28 February, 2007

Friendship


Friendship...
Sahabat...
Dosti...
Péng Yû... @ Pâng Yòw
Walau bahasa apa digunakan, maka sahabat tetap sahabat. Bagi aku yang masih belum berkahwin ini, sahabat bagiku adalah tempat bersandar. Tempat meluahkan perasaan. Tempat mengadu nasib. Tidak bagi mereka di luar sana yang sudah mempunyai isteri atau suami di mana mereka ada tempat untuk menyuarakan/meluahkan perasaan mereka.

Apa yang nak aku cerita kan pasal sahabat ini adalah adakah layak benar kita digelar sahabat. Hanya cuma cuba memahami perilaku, prinsip hidup, pandangan, cara hidup sahabat kita. Prihatinkah kita? Faham sahaja tidak cukup wahai para sahabat. Kita harus bersama dengan sahabat kita di waktu susah atau senang. We have to be there thru thick and thin... ; thru laughter and tears.... To be a shoulder to cry on. A person despite arguments and misunderstanding, still can accept as what you are. Does not measure you thru your status, physical outlook, and whatsoever....

Ada orang mengatakan, aku menasihati kau sebagai seorang sahabat, contohnya dalam keadaan- keadaan tertentu itu, ternyata kita akan dikatakan memang berada di pihak yang salah. Renungkanlah. Namun aku pula rasa tidak begitu. Aku sebenarnya akur pada setiap perlakuan sahabat aku. Dan andaikata aku tidak setuju, aku akan cuba letakkan diriku di dalam keadaannya. Adakah aku akan bertindak seperti dia, atau memikirkan jika ada lain option yang boleh dikongsi bersama. Jika iya, aku akan suarakan padanya... menurut fahaman aliran dia. Dan betapa salahpun dia, aku tetap bersamanya. Loyalty, remember?

Aku tahu ramai kat luar sana yang tak setuju. Tapi, siapakah kita tanpa sahabat yang sama-sama akan setuju dengan kita? Orang yang tak rapat dengan kita pun sudah pasti menyalahkan kita, apatah lagi orang yang memusuhi kita.... Marilah sama2 kita fikirkan perkara yang selalu kita sebut mudah, tetapi bila keadaannya menjadi rumit, bilamana acapkali setiap dari kita akan merasai bila di dalam keadaan tergapai-gapai, tiada orang yang kita 'so-called' sahabat itu. Maka terpacullah hipokrasi, egois, selfish, self-centred, double-standard (yang mana dalam perkataan melayunya cuma berbunyi 'tikam kawan dari belakang').

Opinion, anyone...?

27 February, 2007

Syukur, kata hati...

Lafazkan kalimah syukurLafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah - Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah.....

Bila kita bercakap pasal 'redha', adakah kita faham benar-benar apakah definisi redha dalam ertikata sebenarnya?

Usah gambarkan tangan menadah langit tanda bersyukur... cuba kita andaikan jika majoritinya mendapat habuan dan kita tidak. Adakah di dalam hati kita akan merasa syukur di dalam keadaan itu. Bercakap memang mudah (termasuk diriku sendiri yang mudah lupa). Tetapi siapakah yang benar-benar dapat menerapkannya ke dalam sekeping organ yang bernama hati ? Adakah ia semudah diucapkan oleh kita? Selaraskah dengan hati? Atau, orang lain kata SYUKUR... maka kita pun SYUKUR lahhh ! Hati...kata apa??? Kekadang aku terlalu sukar mengikis hipokrasi dan egodiri. Dalam usia merangkak jatuh lagi rasanya.

Kenikmatan yang bertandang terkadang tidak dihiraukan - Terlepas dari pandangan. Dan bila hilang barulah dikesalkan. Adakalanya aku jugak hanyut. Adakalanya aku jugak lupa. Adakala aku memang leka. Kerana kita manusia yang lemah dan tidak berdaya. Seringkali terlupa nikmatMu. Datang tiada jemu. Bila terhimpit mulalah mencari dan menyebut namaMu.

