30 January, 2007

Me and Music.....



Kegemaran yang taksub. Punyai koleksi peribadi terhadap cassetes, LPs, cds mengakui bahawa aku mampu mempunyai sedikit ilmu dalam pelayaran sayembara ini. Aku dilahirkan di zaman 60'an, zaman pop yeh yeh... Walau pun hanya 3 tahun sahaja menyelusuri era alompak ago go ini, aku percaya sedikit sebanyak memberikan impak terhadap bayi yang lahir pada dekad itu.

Dibesarkan di Singapura juga mendewasakan aku tentang muzik. Bapak saudara ku mempunyai kugiran (Kumpulan Gitar Rancak) nya sendiri. Ahli kumpulan itu semuanya terdiri dari saudara mara. Hmmm, macam Jackson 5, The Moffats, Quinary M, Osmonds Brothers, gitu lah. But this one, hanya bermain di rumah2 orang kahwin. Aku sering melihat mereka berkemas dan menaiki van pakcikku itu. Aku masih tak faham apa2 masa tu. Masih aku ingat peralatan seperti acordian, percussions (drum), gitar bass, gitar rhythm, gitar lead, keyboard dan beberapa alatan lain terkumpul di sebuah bilik di rumah atok. Aku berusia 4 tahun jika tidak silap. Aku tak dibenarkan masuk ke bilik itu. Menjadi kebiasaan kepada kanak2, semakin dilarang, semakin hendak tahu. Aku sering menyelinap masuk ke dalam bilik tersebut. Wahhhh... Ada jacket kulit. Aku dah sepupu masih tu, sering menyarungkan jacket itu dan kami selalu beraksi untuk bermain.

Makin lama makin syok.... Sehingga tiba2 pintu diterjah dan arwah nenek selalu jerkah kami... "Berapa kali nak bilang, JANGAN MASUK BILIK NI...!!! Eiii.,, degil betul....!". Aku dan sepupu berterabur keluar ke arah pintu meninggalkan jacket dan peralatan tadi bersepah.... Those were the days.....

Kejadian tersebut sering terjadi. Suatu perubahan besar telah terjadi apabila satu hari semasa arwah atok nazak dan terlantar, dia menyuarakan....

(to be continued...)



Dah habis.....


Janganlah pelik. Dah habis.... !! Nak tambah pun kena bayar lagi...

Mangsa Banjir....


Aku terpanggil untuk menulis sesuatu mengenai mangsa banjir di berlaku di selatan sana. Hmmm.... (trademark)... Rakan2 yang berhati mulia turut ingin membantu tenaga, wang ringgit, pakaian dan segalanya bagi mengurangkan beban mereka....

Alamak, tak de idealah... kejap lagi tulislah.... Ada kerja nak buat..

29 January, 2007

Dilemma si peminta-minta...



Mendapat phone call dari seorang rapat yang jauh agak memeranjatkan. Hmm, kenapa tiba-tiba teringatkan aku ya..? Kalau tidak ada sebab, tentu dia tidak akan call. Aku pun bertanya khabar dan mengimbau beberapa peristiwa lepas sebagai penyendal cerita. Sampai ke tujuan asal mengapa dia menelefon...? Kenapa ni...?? Tiba-tiba suaranya agak rendah dan meluahkan rasa kesedihannya. Oopss.... kamu datang dari daerah mana? Daerah yang sama pasirnya berbisik??? Aku bertanyakan apakah acapkali dia diterjah rasa bersalah itu? Jawapan yang pasti harus perlu diketahui atau sesuatu yang diperlukan sebagai landasan segalanya. Aku pun membuka kitab sejarah nasib si peminta-minta oleh nya. (Teringat pulak sketch nasib cinta si pemberi oleh si thewhistle). Tapi ini berbeza. Punya segala. Tapi masih juga meminta. Aku redha sahaja jawapannya. Kerana ini semua bukan kehendak kita. Kita tak mintak semua ini. Berada di lembah itu mungkin dia tidak mampu bertahan lagi. Kekadang dunia ini seperti roda. Pernah berada di bawah begitu manis jika dipandang ketika berada di bahagian atas. Allah Maha Karya. Life is a box of chocolate, you'll never know what you gonna get !


23 January, 2007

Family Tree....




My sister's garden at Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Nilai....


Berbekalkan ikatan kekeluargaan yang teguh, dirasakan setiap puncak menara neraca hidup manusia ini ada imbalannya. Justeru melampaui keterbiasaan itulah, maka kita dinamakan insan. Pagar berduri adalah sesuatu yang merentang, terpampangnya pintu peluang adalah suatu bonus. Menerjah kepada sesuatu yang kabur adalah tindakan yang berani, mungkin bodoh, mungkin tidak. Namun, ke perdu kejayaan memungkinkan seribu satu kemungkinan, berjaya atau tidak. Di sinilah susurgalur keluarga perlu dihitung. Dari mana akar umbi kita, dari mana kita dibesarkan, pendidikan apa kita dipimpin. Segalanya harus diukurkira. Menelaah hari demi hari melayarkan siapakah kita. Syukur, papan layar itu dapat dilihat dengan jelas akan ketidakbetulan jalan yang dipilih itu ditampar oleh kebenaran. Marilah kita sama-sama mensyukuri denai yang diperuntukan kepada kita. Allah Maha Kaya, Maha Agung, Maha Pengasih.... Hanya di situlah 'noktah denai ' kita nanti.

