29 June, 2007

Nyaman



Sesekali bernafas di udara yang nyaman amat melegakan.....

28 June, 2007

Siblings....






Gambar-gambar ini diambil semasa mereka datang ke mari, aku bawa mereka berkunjung ke Bukit Tinggi, Pahang. Hmm... actually those are my grandchildren..(??). Cerita selanjutnya akan diberitakan kemudian.
Banyak tempat2 menarik yang kami lawati untuk tatapi anda sekalian, tetapi FG agak sibuk dengan perkara-perkara lain, jadi diharapkan kawan-kawan dapat bersabar dan bergembira di hujung minggu ini.
Adios.

25 June, 2007

Sekadar Peribahasa




Jika diri tak berani dipukul badai
Jangan cuba berumah di tepian pantai
Terbang enggang bersama enggang
Pipit tetap ke tepi juga
Begitu lazimnya hidup di dunia

Lain hulu maka lain pula parangnya
Lain dulu kini lain pula hatinya
Sang kerbau dipegang pada talinya
Manusia pada janjinya
Sayangnya itu sekadar peribahasa

Niat dalam hati gunung nak didaki
Bak kaca berkecai hasrat ku tak sampai
Bersama kita berperahu di lautan bergelombang
Karam berdua yang lemas ku sorang

Kata orang bila ada gading bertuah
Tentu tanduk tidak lagi ada gunanya
Harap panas hingga ke petang
Sayang hujan di tengahari
Apakah mungkin yang patah kan tumbuh lagi....
-----
Amacam...??
- FG '67

21 June, 2007

Selamat Hari Bapa...


Agak tidak terlewat untuk FG mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa yang FG kenali; Kepada kawan-kawan FG yang telah bergelar bapa; kepada mereka yang mengambil anak angkat dan mengabadikan hidup mereka sebagai bapa; segala yang boleh dianggap bapa di dalam dunia ini.

Kepada mereka yang bergelar bapa, tentu seronok mendapat kad atau ucapan dari anak-anak yang sudah mengerti erti kasih sayang dari seorang bapa.

Apa-apapun, SELAMAT HARI BAPA diucapkan kepada semua BAPA-BAPA !


20 June, 2007

"....aku terima Nikahnya....."








Menghadiri beberapa upacara perkahwinan atas urusan kerja atau jemputan adalah tidak sama. Jemputan adalah dari kenalan rapat atau saudara-mara. Bertitik tolak dari sini kita dapat lihat betapa bahagianya sepasang merpati bak pinang dibelah dua.... kata orang!

Berbalik kepada persoalan cinta. Perkahwinan adakah akhirnya sebuah cinta? Atau, di hati masing-masing tersimpan cinta yang terpendam mengakui hakikat bahawa cinta lama mereka adalah bukan jodoh mereka. Cinta tak semestinya bersatu, katanya. Ini semua bukan kerja kita, kawan, ini kerja Tuhan... Beberapa orang kawan yang telahpun berkahwin datang kepadaku untuk bercerita. Wah, dasyhat sungguh cerita mereka. Aku terkejut. Kaget. Masam muka, hempas pintu, tak balik rumah.... fuishh, bolehkah pasangan pengantin gambar di atas hadapi tatkala perkara benda-benda ini terjadi? Walhal, tujuh tahun lalu, kawanku tadi terabadi kenangan di atas pelamin yang sama adatnya, amat menyemarakkan perasaan cinta masing-masing.

Aku cuma simpan bagaikan sebuah ensaiklopedia cinta yang aku ingin abadikan di dalam khazanah benak ku ini.

Di dalam keseronokan aku membantu rakanku membuat 'wedding planning', sempat juga aku menemubual pasangan pengantin yang selalu mengharapkan perkahwinan mereka akan berkekalan sehingga ke anak cucu. Dugaan dan cabaran berumahtangga itu ADATLAH, kata mereka. Hmmm.... Merujuk kepada pasangan yang menjejaki tangga pelamin ... dengan kawanku yang sudah berkahwin dalam tempoh 7 tahun tadi, amat ketara perhubungan mereka. Cinta...? Terlalu kompleks bila dibicarakan pasal cinta. Apabila permasalahan kehendak, keperluan, keluarga dan rintangan datang bertubi-tubi.

Aku cuma doakan kawan-kawan aku menempoh alam kebahagiaan sepenuhnya. Kerana hidup ini singkat, jangan singkatkan lagi. Kebahagiaan adalah hakmilik semua.

Note:
Sesiapa yang ingin berkahwin, atau ingin menempah apa-apa event untuk perkahwinan, anniversary, parti, dinner silalah melawat website kawan FG ini. Mungkin anda berminat. (Faslie, hem tolong promote ni... uols kena belanja makan ni tauu..). http://www.lainadtouch.com/


12 June, 2007

Merawat Luka Terpendam

Aku baru sahaja mempunyai album baru Liza Hanim bertajuk Imagin. Aku suka dengan vokal wanita ini. Dalam rentetan karier beliau, runut bunyi (soundtrack) biasanya nanyiannya akan menjadi popular dan menaikkan filem/drama yang memainkan lagu tersebut. Dari KL Menjerit (Gelisah Mimpi) sehinggalah kepada lagu ini dipetik dari Drama Bersiri Natasha. Sesiapa yang tahu lagi ini, capaikan mikrofon dan nyanyikanlah bersama saya. Amat puitis kata-kata semangat yang cuba dinaikkan semasa kejatuhan hasrat.


