31 July, 2007

An Ocean of Discovery

These pictures speak for themselves....








Kawan-kawan sekalian. FG berkesempatan untuk melawat ke satu dunia aqua yang menjadi kebanggaan negara. Mana lagi kalau bukan di Aquaria berdekatan KLCC. FG dapati ianya lebih cantik dan menarik dari Underwater World di Sentosa Island, Singapore.
Gambar-gambar di bawah didapati di kedai cenderahati yang terdapat di situ.



Teruja dan mengkagumkan. Tidak terungkap dengan kata-kata apabila FG dan kawan-kawan mengelilingi dunia aquaria itu. Bagi kawan-kawan yang masih belum ke sini, dialu-alukan datang membawa keluarga atau yang tersayang. ... dan kalau teringin nak lihat gambar-gambar yang selainnya maka dengan terbukanya bolehlah menghubungi FG.

30 July, 2007

Hitam Putih Kehidupan




"...Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan, pohon-pohon kehijaun
Hembusan bayu yang menyegarkan
Dengarkan di sana sini
Beburung riang menyanyi
Bebunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Ku syukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau ikutkan hati diri menjadi korban
Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapilah dengan tenang tiap cabaran yang datang
Atasi dengan keimanan...
Sekadar buat renungan untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan sendiri yang menentukan
Hidup ini usah persiakan....

26 July, 2007

An Outlook

A View from a window... day-to-day observation.
".... Hari tu...."

"....Hari ini... Eh, dah ada extension ..??"

25 July, 2007

Amaran Kepada Penulis Blog

(Gambar hiasan: Mus Astley Production '07)

Sedang aku beratur menunggu gilirian di stesen minyak Shell lebih kurang jam 7.05 pagi tadi, mata aku terpampan kepada tajuk akhbar Berita Harian bertajuk "Amaran Kepada Penulis Blog". Hmmm... apa yang hendak diberitahu melalui headline hari ini ya? Akukah? Kawan-kawan BUDIMAN kah...?? Mustahil....

Sesampainya di pejabat, aku mencapai akhbar untuk membaca berita detailnya. Ohh, mengenai akta hasutan dan mereka yang membangkitkan isu berbau perkauman atau menghina agama. Jauh dari tema CINTA VIEW FINDER yang tidak hanya sehujung hama tersentuh. Ramli Sarip pernah berkata: "Aku menulis Bukan Kerna Namaa.....Kerna sifat kasih pada sesama insan. Dan menyatakan kasih sayangku....".

24 July, 2007

Colourful Historical Malacca

Mencari kelainan dari blog sahabat FG yang berada di ruang maya yang lagi satu, aku cuba mencari scope berbeza agar kawan-kawan tidak tersasar dari tema blog ini. Walau bagaimanapun, paparan kali ini adalah untuk mereka yang cintakan keunikan, kecantikan, keaslian sesuatu pemandangan yang aku kagumi. Jom kita jalan-jalan....





" ...Selepas hujan di hadapan sebuah kedai di laluan Jonker's Street, Banda Hilir, Melaka..."

"Seperti the famous clog in Amsterdam, kita juga ada terompah yang berwarna-warni"

"... dan payung juga berwarna-warni...."

"Zohor di Masjid Tengkera... or Tranquera in Portuguese..."



"Fuhh.. penat. Makan roti canai dengan kuah asam pedas ikan duri sambil minum aiskrim soda dan sarsaparilla... hehehe.... Very classic...."

20 July, 2007

Premonition


19 July, 2007

Pengabdian Seorang Pencinta Seni

Perjalanan seni seseorang anak seni itu memang unik. Anak seni itu sendiri memang unik. Uniknya anak seni itu kerana mereka itu berbakat, menyimpan perasaan yang halus (kerana seni itu ertinya halus), seorang yang perasa dan mudah terasa; dan yang lebih penting apa yang mereka pandang adalah berbeza dari kacamata orang biasa.

Abang K. Seorang journalist, columnist bahagian hiburan di dalam akhbar Berita Harian. Kemudian beliau membuat part-time editor di dalam akhbar Harian Metro. Aku kenali beliau enam tahun dahulu daripada website Hamlau Inc. di mana mendapati komen-komen aku banyak terdapat persamaan dengan nadi beliau dari segi sayembara lagu-lagu melayu lama hingga kini.