22 January, 2007

Rindu Pada Ayahanda....



Tiba-tiba aku terpanggil untuk mengimbau kembali kenangan2 manis bersama ayah aku. Hmmm, dia seorang yang tegas, garang, bengis tetapi sungguh baik hati. Aku agak terusik bilamana aku sering diminta untuk memberikan buah fikiran pada setiap keputusan di dalam banyak perkara. How I miss him so much.... Ketika kami di Singapura banyak perkara yang diajarnya aku di dalam hidup. Bersopan santun, menghormati hak orang lain, jangan sesekali membathilkan yang hak, tegas pada sesuatu yang pasti. Aku rasa, itu menjadikan aku sepertimana aku hari ini. Terlalu memikirkan perasaan orang lain sehingga kekadang memakan diri sendiri. Anyway, tiga tahun sudah berlalu sejak peninggalannya dan aku masih terasa kehadirannya. Ayah, pesananmu akan ku bawa sampai bila-bila. Semoga Allah s.w.t meletakkan arwah ayahku bersama orang-orang yang bertaqwa. Amin.

15 January, 2007

Kesayanganku....


Hai...

Agak terlalu asing untuk menerima sesuatu yang baru. Contohnya, my new toy begitu comel. Sayang akannya. Cantik dan menarik. Asalnya inginkan ku pada warna merah jambu, itupun setahun yang lalu, tetapi, yang ini lebih menarik dan cantik. Hmmm.... aku tak perlukan features yang berlebih-lebihan pada sebuah phone. Dan ianya sentiasa berdakapan denganku. Merah hati, thats the colour. Aku mem-empunyai-nya pada 24 Disember 2006, sehari sebelum Krismas. Entah, dengan sekali lihat sahaja aku sudah terpikat. Itulah dinamakan cinta pandang pertama.

12 January, 2007

Nanti burung-burung tu marah....


Hendak hidup bagai burung bukannya senang. Kita bebas ke mana saja. Terbang ke mana yang kita suka. Wow, gerek seiiii.... Aku dapat rasakan bestnya kalau jadi burung, ek..?? Hmmm, hari ni nak terbang ke laut... terbangg... Then, kepingin pula terbang ke gunung, maka burungpun membawa dirinya ke gunung. Nikmat Tuhan memang dapat dinikmati sungguh. Andaikata sayapmu patah, seperti Jentayu mampu bertongkat dagu, siku dan paruh. Hmmm... At least terbangnya burung tanpa kengkangan, tanpa piutang yang harus dijelaskan, dilingkungi dengan flora dan fauna yang kita suka.... Alangkah gembiranya kan..?

Ok... lepas ni kita ke destinasi yang seterusnya. Yang lebih bernyawa.... Penting ke gambar2 tu semua...?

Reading A New Book...


Bagaimana rasanya membaca sebuah buku baru...? Excited kan..?? Kekadang seronok, tapi kalau dah ke helaian ke 5, ceritanya agak mendatar, kenapa kita harus meneruskan pembacaan tersebut. Tinggalkan dan cari buku lain.


So, favourite author aku adalah SYDNEY SHELDON. Aku memang sukakan author ini semua kebanyakan heronya adalah wanita. Kegigihan mereka menguja kepada pembaca. So, kepada sesiapa yang belum pernah membacanya, dapatkanlah satu.

10 January, 2007

Tough Life


"Alangkah indahnya hidup jikalau aman....?"but....Life is tough.


Kegetiran hidup yang dilanda pelbagai dugaan ku terima sebagai suatu nikmat Allah s.w.t. Pengurangan dosa dan penyedaran muasasah diri juga sebenarnya. Ada sesuatu yang boleh dipelajari dari sudut belah sana. Kita tak pernah tahu manisnya madu, pahitnya hempedu jika lidah ini tidak merasa. Sekarang aku dah rasa. Sekarang aku dah tahu. Peritnya hidup ini adalah terhimpit dengan berbagai-bagai faktor. Alhamdulillah ada kawan-kawan rapat yang membantu. Kalau tidak, mungkin aku tidak berada di sini lagi. Dan, jika kita terus-terusan dihimpit ketidakcukupan pernafasan, kita akan lemas dan hanya tinggal sehujung kuku untuk hidup. Kekadang kita tidak tahu sampai bila dugaan Allah ini akan menimpa diri kita. Kita cuma mampu bersyukur dan menerima segalanya dengan hati yang kadang-kadang tidak tahu lagi caramana hendak memujuknya. Goyah dek kenyataan kekadang boleh meruntuhkan. Aku redha.

