13 November, 2009

This Used To Be My Playground

Di sinilah aku pernah berkhidmat..... di awal-awal perkhidmatanku... Sebelum aku terbang ke luar negara....

Wisma Putra... alangkah cantik di tengah-tengah inilah di mana kami selalu melambai-lambai kawan-kawan yang berada di blok lagi satu... hmm.. bahagianya..

Pintu masuk Wisma Putra.... Dulu tempat kami selalu berkumpul sebelum apa-apa acara diadakan seperti kawad Hari Kebangsaan.. .atau trip ke Langkawi...

Blok A. Biasanya blok ini menteri luar negeri punya office. Yang belakang tu... bilik treaty.


Pintu masuk ke Wisma Putra. Pak Guard2 kat sini semuanya memang gang-gang kamcheng...

Tetapi sayang...
Sekarang bukan kepunyaan Wisma Putra... Kementerian Luar Negeri sudahpun berpindah ke Putra Jaya. Sekarang ni, hakmilik IDFR.... Dulunya, air pancut ni (fountain) tak adaa... sekarang dah ada...

Tengoklah... seronoknya fountain. Kalau dulu dah ada fountain nih, mesti aku dah posing maut kat sini...
Semuanya tinggal kenangan...




08 November, 2009

Lagi Tempat Nyanyi...

Malam minggu yang lepas, masa FG boring-boring duduk kat rumah sambil menonton Sehati Berdansa, tiba-tiba kawan FG call...

"Eh.. kau buat apa..?"
"Lepak kat umah... apsal..??"
"Jom... kita minum-minum....."
"Nak gi mana...?"
"Jomlah.. ikut ajer...."

So... FG ikut saja dia malam tu; beserta sorang lagi kawan...
Hmmm... rupanya dia bawak FG ke suatu tempat berdekatan dengan area rumah kami.. Di Stesyen perhentian LRT Bandar Tasik Selatan. Oooh.. rupa-rupanya ada tempat minum sekali kat sebelah tu...
dan nama nya... GOSSIP !!!
Mengapa ianya dinamakan GOSSIP... FG kurang pasti.. Tapi, ramai jugak yang berkunjung ke tempat tuh... Yelah.. Malam ni, perlawanan bolasepak akhir antara Kelantan dan Negeri Sembilan. So, penuhlah kiranya restoran yang biasanya akan menayangkan siaran langsung dari skrin besar mereka tu...

Dalam pada masa yang sama... ada acara karaoke atas pentas kat situ.. WAhhhh.. maka abang-abang dan kakak-kakak yang nak berbakat terpendam tuh, maka apa lagi... beranilah ke atas pentas...
Makanan yang disediakan pelbagai.. Ada masakan siam, ada western, ada melayu...

INilah screen besar yang di sebelah kanan. Harap gambar ajer.. sebab abang-abang dan kakak-kakak yang men-sumbang-kan suara kat atas pentas tu lebih kuat dari speaker skrin ini.

Dengarnya, GOSSIP ni tutup hingga jam 6 pagi... Aduh, FG tak larat. Dalam pukul 1 macam tu, FG dan kawan-kawan balik. Mengantuk babe !!!

31 October, 2009

Selamat UlangTahun....

28 September, 2009

Teratak Ayahanda - Raya 2009

17 September, 2009

Selamat Hari Lebaran '09

Andaikata ada yang tersinggung,
Andaikata ada yang terasa hati,
Andaikata ada yang tergusar perasaan,
Andaikata ada yang terhiris rasa,
Andaikata ada yang tersakit hati,
Andaikata ada janji yang tidak ditepati,
Andaikata ada yang memendam perasaan,

Semua itu samada secara sengaja atau tidak, FG memohon maaf di hari raya yang mulia ini; kerana di hati FG tiada siapa yang dibenci... :)

Semoga semuanya bergembira di hari raya kali ini....

Assalamualaikum.

14 September, 2009

Berbuka Puasa di Nasi Beriyani Mak Tim

Kali ini, moh kita ke restoran yang menyajikan makanan-makanan dari warisan masakan johor. Hari itu, mereka berpakat bersetuju untuk "Pilih ajer la mana nak pegi, saya ikut ajer..."


So, FG decide untuk berbuka puasa di Mak Tim, Restoran bagi mereka yang favourite dengan masakan johor. Restoran ini direkomenkan oleh seorang Colonel semasa FG bertemu dengan dia ketika berbuka puasa tahun sudah di Hotel Corus. FG kata, "susah la nak dapat rasa mee rebus johor yang betul2 kaww...". Dia kata... "Pi lah kat Restoran Mak Tim... kat Keramat AU2"

So, di restoran ini menyajikan pelbagai masakan johor dari Briyani Gam, Laksa Johor, Mee Rebus, Mee Bandung Muar, Tahu Bakar, Lontong dan pelbagai lagi...



Jangan lupa.. Murtabak Singapore pun ada....



Makanan yang order sudah pun sampai. Yang anda lihat ni Briyani dengan lauk kari kambing.


Kenapa muka Syed dan Ilham ni tension semacam... Sabar bang, waktu berbuka sekejap lagi ya..?


Kurma yang disediakan bagi pembuka juadah berbuka..


Landskap yang terdapat diluar restoran.


Hmmm... cantik juga.


Jika ingin tahu, Restoran Mak Tim terletak di AU2 Keramat... betul-betul di simpang bulatan Keramat AU2. Berhadapan dengan restoran ini kelihatan kilang Glaxo Smith Kline.
Nak menikmati rasa makanan johor, sila lah ke Mak Tim ! Pastinya, FG dan kawan-kawan selalu ke sini juga.

11 September, 2009

Cepat benar masa berlalu...


Pejam celik pejam celik... kita cuma tinggal satu minggu sahaja untuk berpuasa... Hmm, tanpa disedari masa begitu pantas berlari....