Barulah merasai makna sebenar erti syukur Syukur atas rahmatMu

Bak kata seorang rakanku Niazor, "JIKA KITA TIDAK DAPAT APA YANG KITA SENANGI, SENANGILAH APA YANG KITA DAPAT...." Mudah ajer...


26 February, 2007

Berita Dari Seorang Teman....




Merenung jauh kepada kehidupan seorang rakan baikku dari seberang Karak sana, kupaparkan selembar kisahnya.....

Hayatilah....
--------------------------


"...I BELIEVE THE CHILDREN ARE OUR FUTURE
TEACH THEM WELL
AND LET THEM LEAD THE WAY
SHOW THEM ALL THE BEAUTY
THEY POSSESS INSIDE
GIVE THEM A SENSE OF PRIDE
TO MAKE IT EASIER
LET THE CHILDREN LAUGHTER
REMIND US HOW WE USED TO BE...... "
Greatest Love of All (Whitney Houston)

Memang suka dengar lagu ni.... Teringat akan anak-anak yang semakin membesar. Bertambahlah kerenah dan kenakalan dalam meniti usia. Sebagai ayah dan ibu yang hatinya dipenuhi dengan limpahan rahmat Allah, kita menjadi orang yang paling kasih kepada anak.

Alhamdulillah, kita patut bersyukur jika wujud perasaan takut dan risau disebabkan perkembangan kehidupan anak. Kadang-kadang kita berasa memenuhi kriteria seorang ibu atau bapa mithali. Tetapi, sebenarnya belum mengerah segala daya dan upaya untuk menjamin kesolehan anak. Kita terkejut apabila mendengar anak rakan-rakan menghafal al-Quran beberapa juzuk, sedangkan anak sendiri masih belum habis belajar membaca Iqra'. Kita kagum melihat kejayaan anak-anak orang lain dan pergaulan dalam rumah mereka yang mementingkan kerukunan dan akhlak baik, sifat lemah lembut dan bersopan santun, saling menghormati dan menyayangi. Bagaimana dengan anak kita? Mengapa anak-anak selalu mempermainkan perasaan ibu bapa? Jika seorang manusia dikurniakan anak, sebenarnya dia boleh membaca tingkah lakunya sendiri di dalam peribadi anaknya kerana ibu bapa adalah cermin hidup bagi seorang anak. Persoalan inilah yang selalu menerjah hidup aku sebagai seorang ayah. Kehadiran Ajmal Sameer dan Aisyah Shuhaidah dalam hidupku sungguh memberi makna. Perjalanan hidupku semakin teratur dan aku mulai menyedari kelemahan diriku dan perlu diperbetulkan segera agar tidak menjadi ikutan anak-anak. Tiada manusia yang sempurna dalam mendidik anak-anak. Aku tidak terkecuali. Kenakalan anak-anakku cukup menguji kesabaranku. Sebagai guru, aku sudah biasa dan lali dengan kerenah kanak-kanak.

Namun berbeza apabila berhadapan dengan anak-anak sendiri. Di sekolah, selama hampir 17 tahun aku bergelar pendidik dan aku sudah bertemu dengan pelbagai kerenah murid-murid yang kadang kala menggugat kesabaran. Namun semuanya aku tangani dengan mudah. Setiap hari aku berdepan dengan 40 orang murid bagi setiap kelas.

Bayangkan.....pelbagai ragam dan kerenah.