04 January, 2007

Gigihnya Capricorn

Rakan ku ini berbintang Capricorn. Kami sering bertengkar mengenai zodiac. Beliau sentiasa menyalahkan Scorpio kerana baginya Scorpio ini sukar dipuaskan hatinya. Hanya kerana astrologi ini sahaja kami sanggup tidak bertegur sapa sehingga berhari-hari.... Hmm, itulah yang selalunya menjadi asam garam di dalam perhubungan persahabatan antara kami.
Baginya Capricorn adalah bintang yang terbaik. Terlalu taksub dia mengenai ramalan bintang-bintang ini. Capricorn teguh pada pendirian. Capricorn akan dapatkan apa yang dia hajati. Itu adalah cerita 10 tahun yang lalu. Baginya dalam masa lima tahun dari sekarang, aku mesti menjadi 'somebody' di dalam company tempat dia bekerja. Baginya, dia mesti mendapatkan yang terbaik di dalam setiap usahanya itu. Aku cuma ketawa dan mampu berkata, teruskanlah mimpi kau....

Bila aku berjumpa dengannya baru-baru ini, ternyata dia banyak berubah. Tidak percaya lagi kepada perkara khurafat ini. Tetapi terbukti dia telahpun berjaya. Mendapat apa yang beliau hajati.... Dan masih menghormati dan sentiasa menghubungi aku sebagai 'rakan' yang sentiasa bertegang leher mengenai zodiac. Hidup kita mesti diteruskan walau pun kita tertinggal di belakang. Kerana inilah hasil dari usaha kita yang telah dijanjikan Allah s.w.t. Bukan kerana bintang, bukan kerana zodiac... kerana setiap yang kita rencana, di atas sana yang menentukan. Pendirian kita harus pasti arah tujunya. Yang pasti, kita akan cuba mencari insan nur-kamil di dalam hidup. Yang menentukan kita jua bukan manusia lain, Allah yang Maha Esa. Di situlah menjadi kayu pengukurnya. Dan di situlah tempat yang harus kita semua tuju.

... aku menghadiahkan sebuah pokok cactus kepadanya sempena harijadinya baru-baru ini sebagai tanda betapa teguhnya pendiriannya itu.

03 January, 2007

Terima Kasih Teman....


Bismillahirrahmanirrahimmm...

Selamat Melangkah setapak lagi ke tahun 2007.

Ku panjatkan doa agar tahun ini dijalani dengan penuh kedewasaan serta bermanfaat kepada diri sendiri mahupun orang lain. Ku mulakah dengan syukur alhamdulillah dan TERIMA KASIH ku kepada Maha Mencipta kerana aku masih lagi bernafas dan menikmati kurniaanNya...

Agak menarik jika kita melangkah ke tapak yang lebih dewasa bukan...? Di sini ingin ku rakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada teman-temanku yang selama ini mengelilingiku dengan kasih sayang dan gurau senda mereka. Terima kasih kepada Berry kerana MEMAHAMI dan menjadi COUNSELLOR pada setiap permasalahan jiwa dan menjadi penawar pada setiap persoalan pahit. Terima kasih kepada Saiful yang menjadi pendorong ke arah matlamat yang lebih jitu. Terima kepada Elly kerana satu2nya perempuan yang memahami diriku. Terima kasih kepada Shakri yang selalu memberikan bidalan ceritanya sebagai tauladan kepada hidupku. Terima kasih kepada Wan Rozain kerana menunjukkan aku sinar untuk aku lihat di hadapan. Terima kasih kepada Harlina kerana tidak secara langsung mengajar aku untuk menghalakan sesuatu yang sukar kepada yang mudah. Terima kasih kepada Zamberan kerana sering mengingatkan aku bahawa masih ada yang sayang di dunia ini. Terima kasih kepada Junaidey kerana tidak putus-putus mengharapkan aku berjaya. Terima kasih kepada Sohaimi kerana percaya kepada diriku. Terima kasih kepada Azhar kerana menerima aku walau dalam apa keadaan sekalipun. Terima kasih kepada Harumaini kerana masih menghormati aku sebagai aku. Terima kasih kepada Fazli dan "rakan"nya Din kerana membuatkan aku percaya bahawa "cinta" itu ujud. Terima kasih kepada Nas kerana sering memberikan harapan agar yang pudar tetap akan berkilau jika digilap. Terima kasih kepada Amy kerana dengan kekerasan hatinya membuatkan aku sedar bahawa kekadang kita perlu tegas agar tidak diperlekehkan. Terima kasih kerana Zuhairi kerana sering mengingatkan bahawa alone doesn't mean lonely. Terima kasih kepada semua rakan2 aku yang ramai lagi yang mungkin tidak tersebut di sini...

... dan kepada yang tersayang, terima kasih atas SEGALANYA....