Dari situ, aku mula berkawan rapat dengan beliau. Aku dapati beliau sungguh baik dan sungguh informatif. Kami mula bertukar2 informasi dan lagu. Teknik pengasingan lagu dan hissing dari LPs, sound editing dan banyak lagi musyuarah lagu yang kami bincangkan. Projek demi projek kami jalani bersama sehingga mendapat perhatian dari pihak EMI, WARNER, BMG dan terdapat beberapa koleksi hasil daripada perbincangan kami berdua.

Satu hari beliau terlantar akibat penyakit 'shingles skin disease disorder'. Dan keadaan beliau semakin hari semakin tenat. Aku sering juga berkunjung ke rumah beliau dan juga berhubungan telefon. Mendengar suara beliau memang aku tahu beliau sedang sangat gering, sedang lemah. Tetapi sebaik sahaja mendengar suaraku, beliau akan mula CUBA bercerita pasal projek perbincangan lagu. Unik bukan? Dan gagahnya beliau membuatkan aku rasa malu. Bagaimana pula keadaan aku yang sihat ini tidak seutuh untuk terus bercerita tentang hal yang sama. Sedangkan dia pula semakin lemah.
Hingga ke satu hari beliau sudah sampai ke tahap TIDAK mampu untuk bercakap. Hanya mata sahaja berkedip. Kedatanganku bertujuan tidak lain hanya menyampaikan rasa simpati dan rasa persaudaraan kepadanya dan keluarga. Dan hari Ahad itu aku terlihat di salah satu slot di dalam rancangan MELODI, Abang K terlantar di hospital dikunjungi oleh penyanyi2 seperti Mawi, Rohana Jalil, Jaafar Onn, Syura, Lidyawati, Azean Irdawaty, Nazery Raihan. Mereka membacakan doa selamat dan surah yassin padanya. Mataku bergenang. Hendak aku capai telefon, aku tahu nak cakap apa, pada siapa. Terus aku mengajak kawanku, Z.. capai kunci kereta, bergegas untuk ke hospital untuk melawat beliau.

Sepi..... abang K dan ulasan musiknya sunyi selama dua bulan.

Dan pada dua minggu lepas beliau menelefon aku. "Mus, abang K dah keluar hospital ni... Dah sihat dah. So, bila nak datang rumah abang untuk mendengar collection abang ...?". Aku tersentuh. Ohhhhh... Syukur ku panjatkan ke hadrat Illahi kerana orang yang aku hormati ini telah sembuh. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Anak-anak beliau telah tidak lagi sugul seperti sebelumnya. Beliau masih menulis artikel di dalam pojok dari rumah dan perkongsian idea serta perbincangan nota lagu itu sungguh bererti. Syukur ke hadrat Allah.

18 July, 2007

Masih Ingat Tak Lagi....

K A W A N

Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah-ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan, minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela. Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala Cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya.
Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala?
Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain. Jika kita memang benar-benar ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menhargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana. Ikhlasnya persahabatan tidak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tidak berbelah bagi.

Jangan hanya setakat tahu berkata kata bila berkawan, kerana kata kata takkan bermakna jika dibiarkan kata kata itu begitu sahaja. Tanya hati dan diri masing masing, adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja.
Wallahualam bissawab.

17 July, 2007

Taksub II


Ini berhubungkait dengan cerita Kegemaran yang Taksub yang pernah aku ceritakan dahulu.

Lihatlah sendiri.... Jangan terperanjat jika anda melihatnya SEMUA.
Sekian.

16 July, 2007

Aku punya....


Kadang-kadang kita ni tamak, taksub, dengki, haloba. Kita sangka apa yang kita punya adalah kita punya. Macam suara-suara kecil dari bebudak kecil yang bermain-main sesama mereka di waktu petang. "Eh eh, yang itu kita punya... awak tak boleh ambik...!!!", terdengar selalu suara mereka bertelingkah.