Alhamdulillah, Allah kurniakan aku kesabaran. Aku berjaya hadapi dengan baik. Malangnya, aku selalu menganggap diriku gagal berhadapan dengan kerenah 2 orang anakku. Kesabaran langsung tiada dalam diriku. Di mana silapku?? Aku selalu mahu yang terbaik daripada anak-anakku sedangkan mereka tidak mampu memenuhi kehendakku.Aku selalu membandingkan kemampuan anak-anakku dengan anak-anak rakanku. Mungkin inlah silapku. Pernah aku melontarkan kata-kata yang cukup pedih buat anak lelakiku kerana gagal menyelesaikan masalah Matematik. Pernah aku merotan Ajmal kerana tidak menghafal sifir. Setiap kali menemai mereka di bilik tidur, hatiku amat sayu mengenangkan sikapku yang langsung tiada kesabaran. Aku usap rambut lembut Ajmal dan Aisyah setelah mereka tidur. Aku sayangkan mereka. Aku yang perlu berubah. Aku yang perlu perbetulkan diriku dalam mendidik anak-anak. Aku percaya dan amat yakin...belum tiba masanya mereka menunjukkan kemampuan sebenar yang ada dalam diri mereka. Teringat semasa aku kecil. Memang betul ....anak-anak adalah cermin hidup kita. Ajmal, tidak 100%, mungkin 90% diriku semasa kecil. Malas, suka memberontak, keras hati, suka melawan.........banyak perangai burukku yang diwarisinya.

Inilah dugaan yang ku terima.

Alhamdulillah, Tuhan menyedarkan aku tentang ini dan kini aku semakin yakin dalam proses mendidik anak-anak, diri kita dulu yang perlu diperbetulkan agar menjadi contoh yang terbaik untuk anak-anak. Ingat....jika anak dididik dengan kasih sayang, dia akan belajar menyayangi. Jika anak diajar dengan kekasaran, dia akan belajar melawan dengan kekerasan. Jika anak dihormati, dia akan menjadi orang yang berbudi. Jika anak dikeji, dia akan belajar mencaci. Jika anak dibohongi, dia turut belajar untuk memanipulasi. Jika anak diajar berdikari, dia akan membina integriti diri. Jika anak tidak dipedulikan, dia menjadi keras hati. Semua ini adalah fitrah kehidupan insan yang hidup dengan cara belajar sesamanya. Hanya Allah yang memberi petunjuk ke jalan yang benar. Buat Ajmal Sameer dan Aisyah Shuhaidah.....ayah sayang, sayang,sayang,sayang.........terlalu sayang. Maafkan ayah yang selalu lupa menghargai anda berdua.

LEARN TO APPRECIATE........PABLO DEL PRADO
-----------------------

23 February, 2007

Resepi Kasih Sayang


Esok hujung minggu, masa untuk beristirehat. Kepada yang mempunyai suami/isteri, yang tersayang di rumah, maka gunakanlah sepenuhnya waktu-waktu begini untuk merawat kasih sayang. Bagi mereka yang sedang berkasih sayang, hubungilah sesama sendiri bagi mengeratkan hubungan agar tidak putus. Biar segenting manapun hubungan itu, haruslah dijaga agar tidak berputus terus. Bagi mereka yang buta cinta, biarkan dia terus buta dan hanyut. Mungkin betul dia tidak dianugerahkan perasaan sayang itu oleh Allah s.w.t. Too bad huh? Aku masih percaya bahawa cinta memainkan peranan yang penting di dalam menangani setiap pergerakan di dalam hidup. Alhamdulillah, aku masih bernafas untuk merasa kasih sayang insan. Aku memberi sayang kepada yang sayang, bukan begitu kata hukum karma?

Sekali lagi, eloklah kita semai kasih sayang itu, bukan hanya dilihat dari jauh. Moga kita warnai jaluran hidup kita dengan bunga-bunga percintaan yang mana akan mengidolisasikan kepada hidup yang lebih bermakna.


Luv u alwayz....




Taman Negara: Extended Version




Lagi-lagi pasal Taman Negara.... nanti, aku belum habis bercerita. Kali ini kita renung ke topik ini...

Campfire....

Blink kepada usulan abang slambe jr dalam komen FG semalam, makanya teringat pula akan cadangan membuat camp fire di pinggiran jejeram di Taman Negara tersebut. Ide ini tercetus juga apabila kami menyusur beberapa jeram di sana tempohari.