Merawat Luka Terpendam
_____________________
Ku rawat luka yang terpendam...
Kesannya masih berdarah
Hendak ku tangiskan tiada pedih
Yang telah terjadi padaku
Pasrah aku terima

* Kau hujankan penghinaan
Aku renjis kesabaran
Aku curah pertanyaan
Adakah.... bahagia.... nanti akan menyingkir hiba

Dalam ribut ada hina
Dalam tenang ada sabar
Dalam tangis sendirian
Berkemungkinankah.....bahagia
nanti akan menyusur tiba

Bukan ku mengundang bencana
Juga tak ku menabur dosa
Tak dapat dinafi kebetulan
Dugaan menimpa diriku
Rela aku terima....

Lagu : Azmeer
Lirik : Azmeer
Penerbit : Sharon Paul
Keluaran : Life Records 2007






08 June, 2007

Tiara Beach


Bercuti ke sana bersama keluarga tempohari amat menarik aku kepada tempat ini. Selain dari ingin mempromosikan tempat ini *hehehe* aku juga agak termangu melihatkan keindahan hotel dan juga tempat riadahnya.
Swimming poolnya yang 'gigantic' itu amat cantik dan unggul. Susah nak cerita. Anda pergilah ke Port Dickson dan carilah tempat yang cantik ini (selama ianya masih cantik sebelum kehadiran tempat yang lebih menarik)...

07 June, 2007

Jalan Johor Bharu tertutup...


Aku cuba melalui lorong-lorong yang aku pernah dan selalu lalui di situ. Entah kenapa hari itu aku tidak nampak jalannya. Aku cuba bersuluh, tetapi masih kelam di situ. Selama satu minggu aku mencari-cari di mana jalannya. Ahh.. biarkanlah dahulu. Mungkin mata aku kelabu.

Tetapi hari ini, aku baru dapat tahu. Jalan-jalan di Johor Bharu tertutup sementara waktu. Signal tidak ku dapati makanya membuatkan aku tertanya-tanya. Aku yakin hari ini bahawa aku boleh nampak jalan itu dan terus boleh berjalan.....

04 June, 2007

National Anthem

Gambar ini diambil di dalam negara.....
(Gambar ehsan dari NAO)
Tanah airkuuuuu....

Semangat patriotik ini harus disedarkan dari mana2 darah mengalir.
Mulanya aku dengan lagu.... "Mari kita rakyat Singapura, sama-sama menuju, bahagia. Cita-cita kita yang mulia....". Mereka tukar national anthem kepada "Singapura oh Singapura... negara yang ku cintai....". Hmmm.. agak selesa dengan lagu ini.

Eh eh.. Tukar lagi kepada lagu "Negara kuuuu... tanah tumpahnya darahkuuuu..." Bukan itu saja, kena hafal pulak lagu, "Demi negaraaa... yang tercintaa.. dicurahkan bakti penuh setia...". Tak cukup pulak tu, kena nanyi lagu ini..."Kami pelajar sekolah teknik Melaka... berikrar penuh azam dan cita...".

Bertukar ke ITM paling hebat kena menghafal lagu WARISAN tak sampai 24 jam.... Setiap jam kena nyanyi lagu ini... "Anak kecil main api... terbakar hatinya yang sepi..."

Soalannyaaa....: Kemanakah semangat kebangsaan yang diapi-apikan oleh setiap lagu yang aku nyanyikan tadi. Mungkin lagu WARISAN mampu membuat aku sedar akan kelompok dari mana aku datang dan di mana aku berpijak? Tapi bagaimana dengan lagu2 patriotik yang cuba negara benamkan di lubuk sanubari ini...?? Mungkin bumi Malaysia masih bertuah dan aman untuk kita tidak bersungguh2 mempertahankannya. Terima kasih juga menerima anak jiran ini untuk menjadi sebahagian dari wargamu.

Mungkin satira ini tidak menarik tetapi inilah yang aku gambarkan semasa menonton pergolakan di Timur Tengah di kaca television di mana hak kebebasan dan perjuangan seorang antogonis pada sesebuah negara.

p.s.
Paling tidakpun, sesekali menyanyikan lagu "SAYA ANAK MALAYSIA".

01 June, 2007

Nyanyi


Menyanyi bersama rakan kenalan agak menggembirakan. Tak sangka pulak di dalam kenalan reramai ini terdapat juga seorang dua 'Jonathan Butler Malaysia' dari kelompok kami. Hmm... gambar ini boleh menerangkan segalanya. Enjoy babe ! "Keunggulan cinta, dari sinar mata, yang bergeloraaa... "
- Gambar ehsan dari NAO.

Dewasa Mendewasakan Kita


Usah pertikaikan apa yang orang fikir tentang kita. Usah abaikan apa yang kita fikir tentang kita. Kita harus 'take charge' apa yang kita mahu. Kita perlu berdiri atas dasar apa yang kita perlu.
Aku bersyukur kerana diberi kekuatan dalam diri di dalam tidak mempergoyahkan apa yang aku pegang. Namun, atas dasar peri kemanuasiaan, memang keprihatinan itu perlu di dalam diri.

Majmuk adalah satu, dan satu adalah majmuk. Tidak faham? Persoalannya, kita harus disoal kemudian hari apa yang telah kita buat selaku komuniti yang terbabit di dalam setiap penceritaan itu. Bagaimanapun, aku berdoa kepada Allah s.w.t agar orang-orang yang aku sayangi terjamin hidupnya. Laluan kita nampak begitu jauh, tetapi masa yang kita ada mungkin terlalu singkat. Abaikan yang remeh, tentukan hala tuju itu yang penting. Parasit memang tak perlu di dalam hidup kita. Cuma, qada' dan qadar adalah penentu kepada nawaitu dan perancangan.

Aku berharap agar dipermudahkan di dalam setiap usaha.