Di hari ini, perasaan ini masih juga membelenggu diri kita yang dewasa ini. Bila kita kata itu kita punya, kita akan pertahankan hak dan penguasaan kita terhadap sesuatu benda itu. Iyalah, siapa yang nak melepaskan sesuatu yang baginya berharga, berguna, hanya ada satu dalam seribu, yang kita suka, yang kita sayang, yang kita amat takut kehilangannya. Jangan cuba sesiapa merampas hakmilik yang telah sekian lama aku miliki. Share...?? Jangan harap. Siapa kau nak share dengan aku...?? Adakah ini Self-centred?? Jawapannya IYA. Bagaimanapun, sesiapapun sahaja akan rasa begitu. Bukan aku dan bukan kau sahaja.

Sebenarnya kita terlalu memikirkan diri kita sendiri. Hakikatnya tidak ada yang kekal di dunia ini. Aku rasa itulah percaturan hidup. Kita meratapi apa yang sesuatu yang hilang; bayangan perasaan itu adalah fenomena dari kecil kerana ianya akan sentiasa berulang-ulang sehingga kita dewasa. Tiada yang kekal. Redha atas muhasabbah diri adalah yang sebaiknya. Dan cari jalan yang terbaik bagi menyelesaikan segala kekusutan dan mencari sinar bagi jalan yang kelam. Semuanya ketentuan Allah s.w.t. .... InsyaAllah, kita pohon yang baik akan dapat yang baik.

13 July, 2007

Kembara








Beberapa destinasi indah patut diterokai di dalam negara. Masih belum puas rasanya menyelusuri jalan-jalan di bumi bertuah kita ini. Kembara kita masih panjang....

12 July, 2007

Kosong

emp·ty : containing nothing.
Mathematics Having no elements or members; null: an empty set.
Having no occupants or inhabitants; vacant: an empty chair; empty soul.
Lacking force or power: an empty threat.
Lacking purpose or substance; meaningless: an empty life.

10 July, 2007

Hilang...????

Tiba-tiba Hilang...? Shock. Tense. Sedih. Tiba-tiba hilang; Geram. Sedih. Sakit Hati. Terkilan. Tiba-Tiba Hilang. Kenapa, Mengapa, Apa, Ke mana...? Tiba-tiba Hilang. Friendship. Laughter. Tease. Makan. Tiba-tiba Hilang. Berselisih pendapat. Ayam dan Itik. Bertekak. Diam. Tiba-tiba Hilang. Baik. Prihatin. Usik-mengusik. Tiba-tiba Hilang. Rindu. Simpati. Redha. Apa-apa pun ia tidak hilang dari benak dan dari ramai orang yang prihatin. All the Best dan Redha.

06 July, 2007

Khutub Khanah


Adakah kita seperti buku-buku di rak khutub khanah...? Diambil hanya diperlukan? Rela atau tidak menjadi seperti itu adalah bergantung kepada kita sendiri. Buku-buku tersebut tetap akan menunggu untuk digunakan; sehingga ianya punah.

02 July, 2007

Nyaman II



FG dapat tahu yang kawan-kawan tertanya-tanya tentang perkembangan diri FG. Err.... Pertama-tamanya FG nak lontarkan ribuan terima kasih kepada anda yang bertanya. Juga kepada mereka yang prihatin kepada FG, disanjung budi baik serta ingatan kalian kepadaku. Mungkin FG ada kelihatan sedikit dingin di langit sebelah sini, tetapi ini tidak bermakna persahabatan kita turut terheret dingin. Dan tidaklah juga pergi *'bersuluk*' bak kata Rozain. Cuma buat masa sekarang masa tidak mengizinkan untuk FG menyertai aktiviti-aktiviti kalian. Mungkin selepas-selepas ini, insyaAllah. Kepada SK, Niazor, Pablo, ZM, Power, Kida, Nizam Slmber, Bilal, Kudeng, Ummi, Kudin Mekanik, Mat Dwan, Amir dan Fezah di Michigan, Jun, Shema, Hashim serta yang lain-lain yang FG tak tersebutkan di sini, ku abadikan nukilan rindu buat kalian. FG masih lagi FG.... Miss u guys....!

Gambar di atas FG ambik bagi memberikan pengertian kepada kawan-kawan semua. Luv u always.


*bersuluk - belajar mengaji di pondok. (betul ke Rozain...?)