Semasa menemui beberapa jeram yang pelbagai lekuk itu, kami sempat menghayati alam keliling di mana antaranya kami menemui kampung orang asli... wow best, mereka bakar ubi. Kemudian, di satu daratan, kami terlihat beberapa warna khemah yang dipacakkan di situ. Hatiku tergeletik melihatnya mengenangkan betapa syoknya jika dapat bermalam seperti itu. Kemudian, kami juga terlihat di satu sudut orang memasang joran di sepanjang pinggiran daratan itu. Pokcik a.k.a slamber jr. mesti suka bab ini.

Jika ada sesiapa mempunyai ide yang menarik mengenai campfire ala-ala boyscout atau girlguide ini ini, boleh beri pandangan di ruangan ini. Sesekali jika mempunyai masa untuk diri sendiripun seronok juga, bukan?






22 February, 2007

Keasingan Dalam Duka....





"Ketabahan tercalar luka
Dikau ku lepaskan
Setelah hati terkorban
Disusuk duri kelukaan

Kehilanganmu....
Atas sebuah kerelaan
Walau keasingan dalam luka
Mengisi masaku...." - Jay Jay

Aku tak pasti inikah yang kita akan rasa jika tidak mempunyai rasa atau diempunyai oleh seseorang atau sekelompok manusia yang dahulunya menjadi mainan tawa hilai kita. Meminjam perasaan seorang rakan yang merasakan dirinya terpinggir, maka aku cuba mendalami apa yang beliau rasa. Sesungguhnya beliau amat terpukul dengan scenario yang baginya tidak pernah dialaminya. Aku cuba juga mendalami apa yang sebenar-benarnya dimaksudkan oleh beliau. Diterangkan bahawa dia tidak berada di dalam koleksi manusia yang dahulu berseragam. Menjauhkan ego aku, merasakan mungkin beliau rasa sudah terbuang. Mungkin juga. Fokusku terhadap keadaan dan perubahan tingkahlaku manusia apabila sudah berada di atas acapkali tercetus emosi ini. Tetapi ini tidak. Siapa yang harus disalahkan? Dia kah atau kelompok tadi...? Maka, jawapannya aku rangka adalah kita selaku manusia tak lari dari perasaan jauh hati. Makanya, jom kita sama2 memperbaiki hubungan sesama kita agar tidak dituntut di sana nanti. Tidak rugi berkasih sayang sesama manusia.
Ada seribu satu pelajaran dan pengajaran boleh kita dapati dari setiap yang hidup; yang bernama manusia. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya....






21 February, 2007

XPDC Taman Negara








Menerokai buat pertama kali nya ke Taman Negara ditemani oleh teman-temanku amat menghiburkan, di samping keletihan yang amat. Kami keluar dari Temerloh jam 11.00 pagi dan bertemu dengan polis trafik (maaf Shark, disebabkan ini kamu ditahan polis... :)... Menerjah ke jalan berlopak-lopak agak ketidaksampaian. Namun berbekalkan irama James Ingram, Just Once... akhirnya kami sampai ke tebing sungai di Taman Negara. Sekali pandang, aku termangu. Wow, cantiknya keindahan alam ini. Rugi jika sesiapa tidak ke sini.

Kami mengikuti trek walkaway ke canopy dengan begitu letih sekali. Mujur aku selitkan dengan cerita sensasi tentang Eizlan Yusoff (errr... Niazor, Shark... just between us, okay?). Then, mereka menaiki canopy dengan sungguh ghairah. Aku masih lagi menghirup cuaca flora dan fauna di dalam belantara tersebut.

Dan, ini sahaja foto yang sempat di blog ini,.... yang lain yang dirakamkan sepanjang ke sana... boleh call FG untuk melihatnya... ada gambar serangga besar tauu...

p.s.
Sempena Tahun Khinzir di hari raya cina, kami terserempak dengan seekor dari spesis ini di dalam hutan Taman Negara. Aku yang paling takut memikirkan kemampuan seekor wild boar. Apa2pun, antara satu hari yang manis di dalam hidupku kerana terdapat seribu satu cerita pada hari itu yang mana tidak dapat diceritakan di sini.


