindung ayat selain dari kata cinta itu.

Jika kamu menyambut ulang tahun dan kamu tidak mengundangkan ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirimkan sms.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya. Kerana saat itulah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu itu di dalam hatinya. Pasti kau lupa, tetapi bukan dia orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari apa yang kamu gemari. Menyukai lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin mendengar lagu-lagu kegemaran kamu - kesukaan kamu adalah kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

Jika kalau terakhir kalian bertemu, mungkin kamu sedang selsema, demam, dia akan sentiasa mengirim sms atau telefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu - walaupun kadang-kadang kamu menjadi rimas.

Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kurus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kami itu adalah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya dengan kamu.
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu, dia akan mintak maaf dan tidak akan melakukannya lagi....

-------------

Luv u always...

10 August, 2007

Gerai Asam Pedas

Diperkenalkan oleh seorang kawan... sebuah gerai yang menjual lauk asam pedas di Taman Dagang, berdekatan dengan Taman Cahaya. Hmmm... Lauk2nya hanya asam pedas dengan pelbagai pilihan ikan ikut citarasa sendiri. Tenggiri, Jenahak, Kembong, Pari... dan yang paling special Asam Pedas Daging Cincang campur Tetel...




Pandangan hadapan dari gerai tersebut. Terdapat kawasan perumahan yang cantik.


Tengah tunggu makanan sampai... Mana ni tak sampai-sampai lagi...??
....to be continued...

09 August, 2007

Group Teenagers

Belakang dari kiri: Syed Sham Syed Jaafar, FG
Depan dari kiri: Khatilah Abdullah, Haliza Alang Ahmad, Roliza Bidin
Inilah gambar semasa kami di Pre-Dip DSS tahun 1986. Gambar diambil semasa kami selesai membuat persembahan drama bertajuk FIFI. Group kami dinamakan 'Teenagers'. Yelah, masa tu semua teenagers lagi. Hmmm... Best jugak drama tu, arahan dan skrip aku dan Syed Sham. Hensemnya jugak aku dulu-dulu ya..?

07 August, 2007

Perbezaan Zaman

Aku dan sahabat baik ku, Z... diambil pada tahun 1986.

Haha... Itu adalah kami pada tahun 2006 setelah 20 tahun dari gambar di atas. Muka dah berubah, tubuh badan pun dah turut berkembang.. hehehe..


Betapa pun masa beredar, aku dan Z masih tidak putus hubungan. Dia masih mengingati aku sebagai sahabatnya (penglipur lara, katanya). Dan aku masih mengingatinya sebagai teman bahu untuk menangis (a shoulder to cry on). Terima kasih Z.

03 August, 2007

Klasik Nasional



Mula-mula ianya dikenali sebagai R.I.M.A memberi maksud Radio Irama Melayu Asli. Masa ianya mula diperkenalkan kepada aku oleh seorang kawan; aku hanya menyangkakan bahawa stesen baru terbitan RTM ini hanya akan bertahan buat seketika dan pendengarnya hanya sekelumit berbanding dengan sebuah stesen swasta yang mana DJ nya berkaliber, yang ada degree, popular, glamour dan yang paling penting lebih muda dari DJ stesen radio ini.

Semasa percubaan radio RIMA dengan 12 jam ke udara pada awalnya; tiba-tiba sahaja kita disuakan oleh DJ2 glamour dengan terpaculnya stesen bernama SINAR.fm; sub kepada radio yang glamour tadi. Aku juga berkesempatan berjumpa seorang dua dari DJ Sinar.fm ini. Katanya, mereka lebih percaya kepada populariti dari kualiti dan itulah akan menaikkan rating pendengar di radio mereka. Mereka hanya akan memainkan lagu-lagu RETRO yang popular sahaja. Tambahan pula mereka beroperasi selama 24 jam sehari. Lagu2nya? Dari era 80an sehinggalah ke zaman Siti Nurhaliza. Lagu-lagu Siti Nurhaliza layak ke dipanggil retro ? Tetapi hatiku berdetik, habislah RIMA. Pencabarnya terlalu hebat.

Sedikit demi sedikit, RIMA telah bertukar corak. Dari RIMA mereka menukar nama kepada KLASIK NASIONAL. Semasa pelancaran dan perasmian radio ini di RTM awal tahun 2007 tempohari, penyanyi kelahiran RTM sahaja sudah cukup untuk mengoptimakan prestij rancangan itu. Apatah lagi dengan hadirnya penyanyi2 senior yang mengangkat-taraf stesen yang berkonsepkan nostalgia ini.

SINAR.fm? Masih lagi hanyut dengan keglamourannya. Tetapi makin hari makin banyak iklan dari product yang menyesponsor. Komersial katanya. Kita makin kurang dengar lagu, kita lebih kerap dengar jingles.

Encik Chuari Selamat. Sebuah nama yang besar di RTM. Selaku ketua penyiaran, beliau dengan gigihnya mentransform ke semua format LPs/EPs kepada format Digital; lalu diconvertkan ke semuanya ke dalam sistem NEMESIS. Maka, pada hari ini kita akan dapat dengar lagu-lagu lama dari era 40an sehinggalah ke penyanyi 80an.

Berbicara dengan Abby Fana semusim yang lepas, beliau ada menyatakan bahawa terdapat banyak peraturan di SINAR yang harus dipatuhi yang tidak membolehkan kredibiliti beliau digunakan kepada bidang penyiaran ini secara bebas. Manakala di KLASIK NASIONAL pula, mereka mempunyai ultimate collection yang begitu banyak.

Hasil dari itu, survey terbaharu yang rakan FG dapati dari AC Nielsen (Nielsen Media Research) adalah KLASIK NASIONAL telah mendapat rating ke-dua tertinggi selepas radio ERA. Hmmm... aku tersenyum bangga. Agak sukar bagi sebuah radio berkonsepkan retro mendapat tempat yang tinggi. Andaianku adalah kerana terdapat banyaknya suri rumah dan juga otai-otai yang lebih selesa memilih dan mendengar kepada stesen yang lebih dekat di hati mereka. Terkenang zaman muda mungkin. Akhirnya terbukti bahawa KLASIK NASIONAL bisa mengatasi SINAR.FM.

Syabas KLASIK NASIONAL, Syabas RTM !

02 August, 2007

Protestation

Salam.
Kepada rakan-rakan yang lama FG tidak hubungi, di sini FG mengambil kesempatan untuk bertanya khabar kepada anda sekalian dan keluarga. Dengan terbacanya artikel ini, harap dapat sebar-sebarkanlah kepada taulan yang lain agar mereka update dengan perkembangan diri FG.

Ada orang kata aku macam biskut chipsmore "Kejap ada kejap takda...."
Ada orang lain pulak kata, aku macam ASTRO...."macam-macammm adaaa..."
Tapi aku kata, diriku macam L'oreal..."kerana diriku lebih berharga..."

01 August, 2007

Peninggalan