16 February, 2007

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2007


Kepada semua kaum Tionghua, ku turunkan kata gembira semoga anda kalian 'prosperous' dan 'happy during this chinese new year'. Kalau tidak kerana kalian, McDonald tentu tidak akan mengulangi pembikinan Prosperity Burger yang memang aku gemar makan setiap tahun. Memang tunggu kehadirannya. Sedappp!

Buat pengetahuan kalian menurut calendar china, tahun ni adalah tahun khinzir. Hmmm, no comment on that. Anyway, sempena cuti lama ni, aku ingin ucapkan selamat bersantai dan berlibur kepada semua. Moga ketenangan dan keseronokan menjadi hakmilik anda.


Gong Xi Fa Chai.....

15 February, 2007

Lesson in Love....


Hari Memperingati Kekasih a.k.a Valentines Day. Amboi amboi.... tentu ramai yang dapat bunga ros... sejambak ke, sekuntum ke, sebakul ke.... janji dapat bunga sebagai tanda sayang antara insan. Tak kira boyfriend beri pada girlfriend vice-versa, anak beri pada ibu@bapa, sahabat kepada sahabat karibnya; tentunya ikatan kasih sayang akan tetap terjalin. Great Allah has created great feelings for us to explore. Jom kita kupas apa do's dan don'ts (menurut penulis) yang harus ada pada setiap hubungan :

1. Trust. You must always trust the one that you love. Must. Kamu mesti ada percaya penuh bahawa pasangan kamu adalah yang terbaik buat kamu. Lack in trustworthy akan menimbulkan prasangka, cemburu yang melulu dan curiga kepada pasangannya. And you must always trust the one that loves you. Itu jugak penting. Betrayal sering terjadi apabila pasangan tidak percaya sesama sendiri; maka terhasil lah prasangka buruk ini.

2. Loyalty. Setia lah kepadanya. Terlalu banyak hidden agenda di dalam diri seseorang itu mampu akan mengocakkan sedikit sebanyak sesuatu hubungan itu. Ingat. Sooner or later, setiap agenda/rahsia yang tersimpan akan diketahui juga. Itulah sebabnya kejujuran amat penting di dalam hubungan. Ketidakjujuran dan ketidakikhlasan di dalam satu-satu hubungan tidak akan membawa hubungan itu ke mana-mana. Penuh dengan hipokrasi. Hanya hati kita sahaja yang akan dapat memberitahu bahawa kita sebenarnya SAYANG; lantas akan setia walau apa keadaan sekalipun. Tips: Pasangan yang baik akan menjaga aib dan rahsia pasangannya sebaik2nya sehingga tertutup segalanya. Itu petua yang baik untuk kerukunan hubungan... (cewah... diri sendiripun tak lepas lagi..)

3. Understanding. Saling faham memahami adalah ibarat a two-way road. Saling memberi, saling memahami. Acapkali kita dengar pasangan bertelingkah kerana pasangannya tidak memahaminya. Tetapi soalannya, adakah dia memahami pasangannya yang satu lagi? Dengarnya mudah, tetapi secara praktiknya ia amat sukar dilaksanakan jika ego terlalu tinggi di dalam diri. Tips: Selalulah beralah. Tapi kalau selalu beralah, nanti kalah. Jadi, pandai2lah timbang2kan agar hubungan sentiasa harum.


4. Ikhlas. Apa saja yang kita lakukan haruslah dilakukan dengan hati yang ikhlas. Dari langkah itu kita akan berjalan terus dengan perasaan yang bersih dan suci. Sayang akan datang kemudian, percayalah. Ni Dr. Fadhillah Kamsah punya anak murid gak ni...

Above all those, kalau kita setia, percaya, memahami.... tentunya itu tidak cukup; kerana hubungan bukan hanya sekadar itu. Element2 luaran yang lain banyak mempengaruhi. Setiap dari kita pasti berusaha menjaga hubungan yang kita sayang, bukan?
So, diharapkan kepada pasangan kekasih di luar sana, janganlah terlalu mengikut hati dan perasaan dan keegoan diri. Siapalah kita ni pun di bumi Allah, hanya meminjam segalanya daripada Nya. Dikurniakan kasih dan sayang sudah cukup nikmat di dalam hidup bukan? Enjoy it while you can. Aku doakan anda semua mengecapi serat kebahagiaan itu bukan hanya di tahap sekadar minima. Atas apa-apapun Qada' dan Qadar adalah tetap milik Mighty Allah.


14 February, 2007

Happy Valentines Day....






" Ros putih tanda cinta tulus, bersih, suci, bersih....."

Buat semua yang disayangi.
Kepada mereka yang pernah terdetik di dalam hatiku; yang pernah bertakhta di sanubari ini, yang pernah merasakan bahangnya sayangku ini (cewahh).... Ingin sekali kali ini ku rangkulkan dengan taburan kasih sayangku kepada mereka semua. Benar; hidup ini perlukan kasih sayang. Berkali-kali ku ulangi, kasih dan sayang ini bukan boleh diminta-minta dan tidak boleh juga diberi kepada sesiapa. Ianya datang tanpa kita undang. Kita bukan penentu siapakah orang yang kita sayang... Kenapa ujudnya epik Beauty and the Beast, kisah tragik Datuk Siti Nurhaliza dan Dato' K, klasiknya Fauziah Latiff dan Johan Endut, skandal Normala Shamsuddin dan Azmi Khalid akhirnya ke mana??? Mata kasar semua akan mengatakan mereka tak sepadan... tetapi jauh di dalam sudut hati mereka, hanya mereka sahaja yang tahu bahawa mereka sesungguhnya sayang sesama sendiri. (If) Love is blind... Tiffany? Butakah Cinta - Spring?


Hakikatnya kita hanya mampu merancang... kita hanya mampu mengasihi. Tetapi di sudut hati kecil kita, tentu kita dapat rasakan siapa yang kita sayang. Ada juga manusia yang menyuruh supaya kasih dan sayang itu dihilangkan/dipadamkan/dighaibkan'. Tak tercapai akal rasanya untuk memikirkan itu.? So, di hari yang manis ini, ku luahkan kasih sayangku sepenuhnya kepada mereka yang benar-benar sayang kepada kehadiranku di dalam hidupnya. Ahhhh, indahnya hidup kalau kita disayangi.... dan menyayangi... Aku masih percaya kepada kuasa sayang itu. So, kepada pasangan yang berkasih itu, sahabat2 yang disayangi, betapa besarnya kuasa menyelubungi perasaan yang 'magik' itu. Maka, sayangilah mereka yang sesungguhnya sayang pada anda.... Aku masih lagi simpan apa yang aku sayang... too precious to let it go..... Wow, panjang lebarlah pulak cerita pasal sayang ini... So, dengarlahkan lagu ini.... To all loving couples, Cheers alwayz!


"....Malam yang romantis ini ‘tuk kau dan aku
Tetapi dikau seakan air yang membeku
Ku masih melihat ragu di matamu
Haruskah lidahku berikrar lagi untuk yang ke seribu kali

Aku cinta padamu... sungguhhhhhh....
Aku cinta padamu... sungguhhhhh
Mestikah ku ucapi dari mulutku sendiri
Aku cinta padamu Kasih... "
- dipetik dari lagu 'Aku Cinta Padamu - Sheila Majid'



HAPPY VALENTINES TO EVERYBODY....

13 February, 2007

Lelaman Kecil

Rumah peninggalan arwah nenek....
Rumah peninggalan arwah bapak....


Dua Puluh Tujuh tahun dahulu, di mana aku baru menjejakkan kaki ke bumi Malaysia, di sini lah tempat aku tinggal. Masa tu, emak, aku dan kakak yang masih bersekolah agak kekok dan asing apabila diminta oleh nenek supaya tinggal di kampung. Perasaan memberontak. Tetapi disebabkan akur kepada perintah orang tua, aku ikutkan saja. Abang serta kakakku yang lain masih lagi di Singapura. Ohh tidak.... aku harus duduk di kampung dengan segala kelengkapan yang kurang.... tidak ada lagi playground yang best, tak ada lagi video game yang boleh aku main di complex2 membeli-belah (pada zaman itu video game amat besar pengaruhnya kepadaku), tiada lagi kedai cassette yang menjual pelbagai lagu antarabangsa yang selalu aku miliki, tiada lagi majalah artis2 international yang menjadi mangsa guntingan aku untuk dilekatkan di belakang buku teks sekolah. Aku pun menjalani sekolah Tingkatan Satu bersama rakan2 kampung dan juga kenalan baru. Oh tidak. Mereka mengherdik kerana aku anak 'Singapura'..... 'Sudahlah, orang singapore kerek.... orang singapore ek!". Aku pulak jadi mangsa. Jadi aku tiada berkawan sangat pada awal2 persekolahan, kemudian sedikit demi sedikit kawan mula merapati kerana keramahan aku serta kebolehan aku di dalam bidang muzik. Mereka impressed. Terutama pada peralatan sekolah yang banyaknya dibeli dari sana. Hmmm... seronoknya berada di ketika itu. Punya ramai kawan baru yang mana ada yang aku tidak punyai di Singapura. Pelajaran Bahasa Malaysia paling aku benci,.... Oh, masa cuti nanti aku akan pulang ke kampung dan mengambil gambar sekolah2 yang pernah aku duduki semasa itu.... Maka bertitik tolak dari situ lah maka di sinilah aku berdiri. Tidak sepandai mana, tidak sekaya apa, tetapi didikan itulah menjadikan aku orang Malaysia.




08 February, 2007

Insaf

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"Insaflah wahai umat, Lafazkanlah dua kalimat, dirikan lah solat, dan bersyukur..."
(Dipetik dari intro lagu Insaf oleh Zainal Abidin)

Insaf. Huraiannya terlalu subjektif. Sedarnya aku atas apa yang aku buat selama ini rupanya telah mendatangkan dosa. Mampukah aku mengatakan keinsafan telah tumbuh di dalam sanubari ini lagi dan lagi. Tapi pengertian insaf yang sebenar-benarnya hanya kita dengan Allah subhallahuwatalla sahaja yang mengetahui. Usahkan orang, aku sendiri, harus sentiasa merasa diri berdosa dan sentiasa meminta ampun atas setiap musibah yang menimpa. Amanah, sabar, jujur, suka bermusyawarah, mengakui kesalahan memang aku akui, sukar untuk aku terbitkan dalam diri. Masih dalam kembara mencari insan-nur-kamil di dalam diri. Mensyukuri nikmat Allah terutama apabila keikhlasan, ketekunan bertemu dengan kegagalan sering terjadi di dalam diri kita manusia. Maka sebaik-baiknyalah sikap mensyukuri sentiasa tertanam di dalam diri.

"Dan bersyukurlah kamu kepada Allah, jika kamu benar-benar menghambakan diri hanya kepada-Nya" - (Surah Al-Baqarah: 172).

Moga kita sama-sama berjaya meniti perjalanan hidup dengan penuh kesedaran dan keredhaan Allah s.w.t. Perginya ayah saudaraku tempohari membuatkan aku terfikir, maka insaf inilah terbitnya artikel ini; apa yang wajib dan tidak untuk kita. Matinya nanti kita tidak membawa apa2; hanya amalan bekalannya. Sesungguhnya, harapanku agar dapat kuketuk dibenakku setiap kali terjatuh. Juga kupanjatkan doa kepada kedua ibubapaku yang telah tiada agar mereka dirahmati dan digolongkan bersama orang-orang yang beriman, bertaqwa. Amin.